Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan boleh menimbulkan masalah  kepada pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) yang tidak berkemampuan. Sambil menyifatkan cadangan yang akan
dilaksanakan mulai 2013 sebagai tidak tepat, Mohamed Khaled berkata ini kerana
kos sara hidup yang dihadapi pelajar IPT khasnya di kalangan mereka yang tidak
berkemampuan dan miskin, adalah  tinggi. 
Katanya, PTPTN belum mengemukakan
cadangan itu, tetapi jika ia dikemukakan  kementerian akan memperhalusi perkara itu
dengan mengambil kira kriteria  penuntut
yang layak mendapat pinjaman perbelanjaan PTPTN.  "Saya percaya perlu ada pinjaman untuk
menampung sara hidup lebih-lebih lagi  kepada
golongan yang kurang bernaib baik dan miskin," katanya. Beliau berkata
demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan bola  keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi
Johor Baharu di sini, hari ini. 
Semalam, Pengerusi (PTPTN) Datuk
Ismail Mohamed Said dilaporkan berkata  perbadanan
itu bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada  penuntut IPT bagi mengurangkan tanggungannya
yang semakin meningkat.  Bagaimanapun,
katanya, pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diberikan  seperti biasa. Ismail berkata, sehingga kini
seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan
RM41.6 bilion. 

No comments:
Post a Comment