BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu orang memakai kostum dan
mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya ini sempena acara
Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.
Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara
tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.
Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul
derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.
Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa
dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New
Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.
Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah
memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya
mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu
No comments:
Post a Comment