BENARKAH? APA KATA ZIZAN RAZAK....
Mengenai
dakwaan Emma Maembong yang mengatakan Zizan menyebarkan cerita buruk
mengenainya, Zizan memilih untuk tidak memeningkan kepala dan memanjangkan
perkara itu. "Kalau dia tak puas hati, kenapa tak cakap dengan saya? Dia
boleh hubungi saya dan kenapa perlu bawa hal itu ke pengetahuan umum dan media.
Saya kalau boleh tak mahu kecoh-kecoh mengenai hal berbangkit. Umur saya pun
sudah 31 tahun dan tak mahu jadi macam kanak kanak bertikam lidah itu ini.
"Cuma apa yang dia buat itu mengaibkan nama keluarga saya. Dia perlu fikir
dahulu sebelum cakap. Saya ada mak ayah, jadi jangan tahu cakap sahaja. Sama
ada saya playboy atau tak, ia tak ada kena mengena dengannya lagi. Dia pun
sudah bahagia dengan cinta baharu. Demi Tuhan, saya bahagia dengan apa
dikecapinya. "Saya mahu ketepikan isu ini. Saya sudah maafkan dia dan
kepada sesiapa yang pernah terasa dengan diri saya," katanya.
No comments:
Post a Comment