Sudah
menjadi satu lumrah kehidupan, apabila seseorang mempunyai hubungan yang baik
dengan orang lain yang dilihat mempunyai kuasa atau kelebihan dalam sesebuah
situasi, ia akan menimbulkan perasaan 'nakal' kepada orang lain.
Situasi
itulah yang kini sedang dihadapi oleh Datin Alyah apabila dikatakan banyak
menggunakan pengaruh suaminya seorang pengarah muzik, Datuk Ramli MS untuk
berada dalam posisi selesa duduk di dalam industri muzik tempatan. Selain
dilihat mampu mempunyai kualiti album yang hampir sempurna pada masa akan
datang atas bantuan suaminya yang akan menghasilkan album tersebut dengan baik,
Alyah juga dikatakan senang menembusi mana-mana pencalonan muzik sedia ada
berbekalkan kepakaran suaminya itu sebagai juri.
Tidak
melatah dengan dakwaan itu, tegas Alyah, dia tidak pernah mencampur-adukkan
antara hal kerja dan peribadi.