“SARIFAH
SYAKINAH mula jatuh hati dengan Aliff sewaktu pertama kali berjumpa dan
bertentang mata dengannya selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sekitar
bulan Februari lalu,” getus pelakon Sharifah Sakinah ringkas usai majlis
pertunangannya bersama jejaka bernama Aliff Adha Jamil, 26, di kediaman
keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tuan
empunya nama, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, dilihat begitu bijak
merahsiakan rencana cintanya bersama Aliff daripada pengetahuan khalayak umum.
Tanpa ‘angin kencang’, pelakon telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu terus
mengumumkan tarikh pertunangannya beberapa minggu lalu.
Berbicara
tentang bunga-bunga cinta yang berputik antara mereka berdua Sakinah berkata,
ianya bermula selepas Aliff menyertai program senaman dan kesihatan anjurannya,
Fitnessakinah.
“Kami
berdua berjumpa setelah diperkenalkan oleh seorang kawan rapat. Selepas
berjumpa, kami kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan terus berhubung
menerusi khidmat pesanan ringkas.
“Waktu
itu, Aliff tidak sekurus ini dan badannya kelihatan sedikit berisi. Saya terus
menawarkan diri untuk melatih dan menolongnya untuk menurunkan berat badan.
“Daripada
perkenalan itu, saya mula jatuh hati padanya. Alhamdulillah, saya berasa sangat
gembira apabila kami telah diikat sebagai pasangan tunang secara rasmi pada
malam ini,” ujarnya sambil memberitahu program kesihatannya itu sedikit
sebanyak membuka laluannya bertemu dan mengenali jejaka yang kini bergelar
tunangnya.
No comments:
Post a Comment