KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2011: Penyanyi rock lagenda, Amy
Search akui tidak tahu menahu mengenai isu foto anaknya, Nabila Huda yang
dijumpai bercium dengan seorang lelaki baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar
anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang
dilakukannya.
"Terus-terang saya memang tidak tahu menahu menangani
isu ini sehinggalah pihak media bertanyakan kepada saya sendiri.
"Walaubagiamanapun, jika betul ianya berlaku saya harap
dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan
bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui
selepas pelancaran single terbarunya bersama Hazama iaitu Simetri, petang
semalam.
Isu gambar liar Nabila yang berbikini tersebut tersebar
selepas sebuah program hiburan melaporkan serta menyiarkan beberapa keeping
gambarnya sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan
teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut mengenai isu
tersebut sebaliknya berharap anaknya dapat menjaga tingkah laku demi menjaga
kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Apa-apa pun sebagai seorang bapa, saya berharap dia
menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan dan selebriti yang
dikenali,
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan
seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada
sekarang," tambahnya lagi dengan nada kesal
No comments:
Post a Comment