INFO TERKINI
Tuesday, November 29, 2011
KESILAPAN YANG MEMALUKAN ANUAR ZAIN : AIM 18
KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: Akibat kesilapan teknikal,
penganjur Anugerah Industri Muzik Ke 18 (AIM 18) telah pun menarik balik trofi
kemenangan Yuna menerusi kategori Lagu Terbaik dan diberikan kepada Anuar Zain
menerusi lagu Sedetik Lebih.
Meskipun mendapat markah tinggi dalam set penjurian untuk
kategori Lagu Terbaik, namun Yuna tidak menepati kriteria yang ditetapkan
penganjur kerana telah pun tewas dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Anugerah tersebut sebaliknya diserahkan kepada penyanyi dan
pencipta lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim sebagai pemenang
yang layak, juga berdasarkan kemenangan bagi kategori Lagu Pop Terbaik.
Menganggap perkara yang berlaku sebagai sesuatu yang sangat
memalukan dirinya, Anuar Zain berharap selepas ini kejadian seperti ini tidak
akan berlaku lagi.
"Saya akui perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan
saya. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Saya sendiri
berfikir, bagaimana mahu berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai
bila diberi tahu dengan berita ini. Kerana dalam hal ini, kami berdua menjadi
mangsa keadaan.
"Bagi saya kalau perkara ini hanya diam-diam sahaja pun
tidak mengapa dan anugerah ini tidak perlu diberikan semula kepada saya dan
Edry. Berat untuk saya menerima perkara ini, kerana saya juga memahami perasaan
Yuna dan menghormati dirinya.
"Namun kerana menghormati pihak penganjur yang mengakui
kesilapan mereka lalu, jadi saya menerimanya," katanya ketika ditemui
ketika majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM18, di
sini petang tadi.
Mengharapkan apa yang berlaku tidak akan berulang lagi, kata
Anuar Zain, perkara tersebut pastinya mencatatkan sebuah sejarah tersendiri
bagi majlis anugerah yang diiktiraf ramai itu.
"Perkara ini satu sejarah buat AIM dan akan dikenang
untuk selama-lamanya. Saya sendiri tercatat dalam sejarah ini dan saya juga
tidak mahu ia berlaku.
"Saya juga mahu menegaskan di sini, baik saya mahupun
Edry, kami sama sekali tidak pernah berjumpa sesiapa untuk mempertikaikan
mengenai isu tersebut," katanya
Tidak mengerti mengapa set penjurian dibahagikan kepada dua,
jelas pelantun lagu Lelaki Ini, seharusnya pihak penganjur selepas ini hanya
menyediakan satu set penjurian sahaja.
"Saya rasa tidak perlulah hendak dibuat kepada dua set
penjurian kerana khuatir keputusan pemenang diketahui juri. Ambil saja juri
yang diyakini dan lakukan prosedur yang sewajarnya.
"Mungkin mereka perlu menandatangani surat perjanjian
dan sebagainya untuk tidak membocorkan rahsia. Jadi dari situ, apabila pemenang
bagi setiap kategori muzik telah diketahui mereka hanya perlu mengadili lagu-lagu
daripada pemenang kategori tersebut untuk memilih Lagu Terbaik," katanya
menyuarakan pendapatnya.
PENGAKUAN YUNA AIM 18
KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: "Saya menerima
keputusan juri AIM18 ini dengan hati terbuka, kerana perkara ini merupakan
sesuatu yang besar dan harus diperbaiki demi menjaga nama semua pihak. Semasa
saya menangpun saya sendiri keliru namun menerimanya dengan hati terbuka juga
setelah menerima penjelasan daripada pihak penganjur AIM18.
"Kini setelah mereka memberitahu berlaku kesilapan dan
harus diperbetulkan, bagi saya itu merupakan satu perkara yang sewajarnya
dilakukan," kata Yuna mengulas mengenai keputusan menarik balik kemenangan
lagu Penakut ciptaan dan nyanyiannya sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Industri
Muzik Ke-18 (AIM 18) yang lalu.
Ditanya kepadanya mungkinkah penarikan semula kemenangannya
itu dibuat setelah berlaku pertikaian mengenai kemenangannya yang diperkatakan
kerana dia masih baru dan boleh diperlekehkan? Yuna bagaimanapun menafikan
perkara tersebut.
"Saya tidak boleh cakap kerana saya baru maka isu
kemenangan saya dipertikaikan. Malah mereka juga boleh menarik semula kerana
saya masih baru dalam industri ini. Itu semua tak masuk akal. Semua yang
berlaku ada hikmahnya dan saya menerima dengan redha. Cuma saya harap selepas
ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia melibatkan banyak
pihak,"jelasnya.
Tidak serik untuk bertanding lagi di AIM, bagi Yuna kejadian
tersebut membuka mata semua yang terlibat dan merupakan satu pengajaran
berguna.
"Sebagai seorang pemuzik, saya tidak seharusnya serik.
Saya juga tidak terasa dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya akan terus
berkarya untuk mengangkat muzik saya ke mata dunia,"ucapnya lagi.
Meskipun kemenangan ditarik balik, namun Yuna bersyukur dan
gembira kerana lagu Penakut mendapat markah tertinggi bagi set penjurian Lagu
Terbaik.
"Apabila untuk kategori Lagu Terbaik mereka meletakkan
lagu Penakut dengan 20 buah lagu lain dan mendapat markah tertinggi, itu sudah
menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya dalam set penjurian itu saya dipilih
sebagai yang terbaik. Apa pun yang berlaku tidak akan nmematahkan semangat
saya," jelasnya.
Monday, November 28, 2011
REMAJA MANGSA SEKSUAL
MARANG: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun
berhijrah dan merubah diri menjadi insan lebih baik dengan memasuki sekolah
pemulihan akhlak di sini bertukar tragedi, selepas dia menjadi mangsa penderaan
seksual dan buli lima pelajar senior di sekolah berkenaan, petang Khamis lalu.
Kejadian malang itu menimpa mangsa yang hanya dikenali
sebagai, Mira, 14, dari Klang, Selangor, dan mendakwa diperlakukan sedemikian
oleh lima rakan sebiliknya.
Dalam pertemuan dengan Berita Harian semalam, Mira mendakwa
dia didera secara seksual kira-kira setengah jam di dalam asrama sekolah itu,
selepas berlaku pertengkaran dengan pelajar senior berusia 14 hingga 17 tahun
di dalam bilik mandi kira-kira jam 3 petang.
Katanya, dia yang masuk ke sekolah pemulihan akhlak wanita
atas inisiatif sendiri pada September lalu, dipanggil oleh kumpulan pelajar
berkenaan ke bilik mandi untuk membantunya mencuci rambut, tetapi ketika itu
dia membantah tindakan mereka yang meraba-raba belakangnya.
Namun, dia sekali lagi diganggu pelajar berusia 17 tahun
ketika bersiap di bilik untuk menyertai satu program sekolah, tetapi cubaannya
melawan ketika itu dibalas dengan tindakan agresif apabila ditolak ke dinding
dan kemudian direbahkan di katil.
“Saya menempuh azab kira-kira setengah jam apabila mereka
memperlakukan saya seperti binatang,” katanya yang mendakwa perlakuan tidak
bermoral itu terhenti selepas seorang pelajar mengetuk pintu bilik memintanya
segera ke program berkenaan.
Dalam keadaan kesakitan, lemah serta menangis, Mira berkata,
dia pergi ke tingkat bawah sebelum terserempak dengan seorang pelajar senior
berusia 19 tahun yang juga rakan baiknya, sebelum menceritakan kejadian itu
selepas didesak.
“Selepas memberitahu warden mengenai kejadian itu, saya
disuruh berehat sementara menunggu warden menyoal siasat lima pelajar terbabit.
Mereka akhirnya mengaku selepas didesak. Saya dihantar pihak sekolah
mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu
kira-kira jam 10 malam,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai
Nur, 34, berkata dia terkilan kerana pihak sekolah cuba menyembunyikan kejadian
yang menimpa anaknya Mira, sebaliknya hanya mengetahui kejadian sebenar
daripada Mira.
“Saya terima panggilan polis kira-kira jam 2.15 pagi semalam
(Jumaat) memaklumkan Mira dimasukkan ke HSNZ, selepas menjadi mangsa buli,”
katanya yang datang dari Klang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi
Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
kejadian dan siasatan sedang dijalankan, justeru, tidak dapat mengulas lanjut.
ARTIS WANITA MALAYSIA SENTIASA MEMBAWA KONDOM DALAM BEG
Ternganga mulut SS bila sumber menyampaikan cerita ini
kepada SS. Macam susah nak percaya. Tak mungkin aktor kacak sedang meningkat
naik ini berkelakuan sedemikian rupa. Apatah lagi umum tahu akan
keperibadiannya yang bagus dan kuat pegangannya.
Menurut sumber, sikap buruknya itu juga antara menjadi punca
mengapa hubungannya dengan bekas kekasihnya putus. Malah dia tidak boleh lari
apabila buah hatinya itu sendiri menemui bukti.
Tentu ramai ingin tahu apakah sikap buruk aktor yang SS
maksudkan ini sehinggakan kekasihnya itu mengambil keputusan untuk
meninggalkannya dan tidak lagi bersama.
Cerita sumber yang rapat dengan pasangan ini memberitahu
yang kekasih kepada aktor terbabit ini terjumpa kondom dalam begnya. Perkara
itu menyebabkan kekasihnya naik hantu apatah lagi alasan diberikan aktor
terbabit kepada kekasihnya tidak masuk akal.
Kata sumber itu lagi, sebaik terjumpa kondom dalam beg aktor
itu, kekasih hatinya terus berdepan dan bertanyakan mengapa ‘benda’ itu perlu
ada dalam begnya.
Waktu sama, kekasihnya itu sudah pun mendengar cerita
mengenai aktor terbabit sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon
wanita yang bergandingan dengannya.
Walaupun perkara itu tidak benar, tetapi apabila terjumpa
kondom dalam beg aktor terbabit menyebabkan kekasih hatinya itu berasa sangsi.
Apabila ditanya mengapa aktor terbabit membawa kondom di
dalam beg, alasan diberikan adalah dia memang suka kerana bentuk sarung
mencegah kehamilan itu nampak comel apabila ditiup seperti belon.
Mendengarkan alasan diberikan itu membuatkan SS rasa hendak
pecah perut tergelak. Memang tidak masuk akal langsung alasan diberikan itu dan
sudah tentu alasan diberikan itu membuatkan kekasih hatinya bertambah naik
darah.
SS dengar juga cerita bahawa sekarang ini hubungan aktor itu
dengan kekasih hatinya itu sudah lama berakhir dan kini masing-masing membawa
haluan sendiri.
RATU BOGEL DI DUNIA
MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger
kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih
baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan
dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang
badannya tanpa seurat benang.
Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael
Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada
bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan
berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya.
Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri
program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema
etnik.
Gambar ala bidadari bogel itu kemudian dipamerkan dalam
sebuah buku berjudul Culo by Mazzucco. Selain Nicole, sebenarnya ada ramai
selebriti lain yang gambarnya pernah dirakamkan oleh Mazzucco dimuatkan di
dalam buku tersebut. Mereka termasuklah Lady Gaga, Fergie, Sarah McLachlan,
Alessandra Ambrosio, Pamela Anderson dan Stacy Keibler. Hanya gambar Nicole
yang berbogel ala bidadari itu yang menjadi perhatian.
"ZOMBI" MENGGANAS DI MEXICO
BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu orang memakai kostum dan
mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya ini sempena acara
Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.
Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara
tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.
Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul
derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.
Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa
dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New
Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.
Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah
memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya
mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu
BUAYA BERKELIARAN SELEPAS BANJIR
BANGKOK - Banjir besar yang semakin surut di Thailand
membawa bersama ratusan ekor buaya dari kawasan paya bakau ke kawasan
penempatan penduduk di sini.
Berpuluh-puluh ekor reptilia itu termasuk spesies ular
berbisa dilihat berkeliaran di beberapa kawasan di ibu kota Thailand tersebut.
Kehadiran tetamu tidak diundang itu mendorong pihak berkuasa
melancarkan operasi mencari dan menangkap buaya yang terlepas.
Beberapa pasukan khas Jabatan Perikanan Thai menerima banyak
laporan kehadiran reptilia buas itu seperti kejadian yang menimpa seorang
penduduk di sini, Anchalee Wannawet.
Lelaki berkenaan melihat seekor buaya sepanjang satu meter
dengan mulut terganga luas berada di tepi tandas di luar rumahnya baru-baru
ini.
"Saya terus cabut lari," kata pemuda berusia 23
tahun itu.
Selain buaya liar banjir terburuk dalam tempoh separuh abad
itu turut menyebabkan ratusan ekor buaya yang menghuni ladang-ladang buaya di
pinggir bandar raya ini terlepas.
Sunday, November 27, 2011
KONTROVERSI AIM 18
POLEMIK penjurian dalam penganjuran AIM oleh Persatuan
Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang sepatutnya ditutup dengan penuh
gilang-gemilang pada 12 November lalu berakhir dengan tragedi yang
menghancurkan prestij acara itu. Ia disifatkan sebagai detik paling memalukan
dalam sejarah hampir dua dekad AIM dianjurkan.
Sudah 18 kali dianjurkan, insiden salah faham tentang
kriteria utama dalam pemilihan sesebuah Lagu Terbaik AIM sepatutnya tidak harus
berlaku. Sudah sah tertulis dalam 'piagam' AIM sendiri bahawa lagu terbaik
haruslah dipilih daripada salah satu pemenang lagu terbaik daripada setiap
genre muzik. Jadi kenapa harus lagu yang tidak memenangi mana-mana subkategori
diumumkan sebagai Lagu Terbaik AIM 18?
Mulanya lagu Penakut karya dan nyanyian Yuna diangkat
sebagai Lagu Terbaik, selang dua minggu kemudian, ralat AIM diperbetulkan
apabila lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan karya Edry Abd. Halim pula
diumumkan sebagai pemenang sebenar.
Sebagai penganjur yang mengambil alih kuasa AIM daripada
Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi), RIM ternyata mempamerkan pekung di
dada. Meletakkan kesalahan itu atas bahu firma juruaudit Ernst & Young
dalam mentafsirkan pemenang dan hasil penjurian dianggap alasan paling pincang
yang diberikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18, Rosmin
Hashim.
"Penjurian untuk lagu terbaik bagi empat kategori
muzik, pop, rock, etnik kreatif dan nasyid dinilai oleh 23 orang panel juri,
manakala untuk lagu terbaik pula, dinilai oleh 10 juri lain. Juri untuk lagu
terbaik tidak mengetahui lagu mana yang dipilih sebagai pemenang setiap
kategori.
"Itu adalah teknik penjurian yang diguna pakai sejak
beberapa AIM terdahulu, cuma tahun ini sahaja, keputusan lagu terbaik tidak
selari dengan apa yang diputuskan dalam penjurian lagu terbaik di peringkat
kategori muzik," tegas Rosmin tentang penarikan semula trofi lagu terbaik
daripada Penakut kepada Sedetik Lebih.
Ernst & Young meletakkan lagu Penakut sebagai Lagu
Terbaik AIM berdasarkan markah tertinggi daripada 20 lagu yang dinilai oleh 10
orang juri dalam pemilihan lagu terbaik.
Tersiratnya, lagu karya Yuna itu sudah menang sebagai lagu
terbaik di mata 10 juri malangnya ia tidak menang sebagai Lagu Pop Terbaik AIM
dalam penjurian di peringkat subkategori yang dinilai 23 juri. Jadi secara
rasminya, Penakut tidak boleh menyandang trofi Lagu Terbaik AIM 18.
Dari satu sudut yang lain pula, kenapa harus ada dua
penjurian berasingan, kenapa tidak salah satu lagu terbaik dari peringkat
subkategori sahaja yang dinilai untuk diangkat sebagai lagu terbaik
keseluruhan. Persoalan-persoalan sebegitu sedikit sebanyak menyumbang kepada
kepincangan strategi RIM sendiri yang sengaja menimbulkan punca konflik.
Tindakan RIM yang sengaja mahu bermain teka-teki itu
akhirnya merosakkan kepercayaan umum bahawa aspek penjurian dalam mana-mana
anugerah sebenarnya bukan satu keputusan mutlak, tidak muktamad dan boleh
dipertikaikan kredibilitinya.
Episod penyerahan semula trofi daripada tangan Yuna kepada
Anuar Zain dan Edry berlangsung dalam suasana tenang dan terbuka di ibu negara,
Khamis lalu. Sedikit mencemar maruah tetapi masih boleh disifatkan sebagai
jalan penyelesaian terbaik, sama ada Yuna, Anuar Zain atau Edry, keputusan terbaharu
AIM itu harus diterima walaupun kelatnya menjerat kerongkong masing-masing.
"Saya sudah rasa pelik bila diumumkan penerima lagu
terbaik pada malam AIM baru-baru ini. Bila diminta menyerahkan semula trofi itu
kepada Edry dan Anuar, saya harus akur walaupun rasa janggal dan terkilan.
"Orang akan kata, kasihannya Yuna, malunya Yuna, tapi
bagi saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Perkara ini juga sedikitpun tidak
menjejaskan saya tetapi lebih teruk ia memberi impak terhadap kredibiliti semua
orang industri muzik sendiri," ujar Yuna yang menyifatkan setiap pihak
melakukan kesilapan.
Ditanya adakah dia masih mahu bertanding lagi dalam AIM,
sebagai orang baharu Yuna optimis terhadap perjuangan kariernya yang baru
mencecah usia dua tahun.
"Saya takkan serik untuk bertanding lagi kerana saya
seorang pemuzik Malaysia, ini periuk nasi saya. Saya tidak perlu rasa kecewa,
saya perlu sokong industri," ujarnya berhemah yang memenuhi permintaan
penganjur.
Rasional yang ditunjukkan Yuna menyebabkan Anuar dan Edry
seperti malu alah untuk menerima trofi Lagu Terbaik AIM 18.
"Kami semua (Anuar, Edry dan Yuna) adalah mangsa dalam
soal ini. Perkara ini tidak patut berlaku dan tidak harus berulang pada masa
akan datang. Ia soal maruah dan saya sebenarnya malu untuk mengambil anugerah
ini daripada tangan Yuna," ujar Anuar Zain secara terbuka.
Tambahnya sedikit beremosi: "Ini kesilapan paling besar
dalam sejarah industri hiburan tanah air dan malangnya saya terpalit dalam
sejarah ini. Tapi saya menerima penghargaan ini dengan fikiran positif agar
industri seni dapat berkembang baik pada masa hadapan. Bagusnya, penganjur
berani untuk mengakui dan memperbetulkan kesilapan itu secara terbuka, ini juga
satu tindakan yang tidak mudah."
Menyentuh soal pembabitan KRU iaitu Norman Abd. Halim
sebagai tunjang RIM, sebagai adik, Edry menafikan wujudnya campur tangan Norman
dalam hal itu.
"Memang orang mudah mengaitkan Norman, dalam FFM
(Festival Filem Malaysia) juga begitu, tapi dengan rendah serendah hatinya,
saya boleh kata yang Norman tiada kaitan dalam soal ini," ungkap Edry
berdiplomasi secukupnya tidak mahu mencalar perasaan sesiapa.
GAMBAR ARTIS POPULAR 2011
TIGA anak seni kesayangan ramai Eman Manan, Noorkhiriah
Shapie dan Shaheizy Sam bergandingan secara tidak sengaja sempena meraikan
sambutan jubli perak penganjuran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.
Memanfaatkan ruang serta peluang yang bukan mudah untuk
menyatukan bintang berjiwa besar itu, secara santai mereka diajak bersembang.
Bercerita soal populariti dan kualiti yang berlingkar dalam rutin seni
masing-masing, ketiga-tiga mereka saling menyanjung sesama sendiri.
Lebih manis, Eman, Noor dan Sam, mereka itu jatuh dalam
kelompok artis yang bersinar di layar seni lebih awal sebelum popular di mata
ramai.
Ceritakan detik terawal tatkala anda mula dilimpahi populariti?
EMAN MANAN (E): Masa tahun pertama menyambut hari raya
sebagai artis, waktu itu sekitar 1984 masa saya berlakon filem Matinya Seorang
Patriot. Masa awal-awal puasa, bila balik rumah, ada kad raya untuk saya,
setiap hari pasti ada kad raya tapi setakat sekeping atau dua keping, jadi saya
rasa saya tak popular macam artis yang dapat berguni-guni kad raya. Masuk dua
atau tiga hari sebelum raya, saya terkejut besar apabila ada seguni kad raya
depan pintu rumah saya, masa itu baru saya sedar, ini barangkali impaknya
daripada kredibiliti filem itu.
SHAHEIZY SAM (S): Sejak 3 April lalu, selepas menang
Anugerah Bintang Popular tapi saya tetap percaya bahawa saya hanya dikenali
bukan bermaksud semua orang kenal saya.
NOORKHIRIAH (N): Memang saya pernah menang anugerah Pelakon
Komedi Wanita Popular tiga tahun berturut-turut tapi sebelum itu saya tak
pernah rasa bahawa saya ini pelakon popular. Cuma selepas tersiarnya drama
Kerana Cintamu Saerah, saya rasa impak yang besar, dapat buka mata orang, orang
mula tegur saya, saya dapat banyak respons serta lebih murah rezeki selepas
itu.
Bila sudah popular, bagaimana pembawaan diri serta keyakinan
berdepan umum?
S: Saya masih sama seperti Sam yang dikenali sebelum ini.
Sebelum ini pun ramai artis sudah melalui zaman populariti masing-masing, saya
cukup sedar hakikat itu jadi tak selamanya kita akan akan berada di mana kita
berada sekarang. Saya cukup sayangkan penyokong saya jadi saya akan sesuaikan
diri dengan apa sahaja situasi. Bagi saya peminat itu ikhlas jadi saya juga
ikhlas.
