SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, August 26, 2015

SAJAK KEMERDEKAAN DALAM BAHASA IBAN 2015


ANDA BOLEH TUKAR SENDIRI BM-BAHASA IBAN

TEMA: SEHATI SEJIWA


SEHATI SEJIWA
Sejati sejiwa.
Kita menikmati erti kemerdekaan selama58 tahun ini,
kita semua sepakat mengakui
inilah kemerdekaan yang kita ucapkan,
kita banggakan,
tetapi kita tidak tahu
apa itu kemerdekaan ??
Merdekah kita??

Sehati sejiwa
Kita bersama rasa,
seia sekata, sependapat,
saling menyayangi antara dua insan,
susah sama diharungi,
manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.
Kita menghayati erti kemerdekaan
mengharungi hari-hari mendatang
tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…

Sehati sejiwa…
Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..
Dimana bangsaku,
dimana kedudukan ku,
dimana agama ku,
di mana rakan ku??
Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..
Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini..
adakah ianya benar-benar tercapai??

Sehati sejiwa…
Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu,
 berpantang ajal sebelum maut,
itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..
Kitalah yang menikmati bersama-sama …
 ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…

Sehati sejiwa…
Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini…
bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…
Bersatulah kita semua mengembling tenaga,
jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.
Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar
 yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…

Merdekah kita?

LIYANA JASMAY MENGANDUNG LAGI



TIADA apa yang lebih menggembirakan pelakon Liyana Jasmay apabila menyedari dirinya sedang hamil anak kedua. Kandungan isteri kepada ahli perniagaan, Fathudin Mazlan, 31, itu kini mencecah usia empat bulan.

Menurut Liyana, 27, yang juga ibu kepada Sofia Arissa, setahun tiga bulan, dia sememangnya merancang ingin menambah bilangan anak sebelum mencecah usia 30 tahun.

Meskipun jarak kehamilan kedua dengan anak pertamanya agak rapat, perkara tersebut bukanlah satu masalah kerana sememangnya Liyana dan suaminya merancang ingin menambah anak dalam waktu terdekat.


STACY ANAM MASUK ISLAM


Ummu Shaikhah Stacy Anam





YA, saya kini secara rasminya penganut Islam,” ungkap Stacy ringkas sewaktu memulakan bicara pada sidang akhbar khas yang berlangsung di ibu pejabat Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Tampil sederhana tetapi kelihatan yakin sewaktu bertemu media, Stacy banyak tersenyum, sementelah berita yang ingin dikongsi merupakan khabar gembira.


Namun, dalam rasa bahagianya itu, terselit gentar kerana masih belum terbiasa dengan keadaan baharu. Stacy kini rasmi memeluk agama Islam dan memilih nama indah Ummu Shaikhah Stacy Anam sebagai pengenalan diri baharu.

PELAKON WANITA MALAYSIA SEKSI : ADIBA YUNUS




Merasakan diri masih baru dalam dunia lakonan, Adiba Yunus, 27, tidak kecewa apabila membuat keputusan enggan berlakon seksi selepas menyedari babak lakonannya berkemban dalam filem Nasi Tangas seperti menimbulkan kontroversi.
Katanya, kesedaran itu datang sendiri tanpa desakan daripada sesiapa. Adiba atau Siti Adibah Yunus berasa dirinya cukup matang dan dewasa untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan watak selepas ini.
Padanya, sebagai orang Islam dia harus akur dengan etika dan norma kehidupan yang tidak boleh terlalu ditonjolkan walaupun hanya dalam lakonan yang boleh menimbulkan cerita kurang enak daripada orang ramai.
“Saya sedar terlalu awal untuk membuat keputusan seperti ini. Seharusnya saya perlu terus mencuba untuk melakonkan watak lebih mencabar lagi daripada itu.

“Namun saya yakin, banyak lagi watak mencabar yang boleh saya lakonkan tanpa perlu seksi. Selepas filem Nasi Tangas diulang siar banyak kali di televisyen, saya mula tersedar perkara itu dan mung–kin tidak akan menerima tawaran berlakon watak seksi lagi selepas ini,” katanya.

VIDEO STASY AF MEMELUK AGAMA ISLAM




MAMAT SEPAH RAJA LAWAK BERCINTA DENGAN KAKA

BENAR KE? 
 HANYA DALAM GAMBAR SAHAJA








"Saya pernah jatuh kerana duit.

"Bayangkanlah, dalam usia muda 24 tahun, saya sudah pegang duit ratusan ribu ringgit selepas menang Raja Lawak musim ketiga pada 2009. Ketika itu, saya mengaku mengalami kejutan budaya dan hidup hanya untuk berseronok saja," luah Mamat Sepah kepada HIP.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 29, yang menjadi penyampai radio Ultra FM, mengakui kehidupannya sekarang lebih tenang dan jauh daripada kontroversi yang pernah mencemari kerjaya seninya.


"Nama saya naik mengejut bersama Sepah. Saya mengaku jatuh kerana kesalahan sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, saya pernah bertunang selepas...

Tuesday, August 25, 2015

SAJAK KEMERDEKAAN 2015: MERDEKAKAH KITA

TEMA: SEHATI SEJIWA


SEHATI SEJIWA
Sejati sejiwa.
Kita menikmati erti kemerdekaan selama58 tahun ini,
kita semua sepakat mengakui
inilah kemerdekaan yang kita ucapkan,
kita banggakan,
tetapi kita tidak tahu
apa itu kemerdekaan ??
Merdekah kita??

Sehati sejiwa
Kita bersama rasa,
seia sekata, sependapat,
saling menyayangi antara dua insan,
susah sama diharungi,
manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.
Kita menghayati erti kemerdekaan
mengharungi hari-hari mendatang
tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…

Sehati sejiwa…
Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..
Dimana bangsaku,
dimana kedudukan ku,
dimana agama ku,
di mana rakan ku??
Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..
Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini..
adakah ianya benar-benar tercapai??

Sehati sejiwa…
Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu,
 berpantang ajal sebelum maut,
itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..
Kitalah yang menikmati bersama-sama …
 ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…

Sehati sejiwa…
Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini…
bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…
Bersatulah kita semua mengembling tenaga,
jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.
Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar
 yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…

Merdekah kita?

Friday, August 21, 2015

POSISI SEKS

 BEBERAPA POSISI SEKS YANG BERBAHAYA





TEKNIK CIUMAN YANG MENGHAIRAHKAN


PERNAHKAH ANDA BERCIUM DENGAN KEKASIH ANDA?

SEJAK UMUR ANDA BERAPA?


JAWAB DALAM RUANG KOMEN...........




BAHAGIAN YANG SERING DICIUM ( LOVE BITE)

KORANG SUKA LOVE BITE BAHAGIAN MANA???




ARTIS MALAYSIA LOVE BITE 2015



Seperti biasa setiap kali ada pasar malam berdekatan rumah saya dan abang pasti mengunjungi pasar malam tersebut. Bukan nak beli sangat sekadar nak mencari buah-buahan untuk alas perut dan sampingan sekiranya tiada lauk sangat untuk di makan.
Sewaktu berdiri bawah lampu dihadapan rumah nak keluar pintu tetiba abang tegur
abang : weh dik yang kat leher kau tu lovebite ka
aku : kat mana ?
abang : tu kat leher kau.. aku bagitau emak..
aku : cehhh porahh.. ni jerawat la ngekk
adoii.. ni lah jadinya bila jerawat singgah kat leher gak.. jerawat pun disangka lovebite.. aku geget gak leher abang aku kang.. baru dia tau bila kena tanya siapa lovebite dengan bini dia… hahaha..

Thursday, August 20, 2015

IQRAM DINZLY BERCINTA UQASHA SENROSE

BETULKAH? 



Teka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose belum terjawab. Terlanjur menemubual Iqram tak sah ditanyakan lanjut mengenai hubungannya dengan kakak kepada Nelydia Senrose itu. Baru-baru ini kedua-dua mereka berkongsi gambar mempamerkan kemesraan di akaun Instagram masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai persepsi dan teka teki. Sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan cinta atau sekadar teman biasa, semuanya itu mungkin terlalu awal untuk dipastikan. Iqram sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis seperti Soo Wincci dan terdahulu Fouziah Gous yang kini sudah berumah tangga. Apa komen Iqram mengenai Uqasha? 

ZIZAN BERCINTA DENGAN UMI

BETUL KE? TENGOK KOMEN ZIZAN
Ditanya mengenai cerita beliau keluar makan dengan Ummi, pengacara Akademi Fantasia 2015 bersama Faizal Ismail itu tidak menafikan hal berkenaan. Zizan dan Ummi berkenalan ketika membintangi telefilem Angin Cinta terbitan syarikat Mermaid Studios milik Liyana Jasmay dan kakaknya. Penggambaran diadakan di Langkawi dan sekitar ibu kota. "Saya kenal dia (Ummi) selepas kami berlakon bersama. Mula berlakon dengannya, saya tak nafikan, memang kekok. Tapi lama lama sudah okay. Dia juga seorang kawan yang baik. Suka menasihati. Saya hormati dia sebagai seorang kawan. Tak lebih daripada itu. "Saya selesa berkawan dengannya. Kalau ada yang cakap saya keluar makan dengannya, saya saya nafikan. Ada beberapa kali kami keluar makan bersama," katanya.


