TARIKH 11.11.11
KALAU pandang dari depan, gaun labuh merah pinang masak yang
digayakan Fasha Sandha di sebuah majlis malam kelmarin nampak biasa saja.
Tapi kalau pelakon kontroversi ini berpusing saja, SS pasti
ramai yang terbeliak dan mungkin ada yang sampai hendak terkeluar biji mata
menyaksikan bahagian belakang Fasha yang terdedah luas.
Itulah yang dapat SS bayangkan ketika Fasha muncul di majlis
pelancaran majalah baru untuk pasaran Malaysia, kelmarin.
SS difahamkan, majalah ini diadaptasi dari luar negara edisi
Malaysia.
Tapi, bagaimana reaksi sebenar tetamu yang hadir di majlis
itu, SS tidak tahulah pula kerana tidak berada di lokasi itu. SS hanya melihat
gambar ditunjukkan rakan dari satu laman blog, semalam.
SS memang terkejut dan hanya mampu mengucap panjang pada
hari Jumaat yang juga tarikh yang begitu cantik, 11.11.11. Tapi apabila
fikir-fikir semula, apa yang hendak dihairankan.
SS perasan akhir-akhir ini Fasha makin berani tampil seksi
dalam beberapa majlis termasuk Anugerah Skrin 2011 yang baru berlangsung.
Sebelum itu dia juga nampak seksi dalam sebuah majalah
fesyen yang terkenal.
Cuma SS terus terbayangkan gambar Fasha yang begitu sopan
bertudung ketika menghadiri JomHeboh di Kelantan, baru-baru ini. Ramai yang
memuji penampilannya begitu anggun dan sopan.
SS yakin, kalau ditanya empunya diri, jawapan mereka mudah
saja. Mereka menggayakan pakaian yang diberikan pereka fesyen dan tidak tahu
pula ia seksi pada pandangan pihak tertentu.
Malah artis juga selalu berkata, penampilan mereka selalunya
disesuaikan dengan majlis. Kalau majlis keagamaan, mereka tidak kekok bertudung
dan berjubah. Tapi apabila hadir majlis glamor seperti pelancaran majalah yang
diadaptasi pula dari luar negara, tentulah tampil sesuai dengan majlis.
Kalau artis Barat boleh tampil begitu, artis Malaysia juga
boleh.
SS yakin Fasha mampu tersenyum puas dan tidur dengan lenanya
malam itu kerana dirinya menjadi orang yang paling mendapat tumpuan sepanjang
malam berkenaan.
Difahamkan, ramai artis jelita lain yang hadir malam itu
seperti Lisa Surihani, Fazura dan Liyana Jasmay manakala artis lelaki pula ada
Awal Ashaari, Sazzy Falak dan Shaheizy Sam. Tapi penampilan mereka biasa saja,
malah Fazura dikatakan tampil dengan gaun ringkas.
Satu perkataan saja yang mampu SS katakan dengan penampilan
Fasha iaitu, berani mati dan SS ucapkan tahniah kerana Fasha mempunyai
keberanian yang tinggi.
No comments:
Post a Comment