Merasakan diri masih baru dalam dunia lakonan, Adiba Yunus,
27, tidak kecewa apabila membuat keputusan enggan berlakon seksi selepas
menyedari babak lakonannya berkemban dalam filem Nasi Tangas seperti
menimbulkan kontroversi.
Katanya, kesedaran itu datang sendiri tanpa desakan daripada
sesiapa. Adiba atau Siti Adibah Yunus berasa dirinya cukup matang dan dewasa
untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan watak selepas ini.
Padanya, sebagai orang Islam dia harus akur dengan etika dan
norma kehidupan yang tidak boleh terlalu ditonjolkan walaupun hanya dalam
lakonan yang boleh menimbulkan cerita kurang enak daripada orang ramai.
“Saya sedar terlalu awal untuk membuat keputusan seperti
ini. Seharusnya saya perlu terus mencuba untuk melakonkan watak lebih mencabar
lagi daripada itu.
“Namun saya yakin, banyak lagi watak mencabar yang boleh
saya lakonkan tanpa perlu seksi. Selepas filem Nasi Tangas diulang siar banyak
kali di televisyen, saya mula tersedar perkara itu dan mung–kin tidak akan
menerima tawaran berlakon watak seksi lagi selepas ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment