SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, November 12, 2011

ARTIS MALAYSIA SALAHKAN MEDIA


PANAS macam gunung berapi meletup! Itu yang dapat SS simpulkan apabila dua orang kuat Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) panas punggung dengan kenyataan Omar Kalam disiarkan Harian Metro semalam.

Dua individu ini tidak puas hati apabila kenyataan itu mewakili Penasihat Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau Mat London diperbesarkan media.
Menerusi panggilan telefon pada rakan SS, mereka meluahkan perasaan marah pada media yang disifatkan berat sebelah isu membabitkan Gafim dengan FDAM.

Dalam artikel semalam, Omar mempersoalkan tindakan Gafim memecat Mat London sebagai pengerusi AJK Promosi dan Publisiti Festival Filem Malaysia ke-24 dan FDAM digantung sebagai ahli bersekutu tanpa surat rasmi.



Jika diteliti artikel itu memang menampakkan Gafim bersalah, tetapi anggota Gafim tidak sepatutnya cepat melatah.


Apa yang menjadi persoalan, Gafim tidak mahu memberikan kenyataan balas dengan alasan tidak mahu layan isu itu. Hairan SS, mengapa Gafim tidak berani membuat kenyataan balas.

Orang kata jika kita berada di pihak benar, kita tidak perlu gentar. Seperti isu ini, Gafim tidak sepatutnya meletakkan tanggapan media sengaja mengeluarkan berita panas dan ‘melayan’ kenyataan Omar.

Siapa Omar sebenarnya itu terpulang pada individu yang kenal atau tidak. Hakikatnya, ketika media mengikuti acara Jelajah FFM24, Omar sebagai ketua rombongan media dan membantu menjalankan tugas FDAM dengan lancar.

Berbalik pada peranan media, mungkin segelintir karyawan seni alpa media bukan pihak menentang sesiapa. Tugas hakiki media adalah melaporkan berita.

Tidak timbul soal mengapa media perlu dipersalahkan dalam kemelut Gafim-FDAM. Tidak kira Gafim atau persatuan hiburan mahupun karyawan seni lain, fikir dengan bijak dalam mengatur strategi apabila berdepan pihak media dan bukan hanya tahu beremosi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails