Seorang lelaki tua berusia 82 tahun telah ditangkap basah
kerana merogol seekor kambing betina oleh pemilik kambing.
Martin Tigere diberitahu tentang gangguan di kebunnya di
Rusape, Zimbabwe ketika kambing itu mula mengembik berkali-kali di tengah
malam. Tigere meminta ketiga anaknya untuk menyiasat, kerana bimbang anjing
liar mungkin telah menyerang kambing mereka.
Ketika mereka tiba di tempat itu mereka menemui Naison Tunzvi berusia 82 tahun dengan seluar
di pergelangan kakinya sedang berhubungan seks dengan kambing betina.
Ketiga anak muda itu menangkap Tunzvi dan mengundang jiran
tetangga ke situ agar mereka juga boleh menjadi saksi terhadap apa yang
berlaku.
Tunzvi diserahkan kepada ketua desa, Andrew Katehwe yang
membuat saman ke mahkamah desa. Tunzvi mengaku merogol kambing dan dikenakan
denda US$10, tetapi Katehwe juga melaporkan jenayah kepada polis tempatan yang
juga mendakwa orang tua tersebut sebagai menyesatkan.
“Kami telah menangkap Naison Tunzvi dengan kenyataan
melakukan bestialiti (seks dengan binatang) sebagaimana ditakrifkan dalam Akta
Kodifikasi Undang-Undang Jenayah. Penyiasatan kami menjadi mudah selepas beliau
mengakui sendiri melakukan jenayah di sebuah mahkamah desa dan juga, para saksi
memberi kami maklumat yang boleh membantu.
No comments:
Post a Comment