Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang
lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir
apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah
asrama di sini kelmarin.
Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja
sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.
Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29
tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu
menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul
11.10 pagi kelmarin.
Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di
sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman
lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang
diikat dengan wayar seterika.
“Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum
diserahkan kepada polis.
“Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya
diikat dengan wayar seterika,” kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan
identitinya didedahkan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika
dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment