Ternganga mulut SS bila sumber menyampaikan cerita ini
kepada SS. Macam susah nak percaya. Tak mungkin aktor kacak sedang meningkat
naik ini berkelakuan sedemikian rupa. Apatah lagi umum tahu akan
keperibadiannya yang bagus dan kuat pegangannya.
Menurut sumber, sikap buruknya itu juga antara menjadi punca
mengapa hubungannya dengan bekas kekasihnya putus. Malah dia tidak boleh lari
apabila buah hatinya itu sendiri menemui bukti.
Tentu ramai ingin tahu apakah sikap buruk aktor yang SS
maksudkan ini sehinggakan kekasihnya itu mengambil keputusan untuk
meninggalkannya dan tidak lagi bersama.
Cerita sumber yang rapat dengan pasangan ini memberitahu
yang kekasih kepada aktor terbabit ini terjumpa kondom dalam begnya. Perkara
itu menyebabkan kekasihnya naik hantu apatah lagi alasan diberikan aktor
terbabit kepada kekasihnya tidak masuk akal.
Kata sumber itu lagi, sebaik terjumpa kondom dalam beg aktor
itu, kekasih hatinya terus berdepan dan bertanyakan mengapa ‘benda’ itu perlu
ada dalam begnya.
Waktu sama, kekasihnya itu sudah pun mendengar cerita
mengenai aktor terbabit sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon
wanita yang bergandingan dengannya.
Walaupun perkara itu tidak benar, tetapi apabila terjumpa
kondom dalam beg aktor terbabit menyebabkan kekasih hatinya itu berasa sangsi.
Apabila ditanya mengapa aktor terbabit membawa kondom di
dalam beg, alasan diberikan adalah dia memang suka kerana bentuk sarung
mencegah kehamilan itu nampak comel apabila ditiup seperti belon.
Mendengarkan alasan diberikan itu membuatkan SS rasa hendak
pecah perut tergelak. Memang tidak masuk akal langsung alasan diberikan itu dan
sudah tentu alasan diberikan itu membuatkan kekasih hatinya bertambah naik
darah.
SS dengar juga cerita bahawa sekarang ini hubungan aktor itu
dengan kekasih hatinya itu sudah lama berakhir dan kini masing-masing membawa
haluan sendiri.
No comments:
Post a Comment