Cara-cara lebatkan rambut.
Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang
insyallah mujarab orang tua-tua kata.
Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum
tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh
dapatkan minyak bijan di kedai mamak
Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih
untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah
buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
Petua 3.
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan
sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai
tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas
rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan
mengalami masalah keguguran rambut.
Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian
bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian
sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas
dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.
Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana
selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu
rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya
mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini
tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
Penutup.
Selmat mencuba ya. Kalau ada petua/tip-tip yang lain ingin
dikongsikan bersama. Kongsikan bersama ya!
Sumber :
No comments:
Post a Comment