N: Tak ada apa yang berubah, selagi orang tegur, pandang dan
berikan senyuman, saya akan buat buat perkara yang sama. Kalaulah ada yang
tidak berkenan tengok saya pun, saya tetap kena terima. Saya seorang yang
simple tapi dalam masa yang sama cepat paranoid, terlalu memikirkan sesuatu
secara lebih-lebih.
Kontroversi paling memuncak barangkali bila?
E: Mungkin semasa pernikahan saya dengan bekas isteri,
Fauziah Ahmad Daud dulu. Ketika itu terlalu banyak hati yang harus dijaga,
hormat perasaan keluarga sementelah Ogy anak orang besar-besar, tapi mujur
media zaman itu belum banyak seperti sekarang. Saya juga tidak ambil pusing
tentang gosip dan majalah. Saya hanya baca surat khabar.
S: Sejak kecil saya hidup dalam dunia saya sendiri, dan
selalu rasa diri saya tidak menarik, jadi tiada apa untuk dihebohkan.
N: Suam-suam sahaja, tak ada yang besar. Kalau ada cerita
panas pun masa awal-awal dululah, zaman pakai skirt pendek dalam majalah
Mangga.
Pernah terasa hilang privasi akibat populariti?
E: Dulu bila sudah popular, saya jadi tidak selesa. Saya
hilang kawan baik dan kawan sekolah sebab masing-masing ada kehidupan berbeza,
saya pula jadi seorang yang eksklusif. Bila fikirkan semua itu, saya mula buka
ruang untuk bergaul dan dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat kecuali media.
Sebab itu dulu, apa sahaja hebahan tentang saya, banyak tentang kerjaya, bukan
hal peribadi.
S: Paling saya jaga ialah perasaan orang lain, jadi sedaya
upaya saya bercerita tentang kerja sebab bukan semua orang mahu tahu hal
peribadi kita. Kalau kerap sangat baca tentang kisah peribadi artis lain,
terdetik juga, baik simpan sahaja kisah begitu.
N: Tak ada sangat, tak ramai pun orang teruja nak tahu kisah
peribadi saya.
Populariti artis terdahulu dan artis sekarang pula
bagaimana?
E: Dulu acara-acara penganugerahan tidak banyak, tidak
sebesar hari ini. Acara penganugerahan dulu juga lebih ikhlas, tiada
penyelewengan, artis juga tidak perlu melobi diri sendiri untuk menang.
S: Saya lebih pandang tinggi usaha artis terdahulu, mereka lebih
patut dipuji. Orang dulu popular kerana hasil kerja dan ketika itu mereka tidak
terdesak pun untuk popular. Saya sendiri lebih baik tidak popular jika tiada
hasil kerja yang berkualiti.
Pentingkah populariti itu?
E: Kalau populariti itu hanya kerana kisah peribadi, saya
jadi kasihan.
S: Kerja yang baik akan mendatangkan dan mengekalkan
populariti.
N: Bila popular, rezeki seseorang itu lebih lebat, makin
banyak tawaran. Tapi saya bersyukur sangat, walaupun bukan artis ‘panas’ saya
diterima baik oleh media. Popular memang boleh tambah rezeki jadi murah, tapi
rezeki itu daripada Allah.
Nilai sentimental di sebalik sebuah trofi?
E: Ada orang kata, dapat anugerah bukan dapat duit, tapi
trofi itu mustahak. Momen diberi dan menerima trofi itu seolah-olah, ‘inilah
detiknya’. Tapi trofi itu menjadi lebih berharga jika sehabisnya sesebuah pesta
penganugerahan tidak berlaku apa-apa kekecohan.
S: Trofi hanya penghargaan diberikan tanda kenangan tetapi
tidak menjanjikan saya untuk kekal dalam liga terbaik atau popular.
N: Trofi itu pengiktirafan, bernilai tapi suami dan
anak-anak lebih bernilai rasanya buat saya. Trofi itu bukti saya kepada
keluarga bahawa saya pernah dihargai dalam kerja lakonan ini. Ada lima trofi
dalam almari saya, tapi ia tidak menjanjikan apa-apa, terutama dalam bab bayaran
berlakon.
Jangka hayat dalam bidang lakonan?
E: Saya tiada jawapan untuk soalan itu, tapi kalau seseorang
itu pemimpin yang hebat, dia sendiri tahu di mana titik ‘matinya’, tahu waktu
harus undur. Pengertian heroism di Malaysia tidak sama dengan pengertian
heroism di Barat.
S: Saya setuju dengan pegangan abang Eman. Bagi saya
berundur tidak bermaksud hilang daripada dunia seni itu, mungkin harus beralih
ke perjuangan lain, sebab, di mana kita berhenti, di situlah orang akan
mengingati kita.
N: Soal hayat dalam industri, rasanya sudah tinggal tak
berapa lama lagi. Saya sudah ada sasaran lagipun saya sudah berhijrah begini
(bertudung), kalau rezeki lakonan bukan untuk saya lagi, saya reda. Sebenarnya
saya rindu hendak berteater, cuma masa dan peluang belum ada.
PARAH "DIMAKAN' BABI HUTAN
SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun sekolah cedera parah
akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam
Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa,
Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.
Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya
kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.
"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak
atap zink yang diletakkan di luar rumah.
"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar
rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika
ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
PUAN PANDAI MAIN SEKS
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk
pintu…
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu
bertanya… “Cik Puan… adakah cik puan pandai bermain seks?”
Kerana terkejut… wanita muda itu menghempas pintu rumahnya
dengan perasaan marah… Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan
bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu…
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan
siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu
keesokan harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar… keesokan harinya lelaki yang sama datang
lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya
bersembunyi sambil memegang senapang…
Lelaki itu terus bertanya..”Cik Puan… Cik Puan ni pandai tak
main seks?”
“Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?” jawab
wanita itu dengan berani…
“Baguslah kalau pandai… ” kata lelaki itu… “Kalau begitu..
puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!”
KISAH LAWAK SELUAR DALAM
Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si
isteri tengah bergaduh dengan pembantu rumahnya. lalu si suami ingin meleraikan
pergaduhan tersebut. si suami pun bertanya…
Suami : Sayang, kenapa bising-bising ni? apa yang berlaku?
Isteri : Seluar dalam I hilang, Tentu si Sulis (Nama samaran
pembantu rumah) yang curi, I beli mahal tu dekat Pavilion.
Suami : Ala, 1 seluar dalam pun nak gaduh-gaduh, Nanti I
belikan U seluar dalam baru yang lagi mahal.
Isteri : Bang.. bukan 1 seluar dalam I yang kena kebas, Tapi
10 helai!
(Si suami terperanjat lalu bertanya kepada pembantu
rumahnya)
Suami : Haah! Sulis, kamu ke yang mencuri seluar dalam itu?
(Pembantu rumah pun menjawab)
Pembantu Rumah: gak pak, saya tidak curik pak, bapak kan
tahu saya gak pernah pakai seluar dalam…
CARA MELAYAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap
isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap
kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan
tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih
bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai
penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan
dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya
dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan
suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda
sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami
kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah
suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila
dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat
menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya
itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta
simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera
dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari
yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan
isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut
selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api,
janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk
tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya
hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua
suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket
baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu
sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,
dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya
suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan
letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri
kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak
kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin
wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah
menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak
dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu
tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika
suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan
salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan
sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah
minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih
ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga
dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak
mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan
bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan
syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai
oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak,
peribadi dan ibadahnya.
KONTROVERSI FFM24 (ARTIS MALAYSIA)
BELUM habis lagi orang bercerita mengenai Festival Filem
Malaysia ke-24 (FFM24). Paling terbaru, cerita berbaur kritikan itu bukan lagi
datang daripada karyawan seni atau media, tetapi tetamu kehormat yang turut
menghadiri malam kemuncak itu.
Antara komen mereka, dewan yang boleh muat lebih 2,000 orang
kelihatan lompong, artis pun tak ramai datang dan itu belum termasuk karyawan
seni yang merajuk.
Menurut sumber CAK, apabila ditanya kad jemputan, penganjur
kata dah habis. Bila dengar kata kad dah habis, legalah hati kerana ia
menandakan dewan akan penuh dan setiap pengumuman kemenangan akan disambut
dengan sorakan yang pasti menggegarkan suasana.
Rupa-rupanya sedih! Dengarnya, ramai yang sepatutnya masuk
ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu tak dapat masuk
sebab dihalang oleh anggota Rela yang bertugas pada malam itu.
Apabila majlis dah nak mula dan dewan masih kosong, barulah
mereka benarkan orang yang berlonggok-longgok tunggu di luar itu masuk. Entah
sapa-sapa, yang berselipar pun diizinkan masuk. Rela ini dapat arahan dari
siapalah agaknya.
Rungut tetamu kehormat itu lagi, di kerusi yang dikhaskan
untuk artis pun bercampur aduk dengan tetamu jemputan lain. Kalau ada yang
bertepuk tangan apabila pemenang diumumkan hanya daripada penyokong mereka.
Bila mana filem Hikayat Merong Mahawangsa menang Filem
Terbaik, ‘geng’ itulah yang bertepuk tangan, yang lain seperti menunggu masa
nak balik. Kata mereka nampak sangat seperti karyawan seni tidak bersatu hati.
CAK juga diberitahu, mereka ‘kurang’ berminat dengan
persembahan terlalu ‘rock’ dan ‘kurang’ berkenan dengan gaya pengacara malam
itu.
Kalau dah tetamu kehormat bersuara, CAK teringin juga nak
tahu, adakah Gafim masih diberi peluang untuk menganjurkan FFM25? Ada juga yang
berbisik ke telinga CAK, suruh Finas ambil alih penganjuran. Opps!!! CAK
melaporkan saja.
CIKGU SHIDA DISERBU
AKSINYA cukup bersahaja dan selamba. Biarpun ada senyuman
sinis dilontarkan kepadanya, dia tidak mengambil peduli, bahkan terus
mempersembahkan ‘lagunya’ mengikut gaya tersendiri.
Lengkap dengan pakaian dan aksesori yang dikenakan
bersesuaian dengan lagu, ‘ratu miming’, Cikgu Shida terus mencuri perhatian
pengunjung Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran Millenium, Kepala
Batas, hujung minggu lalu.
Auranya bagaikan terasa apabila sebaik saja pengacara
mengumumkan dia akan muncul di gerai Metro Ahad (MA) dalam masa sejam, sudah
ada pengunjung terpacak di depan gerai.
Tidak kurang juga pengunjung asyik berulang-alik dan
bertanya bila cikgu yang popular dengan video mimingnya di laman Youtube itu
akan muncul. Begitu hebatnya penangan Cikgu Shida.
Tiba di gerai MA dengan penampilan ringkas, dia kemudian
mengenakan pelbagai pakaian mengikut kesesuaian lagu dipersembahkan.
Biarpun matahari terik membakar kulit, rata-rata pengunjung
tidak berganjak untuk melihat gaya Cikgu Shida yang sebelum ini hanya dilihat
menerusi Youtube.
Mempersembahkan empat lagu termasuk lagu yang mendapat
jumlah penonton paling ramai di Youtube iaitu Kalau Berpacaran yang
dipopularkan oleh Suhaimi Meor Hassan, Altimet dan Ana Rafalli, pengunjung
terhibur dengan aksi gila-gila Cikgu Shida.
Lebih mencuit hati, ada juga pengunjung dengan selamba menyertainya
dan mempamerkan pelbagai aksi ketika mempersembahkan lagu berkenaan, sekali gus
mengundang tawa pengunjung lain.
Katanya, KGHM adalah platform baginya untuk bertemu peminat
secara lebih mesra yang selama ini hanya berinteraksi melalui laman sosial
Facebook dan Youtube.
“Pengunjung di sini (Kepala Batas) ‘sporting’ kerana mereka
tidak segan silu menyertai saya untuk miming bersama-sama. Seronok tengok
mereka.
“Walaupun cuaca panas membahang, mereka tetap bersemangat
dan sanggup berdiri di tengah panas untuk menonton persembahan di gerai ini dan
saya sangat menghargainya,” katanya.
Melihat sambutan pengunjung, jelas terbukti guru Bahasa
Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, Parit ini mempunyai kelompok
peminatnya tersendiri.
Pada awal kemunculannya, dia sering dicela, dikutuk dan
tidak kurang juga mencemuhnya sehingga mengatakan dia menjatuhkan profesion
perguruan.
Hati mana tidak terusik apabila dilontarkan kata-kata yang
tidak sedap didengar, namun dia menganggapnya ibarat angin lalu yang tidak
sedikitpun menjadi kudis.
“Bohonglah kalau saya katakan saya tidak terasa hati kerana
tohmahan itu bukan hanya dilemparkan oleh orang luar, tetapi juga rakan
sekerja.
“Bagaimanapun, saya tidak mengendahkan kata-kata mereka
kerana apa yang saya lakukan ini adalah untuk mengisi masa terluang di samping
menghiburkan hati,” katanya.
Cikgu Shida turut meluahkan rasa terkilannya apabila video
miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga
mencecah sejuta pengunjung itu digodam sehingga menyebabkan video itu ‘lenyap’
daripada laman berkenaan.
Menurutnya, video berkenaan antara video kesayangannya dan
apabila digodam dia berasa sedih, lebih-lebih lagi apabila video itulah yang
‘memperkenalkan’ dirinya.
Selain Cikgu Shida, gerai MA membawa persembahan sukan
ekstrem, Madhop yang semakin dikenali di kalangan golongan muda.
Memakai kostum berwarna kuning dan merah, kelibat mereka
boleh dilihat dari jauh dan aksi mereka melompat tinggi menarik perhatian
pengunjung.
Malah, ada pengunjung berani mencuba memakai peralatan
Madhop biarpun sebelum ini tidak pernah melihatnya. Walaupun ada yang jatuh
tersungkur, ia tidak sedikit pun meleburkan rasa ingin mencuba.
Mengagumkan apabila ramai pengunjung mampu berjalan sendiri
menggunakan Madhop hanya dalam masa lima minit diajar cara memakainya.
Bekas peserta Raja Lawak (RL) musim ketiga, Amer dan Aur
(RL5) diberi tanggungjawab untuk membuat ‘kecoh’ bagi menarik perhatian
pengunjung ke gerai MA.
Sepanjang dua hari KGHM berlangsung, pelbagai aktiviti
diadakan di gerai MA seperti permainan dart yang menawarkan hadiah menarik
seperti baju T eksklusif Harian Metro dan hadiah lain sumbangan Felda Best,
Bio-Haruan, tudung daripada butik Ratu, buku PTS, Jamu Mak Dara dan Citra
Computing Network.
ARTIS MALAYSIA : KEKASIH TAK CUKUP SATU
SATU ketika dulu pernah juga CAK tertanya-tanya kenapa
selebriti ini mengakhiri hubungan dengan seorang wanita. Padahal, sebelum itu
bukan main meriah lagi pengumuman cinta mereka.
Ada yang cakap sebab kehadiran orang ketiga, ada juga yang
menduga ini berpunca daripada sikap selebriti itu yang terlalu tinggi cita
rasanya.
Nak dijadikan cerita, apabila menikmati minum petang bersama
seorang teman lama, CAK dimaklumkan wanita yang pernah menjadi pilihan
selebriti itu tidaklah sebaik mana. Ooops! Bukan niat CAK untuk mengaibkan
gadis ini tetapi sekadar berkongsi supaya kisah ini dapat dijadikan iktibar.
Khabarnya, wanita ini tidak teguh pendiriannya, bahkan
kebelakangan ini dia semakin berani meluahkan keinginannya. Di sebalik wajah
mulusnya, si gadis yang entah masih adakah ‘gadis’ itu sanggup menjalin
hubungan terlarang dengan jejaka yang sudah berkeluarga.
Sejauh mana serius hubungan itu CAK tidak pasti, tapi
difahamkan sudah sampai ke tempat tidur. Semurah itu nilai ‘mahkota’ wanita
bagi ‘gadis’ ini. Teringat pula CAK dengan kata-kata seorang sahabat, biasalah
wanita moden. Tak perlu risau soal maruah kerana yang penting, ‘seronok’.
Entah-entah selebriti yang pernah berpasangan dengan wanita
ini tahu perangai sebenarnya, sebab itu dia cepat-cepat angkat kaki. Kalau itu
bukan sebabnya pun, baguslah hubungan itu tidak diteruskan kerana jika dia tahu
cerita sebenar, pasti bertambah lara di hati.
ARTIS MALAYSIA GERSANG
KALAU ada anugerah Artis Tak Tahu Malu atau Ratu
Kontroversi, sesuai sangat dikalungkan ke leher artis ini. Daripada awal
kemunculan hinggalah kini, macam-macam cerita panas mengenainya menjadi buah
mulut ramai.
Suka sangat buat benda bodoh, sudahnya makan diri sendiri.
Jika mahu nilai sumbangannya terhadap industri, rasanya tidak ada pun yang
boleh dibanggakan. Setakat satu dua kemunculan, itupun sendu.
Jika sebut namanya, perkara pertama yang terlintas di
fikiran adalah sikap, tindakan dan kenyataan dangkalnya. Muka saja cantik tapi
akal cetek. Sedih! Artis seperti inilah yang merosakkan industri dan kesannya
terpalit kepada penggiat seni lain.
Terbaru CAK dengar, artis ini memang tersangat liar. Bukan
saja suka berparti dan berebut jantan tetapi khabarnya jika gersang, dia akan
mencari orang tertentu. Hubungan itu sekadar untuk memuaskan nafsu.
Terasa ‘nak’, hubungi saja dan si jantan pasti tidak menolak.
Tak perlu ada rasa cinta kerana jantan itu cuma jadi ubat gersangnya. Malu CAK
menyebutnya tetapi itulah hakikat mengenai artis ini. Hish... memang ‘Barat’
habis, dah tak dapat bezakan dosa pahala.
Tidak hairanlah mengapa dia tergamak mengeluarkan kenyataan
yang boleh buat kita menggeleng kepala. Jika itu pilihannya, apa lagi nak
dikata. Terbanglah menikmati ‘syurga’ dunia, terbanglah tinggi-tinggi. Namun
satu CAK nak pesan, jangan sesekali lupa setiap tindakan itu ada akibatnya.
Fikir-fikirkanlah, wahai wanita.
ANCAMAN PEROGOL BERSIRI KELANTAN
Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang
lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir
apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah
asrama di sini kelmarin.
Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja
sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.
Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29
tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu
menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul
11.10 pagi kelmarin.
Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di
sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman
lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang
diikat dengan wayar seterika.
“Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum
diserahkan kepada polis.
“Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya
diikat dengan wayar seterika,” kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan
identitinya didedahkan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika
dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut.
Wednesday, November 23, 2011
BARACK OBAMA BERCIUM DENGAN PRESIDEN CINA
Gedung fesyen Itali, Benetton telah melancarkan kempen
pengiklanan terbarunya yang telah membawa kepada kritikan meluas. Sebagai
contoh, iklan 'UnHate' yang kontroversi, yang telah menampilkan
pemimpin-pemimpin dari bertentangan berparti ciuman. Photomontage iklan ini
termasuk Perdana Menteri Israeli Benjamin Netanyahu dalam satu ciuman dengan
pemimpin Palestin Mahmoud Abbas, sementara Presiden Obama mencium Presiden Cina
Hu Jintao dan Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy bercumbu dengan Chanselor
Jerman Angela Merkel.
Dalam dua dekad yang lalu, pendirian Benetton dalam menangani isu sosial dan
terlarang melalui iklan adalah salah satu daripada sifat-sifat 'branding'
syarikat tersebut. Dalam awal 90-an, peranan pengarah kreatif Benetton Oliviero
Toscani, amat penting dalam transformasi Benetton dari identitinya sebagai
hanya sebuah penjual pakaian kasual ke sebuah jenama fesyen global. Di sini,
kita mengimbas kembali beberapa kempen mereka yang paling kontroversi:
Sunday, November 20, 2011
ARTIS MALAYSIA CEMBURU
ALAHAI... gara-gara cemburu, penyanyi ini menjeling seorang
artis cantik. Gelak besar CAK apabila dengar cerita panas ini. Khabarnya artis
ini sudah lama tergila-gilakan seorang aktor kacak.
Biarpun hasrat hatinya tidak disuarakan secara terbuka,
ramai teman artis tahu cerita ini. Nak dijadikan cerita, satu hari artis ini
terserempak aktor itu berjalan beriringan dengan seorang bintang baru yang kian
popular. Orangnya memang cantik, pendek kata sekali pandang boleh jatuh
cintalah.
Kemesraan dua pelakon itu mengundang rasa cemburu artis ini.
Seperti biasa, si jelita memang peramah orangnya, apabila berselisih dengan
artis ini, dia pun melemparkan senyuman paling manis dan cuba bertegur sapa.
Kebetulan pula dia memang tidak tahu artis ini menyimpan perasaan terhadap
insan kacak di sebelahnya.
Sapaan pelakon jelita itu langsung tidak dipedulikan artis
ini, bahkan dia menghadiahkan jelingan tajam. Terkesima aktres bertubuh kecil
molek itu. Perubahan raut wajah si artis itu mengundang tanda tanya di hatinya.
Selepas diselidik, barulah dia tahu artis itu cemburukannya.
Apa nak dikata, dia tidak tahu cerita sebenar. Kalau daripada awal dia sedar
pelakon itu ada hati dengan aktor kacak berkenaan, awal-awal lagi dia akan
mengelakkan diri.
Lagipun, antaranya dengan aktor itu bukan ada apa-apa
hubungan istimewa, sekadar teman artis dan tidak lebih daripada itu. Agaknya
kalau mereka berpegangan tangan, silap hari bulan artis itu meroyan. Sabar
jelah...
Subscribe to:
Posts (Atom)