PKR hari ini mendakwa BN dan Umno menggunakan jentera
kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya bekas timbalan perdana menteri itu.
Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke
atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat
laporan palsu.
Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah
diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.
Namun, PKR telah meminta supaya siasatan itu dijalankan pada
Rabu di balai polis Kepong, katanya lagi.
Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung
tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks
kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.
Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan
Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta
bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip
Anwar itu.
No comments:
Post a Comment