ZIZAN BERCINTA SEMULA DENGAN EMA MAEMBONG

BENARKAH? APA KATA ZIZAN RAZAK....
Mengenai dakwaan Emma Maembong yang mengatakan Zizan menyebarkan cerita buruk mengenainya, Zizan memilih untuk tidak memeningkan kepala dan memanjangkan perkara itu. "Kalau dia tak puas hati, kenapa tak cakap dengan saya? Dia boleh hubungi saya dan kenapa perlu bawa hal itu ke pengetahuan umum dan media. Saya kalau boleh tak mahu kecoh-kecoh mengenai hal berbangkit. Umur saya pun sudah 31 tahun dan tak mahu jadi macam kanak kanak bertikam lidah itu ini. "Cuma apa yang dia buat itu mengaibkan nama keluarga saya. Dia perlu fikir dahulu sebelum cakap. Saya ada mak ayah, jadi jangan tahu cakap sahaja. Sama ada saya playboy atau tak, ia tak ada kena mengena dengannya lagi. Dia pun sudah bahagia dengan cinta baharu. Demi Tuhan, saya bahagia dengan apa dikecapinya. "Saya mahu ketepikan isu ini. Saya sudah maafkan dia dan kepada sesiapa yang pernah terasa dengan diri saya," katanya.

Wednesday, February 11, 2015

NOVEL DI SEBALIK DINARA TINGKATAN 4



Novel Di Sebalik Dinara
BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA.  Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang  merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida  kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji  DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang  akan dirasmikan  oleh Phillips Young,  Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram  menyatakan keinginannya mencari  jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat  menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida  yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.  Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai  physical backupkepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan  Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur  untuk Farisha  dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang  Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan  bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam  Dinara, tetapi  Dinara sekarang  sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5  dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan  projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang  dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat  berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas  pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti  yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin  datang  ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan diCT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke  atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas  lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagaimummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu  kerana sanggup melakukan ujikaji  ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.  Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila  Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai  kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer  Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida.  Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab  sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.
 BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan  Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan  ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan  tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan  kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa  Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun  dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan  akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
TEMA

Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

PERSOALAN

1.         Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.
2.         Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem teknologi maklumat.
3.         Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan teknologi maklumat.
4.         Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer
Perkembangan
Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.
Konflik
Konflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya  dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya.
Klimaks
Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara.
Peleraian
Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

TEKNIK PLOT

1.        Pemerian
Contohnya :
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang SenaI
Pengumuman tentang penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang berkumandang

1.        Suspens
Contohnya ;
“ Pergi! Kau tak sayang aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat. Pasti kau akan bunuh aku kali ini!”
“ Karl yang siksa aku sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku Rosmina”.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
1.        Farisha
o    Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
o    Anak angkat kepada keluarga Azraai.
o    Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
o    Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
o    Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
o     Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
o    Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
o    Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram
                                                                                         
Watak sampingan
1.     Karl
·         Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina.
·         Ayah kepada Farisha.
·         Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.
·         Membangunkan Dinara.
·         Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.
·         Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan.
·         Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.
·         Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.
2.         Aqram
·         Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.
·         Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.
·         Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.
·         Sering menjejaki Farisha.
·         Sebuah cyborg.
·         Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.
·         Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi.
·         Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.
·         Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

3.     Shida
·         Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.
·         Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar.
·         Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.
·         Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan ujikaji di Soft Lab.
·         Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.
4.       Dr. Maxi
·         Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.
·         Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan Shida.
·         Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.
·         Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.
LATAR

Latar Masa
1.        Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
2.  Pagi – Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.
3.   Pagi –Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
4.     Hari  – “Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.
5.   Malam –Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
6.  Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.
Latar tempat
1.        Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.
2.       Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
3.       Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
4.       Rumah Karl- “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….
5.        Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.
6.       Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…
7.        Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…
8.       Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
9.       Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…
10.     Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

Latar Masyarakat

1.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas.
2.       Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi maklumat.
3.       Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
4.       Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing berkaitan dengan teknologi maya.
5.        Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang tempatan sebagai bahan ujikaji.
 GAYA BAHASA
1.        Kata ganda
Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua
Bersama-sama  menggaru-garu
1.        Metafora
Contohnya  :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak

1.        Hiperbola
Contohnya : angkat-angkat kening.

1.        Simile :
Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.
Contohnya : Bagaikan member amaran

1.        Sinkope
Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

1.        Personifikasi
Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

1.        Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Inggeris - retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.
NILAI

1.        Nilai kasih sayang.
Contohnya : Medina/Marilyn dan Karl sentiasa berusaha mencari anak Farisha.
1.        Nilai bertanggungjawab:
Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.
1.        Nilai ketabahan:
Contohnya Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya.
4.  Nilai keberanian:
     Contohnya : Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
2.Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan dalam hidup dan cuba berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
3. Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli keluarga kita.
  



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails