KESILAPAN YANG MEMALUKAN ANUAR ZAIN : AIM 18



KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: Akibat kesilapan teknikal, penganjur Anugerah Industri Muzik Ke 18 (AIM 18) telah pun menarik balik trofi kemenangan Yuna menerusi kategori Lagu Terbaik dan diberikan kepada Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Meskipun mendapat markah tinggi dalam set penjurian untuk kategori Lagu Terbaik, namun Yuna tidak menepati kriteria yang ditetapkan penganjur kerana telah pun tewas dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Anugerah tersebut sebaliknya diserahkan kepada penyanyi dan pencipta lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim sebagai pemenang yang layak, juga berdasarkan kemenangan bagi kategori Lagu Pop Terbaik.

Menganggap perkara yang berlaku sebagai sesuatu yang sangat memalukan dirinya, Anuar Zain berharap selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

"Saya akui perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan saya. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Saya sendiri berfikir, bagaimana mahu berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai bila diberi tahu dengan berita ini. Kerana dalam hal ini, kami berdua menjadi mangsa keadaan.

"Bagi saya kalau perkara ini hanya diam-diam sahaja pun tidak mengapa dan anugerah ini tidak perlu diberikan semula kepada saya dan Edry. Berat untuk saya menerima perkara ini, kerana saya juga memahami perasaan Yuna dan menghormati dirinya.

"Namun kerana menghormati pihak penganjur yang mengakui kesilapan mereka lalu, jadi saya menerimanya," katanya ketika ditemui ketika majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM18, di sini petang tadi.

Mengharapkan apa yang berlaku tidak akan berulang lagi, kata Anuar Zain, perkara tersebut pastinya mencatatkan sebuah sejarah tersendiri bagi majlis anugerah yang diiktiraf ramai itu.

"Perkara ini satu sejarah buat AIM dan akan dikenang untuk selama-lamanya. Saya sendiri tercatat dalam sejarah ini dan saya juga tidak mahu ia berlaku.

"Saya juga mahu menegaskan di sini, baik saya mahupun Edry, kami sama sekali tidak pernah berjumpa sesiapa untuk mempertikaikan mengenai isu tersebut," katanya

Tidak mengerti mengapa set penjurian dibahagikan kepada dua, jelas pelantun lagu Lelaki Ini, seharusnya pihak penganjur selepas ini hanya menyediakan satu set penjurian sahaja.

"Saya rasa tidak perlulah hendak dibuat kepada dua set penjurian kerana khuatir keputusan pemenang diketahui juri. Ambil saja juri yang diyakini dan lakukan prosedur yang sewajarnya.

"Mungkin mereka perlu menandatangani surat perjanjian dan sebagainya untuk tidak membocorkan rahsia. Jadi dari situ, apabila pemenang bagi setiap kategori muzik telah diketahui mereka hanya perlu mengadili lagu-lagu daripada pemenang kategori tersebut untuk memilih Lagu Terbaik," katanya menyuarakan pendapatnya.

PENGAKUAN YUNA AIM 18



KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: "Saya menerima keputusan juri AIM18 ini dengan hati terbuka, kerana perkara ini merupakan sesuatu yang besar dan harus diperbaiki demi menjaga nama semua pihak. Semasa saya menangpun saya sendiri keliru namun menerimanya dengan hati terbuka juga setelah menerima penjelasan daripada pihak penganjur AIM18.

"Kini setelah mereka memberitahu berlaku kesilapan dan harus diperbetulkan, bagi saya itu merupakan satu perkara yang sewajarnya dilakukan," kata Yuna mengulas mengenai keputusan menarik balik kemenangan lagu Penakut ciptaan dan nyanyiannya sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang lalu.

Ditanya kepadanya mungkinkah penarikan semula kemenangannya itu dibuat setelah berlaku pertikaian mengenai kemenangannya yang diperkatakan kerana dia masih baru dan boleh diperlekehkan? Yuna bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak boleh cakap kerana saya baru maka isu kemenangan saya dipertikaikan. Malah mereka juga boleh menarik semula kerana saya masih baru dalam industri ini. Itu semua tak masuk akal. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan saya menerima dengan redha. Cuma saya harap selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia melibatkan banyak pihak,"jelasnya.

Tidak serik untuk bertanding lagi di AIM, bagi Yuna kejadian tersebut membuka mata semua yang terlibat dan merupakan satu pengajaran berguna.

"Sebagai seorang pemuzik, saya tidak seharusnya serik. Saya juga tidak terasa dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya akan terus berkarya untuk mengangkat muzik saya ke mata dunia,"ucapnya lagi.

Meskipun kemenangan ditarik balik, namun Yuna bersyukur dan gembira kerana lagu Penakut mendapat markah tertinggi bagi set penjurian Lagu Terbaik.

"Apabila untuk kategori Lagu Terbaik mereka meletakkan lagu Penakut dengan 20 buah lagu lain dan mendapat markah tertinggi, itu sudah menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya dalam set penjurian itu saya dipilih sebagai yang terbaik. Apa pun yang berlaku tidak akan nmematahkan semangat saya," jelasnya.

Monday, November 28, 2011

REMAJA MANGSA SEKSUAL


MARANG: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhijrah dan merubah diri menjadi insan lebih baik dengan memasuki sekolah pemulihan akhlak di sini bertukar tragedi, selepas dia menjadi mangsa penderaan seksual dan buli lima pelajar senior di sekolah berkenaan, petang Khamis lalu.

Kejadian malang itu menimpa mangsa yang hanya dikenali sebagai, Mira, 14, dari Klang, Selangor, dan mendakwa diperlakukan sedemikian oleh lima rakan sebiliknya.
Dalam pertemuan dengan Berita Harian semalam, Mira mendakwa dia didera secara seksual kira-kira setengah jam di dalam asrama sekolah itu, selepas berlaku pertengkaran dengan pelajar senior berusia 14 hingga 17 tahun di dalam bilik mandi kira-kira jam 3 petang.
Katanya, dia yang masuk ke sekolah pemulihan akhlak wanita atas inisiatif sendiri pada September lalu, dipanggil oleh kumpulan pelajar berkenaan ke bilik mandi untuk membantunya mencuci rambut, tetapi ketika itu dia membantah tindakan mereka yang meraba-raba belakangnya.

Namun, dia sekali lagi diganggu pelajar berusia 17 tahun ketika bersiap di bilik untuk menyertai satu program sekolah, tetapi cubaannya melawan ketika itu dibalas dengan tindakan agresif apabila ditolak ke dinding dan kemudian direbahkan di katil.

“Saya menempuh azab kira-kira setengah jam apabila mereka memperlakukan saya seperti binatang,” katanya yang mendakwa perlakuan tidak bermoral itu terhenti selepas seorang pelajar mengetuk pintu bilik memintanya segera ke program berkenaan.

Dalam keadaan kesakitan, lemah serta menangis, Mira berkata, dia pergi ke tingkat bawah sebelum terserempak dengan seorang pelajar senior berusia 19 tahun yang juga rakan baiknya, sebelum menceritakan kejadian itu selepas didesak.
“Selepas memberitahu warden mengenai kejadian itu, saya disuruh berehat sementara menunggu warden menyoal siasat lima pelajar terbabit. Mereka akhirnya mengaku selepas didesak. Saya dihantar pihak sekolah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 34, berkata dia terkilan kerana pihak sekolah cuba menyembunyikan kejadian yang menimpa anaknya Mira, sebaliknya hanya mengetahui kejadian sebenar daripada Mira.

“Saya terima panggilan polis kira-kira jam 2.15 pagi semalam (Jumaat) memaklumkan Mira dimasukkan ke HSNZ, selepas menjadi mangsa buli,” katanya yang datang dari Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan, justeru, tidak dapat mengulas lanjut.

ARTIS WANITA MALAYSIA SENTIASA MEMBAWA KONDOM DALAM BEG



Ternganga mulut SS bila sumber menyampaikan cerita ini kepada SS. Macam susah nak percaya. Tak mungkin aktor kacak sedang meningkat naik ini berkelakuan sedemikian rupa. Apatah lagi umum tahu akan keperibadiannya yang bagus dan kuat pegangannya.

Menurut sumber, sikap buruknya itu juga antara menjadi punca mengapa hubungannya dengan bekas kekasihnya putus. Malah dia tidak boleh lari apabila buah hatinya itu sendiri menemui bukti.
Tentu ramai ingin tahu apakah sikap buruk aktor yang SS maksudkan ini sehinggakan kekasihnya itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya dan tidak lagi bersama.

Cerita sumber yang rapat dengan pasangan ini memberitahu yang kekasih kepada aktor terbabit ini terjumpa kondom dalam begnya. Perkara itu menyebabkan kekasihnya naik hantu apatah lagi alasan diberikan aktor terbabit kepada kekasihnya tidak masuk akal.


Kata sumber itu lagi, sebaik terjumpa kondom dalam beg aktor itu, kekasih hatinya terus berdepan dan bertanyakan mengapa ‘benda’ itu perlu ada dalam begnya.


Waktu sama, kekasihnya itu sudah pun mendengar cerita mengenai aktor terbabit sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengannya.

Walaupun perkara itu tidak benar, tetapi apabila terjumpa kondom dalam beg aktor terbabit menyebabkan kekasih hatinya itu berasa sangsi.

Apabila ditanya mengapa aktor terbabit membawa kondom di dalam beg, alasan diberikan adalah dia memang suka kerana bentuk sarung mencegah kehamilan itu nampak comel apabila ditiup seperti belon.

Mendengarkan alasan diberikan itu membuatkan SS rasa hendak pecah perut tergelak. Memang tidak masuk akal langsung alasan diberikan itu dan sudah tentu alasan diberikan itu membuatkan kekasih hatinya bertambah naik darah.

SS dengar juga cerita bahawa sekarang ini hubungan aktor itu dengan kekasih hatinya itu sudah lama berakhir dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.

RATU BOGEL DI DUNIA



MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang.

Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya.

Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik.

Gambar ala bidadari bogel itu kemudian dipamerkan dalam sebuah buku berjudul Culo by Mazzucco. Selain Nicole, sebenarnya ada ramai selebriti lain yang gambarnya pernah dirakamkan oleh Mazzucco dimuatkan di dalam buku tersebut. Mereka termasuklah Lady Gaga, Fergie, Sarah McLachlan, Alessandra Ambrosio, Pamela Anderson dan Stacy Keibler. Hanya gambar Nicole yang berbogel ala bidadari itu yang menjadi perhatian.

"ZOMBI" MENGGANAS DI MEXICO



BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu orang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya ini sempena acara Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.

Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.

Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.

Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.

Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu

BUAYA BERKELIARAN SELEPAS BANJIR



BANGKOK - Banjir besar yang semakin surut di Thailand membawa bersama ratusan ekor buaya dari kawasan paya bakau ke kawasan penempatan penduduk di sini.

Berpuluh-puluh ekor reptilia itu termasuk spesies ular berbisa dilihat berkeliaran di beberapa kawasan di ibu kota Thailand tersebut.

Kehadiran tetamu tidak diundang itu mendorong pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menangkap buaya yang terlepas.

Beberapa pasukan khas Jabatan Perikanan Thai menerima banyak laporan kehadiran reptilia buas itu seperti kejadian yang menimpa seorang penduduk di sini, Anchalee Wannawet.

Lelaki berkenaan melihat seekor buaya sepanjang satu meter dengan mulut terganga luas berada di tepi tandas di luar rumahnya baru-baru ini.

"Saya terus cabut lari," kata pemuda berusia 23 tahun itu.

Selain buaya liar banjir terburuk dalam tempoh separuh abad itu turut menyebabkan ratusan ekor buaya yang menghuni ladang-ladang buaya di pinggir bandar raya ini terlepas.

KONTROVERSI AIM 18


POLEMIK penjurian dalam penganjuran AIM oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang sepatutnya ditutup dengan penuh gilang-gemilang pada 12 November lalu berakhir dengan tragedi yang menghancurkan prestij acara itu. Ia disifatkan sebagai detik paling memalukan dalam sejarah hampir dua dekad AIM dianjurkan.

Sudah 18 kali dianjurkan, insiden salah faham tentang kriteria utama dalam pemilihan sesebuah Lagu Terbaik AIM sepatutnya tidak harus berlaku. Sudah sah tertulis dalam 'piagam' AIM sendiri bahawa lagu terbaik haruslah dipilih daripada salah satu pemenang lagu terbaik daripada setiap genre muzik. Jadi kenapa harus lagu yang tidak memenangi mana-mana subkategori diumumkan sebagai Lagu Terbaik AIM 18?

Mulanya lagu Penakut karya dan nyanyian Yuna diangkat sebagai Lagu Terbaik, selang dua minggu kemudian, ralat AIM diperbetulkan apabila lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan karya Edry Abd. Halim pula diumumkan sebagai pemenang sebenar.

Sebagai penganjur yang mengambil alih kuasa AIM daripada Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi), RIM ternyata mempamerkan pekung di dada. Meletakkan kesalahan itu atas bahu firma juruaudit Ernst & Young dalam mentafsirkan pemenang dan hasil penjurian dianggap alasan paling pincang yang diberikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18, Rosmin Hashim.

"Penjurian untuk lagu terbaik bagi empat kategori muzik, pop, rock, etnik kreatif dan nasyid dinilai oleh 23 orang panel juri, manakala untuk lagu terbaik pula, dinilai oleh 10 juri lain. Juri untuk lagu terbaik tidak mengetahui lagu mana yang dipilih sebagai pemenang setiap kategori.

"Itu adalah teknik penjurian yang diguna pakai sejak beberapa AIM terdahulu, cuma tahun ini sahaja, keputusan lagu terbaik tidak selari dengan apa yang diputuskan dalam penjurian lagu terbaik di peringkat kategori muzik," tegas Rosmin tentang penarikan semula trofi lagu terbaik daripada Penakut kepada Sedetik Lebih.

Ernst & Young meletakkan lagu Penakut sebagai Lagu Terbaik AIM berdasarkan markah tertinggi daripada 20 lagu yang dinilai oleh 10 orang juri dalam pemilihan lagu terbaik.

Tersiratnya, lagu karya Yuna itu sudah menang sebagai lagu terbaik di mata 10 juri malangnya ia tidak menang sebagai Lagu Pop Terbaik AIM dalam penjurian di peringkat subkategori yang dinilai 23 juri. Jadi secara rasminya, Penakut tidak boleh menyandang trofi Lagu Terbaik AIM 18.

Dari satu sudut yang lain pula, kenapa harus ada dua penjurian berasingan, kenapa tidak salah satu lagu terbaik dari peringkat subkategori sahaja yang dinilai untuk diangkat sebagai lagu terbaik keseluruhan. Persoalan-persoalan sebegitu sedikit sebanyak menyumbang kepada kepincangan strategi RIM sendiri yang sengaja menimbulkan punca konflik.

Tindakan RIM yang sengaja mahu bermain teka-teki itu akhirnya merosakkan kepercayaan umum bahawa aspek penjurian dalam mana-mana anugerah sebenarnya bukan satu keputusan mutlak, tidak muktamad dan boleh dipertikaikan kredibilitinya.

Episod penyerahan semula trofi daripada tangan Yuna kepada Anuar Zain dan Edry berlangsung dalam suasana tenang dan terbuka di ibu negara, Khamis lalu. Sedikit mencemar maruah tetapi masih boleh disifatkan sebagai jalan penyelesaian terbaik, sama ada Yuna, Anuar Zain atau Edry, keputusan terbaharu AIM itu harus diterima walaupun kelatnya menjerat kerongkong masing-masing.

"Saya sudah rasa pelik bila diumumkan penerima lagu terbaik pada malam AIM baru-baru ini. Bila diminta menyerahkan semula trofi itu kepada Edry dan Anuar, saya harus akur walaupun rasa janggal dan terkilan.

"Orang akan kata, kasihannya Yuna, malunya Yuna, tapi bagi saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Perkara ini juga sedikitpun tidak menjejaskan saya tetapi lebih teruk ia memberi impak terhadap kredibiliti semua orang industri muzik sendiri," ujar Yuna yang menyifatkan setiap pihak melakukan kesilapan.

Ditanya adakah dia masih mahu bertanding lagi dalam AIM, sebagai orang baharu Yuna optimis terhadap perjuangan kariernya yang baru mencecah usia dua tahun.

"Saya takkan serik untuk bertanding lagi kerana saya seorang pemuzik Malaysia, ini periuk nasi saya. Saya tidak perlu rasa kecewa, saya perlu sokong industri," ujarnya berhemah yang memenuhi permintaan penganjur.

Rasional yang ditunjukkan Yuna menyebabkan Anuar dan Edry seperti malu alah untuk menerima trofi Lagu Terbaik AIM 18.

"Kami semua (Anuar, Edry dan Yuna) adalah mangsa dalam soal ini. Perkara ini tidak patut berlaku dan tidak harus berulang pada masa akan datang. Ia soal maruah dan saya sebenarnya malu untuk mengambil anugerah ini daripada tangan Yuna," ujar Anuar Zain secara terbuka.

Tambahnya sedikit beremosi: "Ini kesilapan paling besar dalam sejarah industri hiburan tanah air dan malangnya saya terpalit dalam sejarah ini. Tapi saya menerima penghargaan ini dengan fikiran positif agar industri seni dapat berkembang baik pada masa hadapan. Bagusnya, penganjur berani untuk mengakui dan memperbetulkan kesilapan itu secara terbuka, ini juga satu tindakan yang tidak mudah."

Menyentuh soal pembabitan KRU iaitu Norman Abd. Halim sebagai tunjang RIM, sebagai adik, Edry menafikan wujudnya campur tangan Norman dalam hal itu.

"Memang orang mudah mengaitkan Norman, dalam FFM (Festival Filem Malaysia) juga begitu, tapi dengan rendah serendah hatinya, saya boleh kata yang Norman tiada kaitan dalam soal ini," ungkap Edry berdiplomasi secukupnya tidak mahu mencalar perasaan sesiapa.

GAMBAR ARTIS POPULAR 2011



TIGA anak seni kesayangan ramai Eman Manan, Noorkhiriah Shapie dan Shaheizy Sam bergandingan secara tidak sengaja sempena meraikan sambutan jubli perak penganjuran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Memanfaatkan ruang serta peluang yang bukan mudah untuk menyatukan bintang berjiwa besar itu, secara santai mereka diajak bersembang. Bercerita soal populariti dan kualiti yang berlingkar dalam rutin seni masing-masing, ketiga-tiga mereka saling menyanjung sesama sendiri.

Lebih manis, Eman, Noor dan Sam, mereka itu jatuh dalam kelompok artis yang bersinar di layar seni lebih awal sebelum popular di mata ramai.

Ceritakan detik terawal tatkala anda mula dilimpahi populariti?

EMAN MANAN (E): Masa tahun pertama menyambut hari raya sebagai artis, waktu itu sekitar 1984 masa saya berlakon filem Matinya Seorang Patriot. Masa awal-awal puasa, bila balik rumah, ada kad raya untuk saya, setiap hari pasti ada kad raya tapi setakat sekeping atau dua keping, jadi saya rasa saya tak popular macam artis yang dapat berguni-guni kad raya. Masuk dua atau tiga hari sebelum raya, saya terkejut besar apabila ada seguni kad raya depan pintu rumah saya, masa itu baru saya sedar, ini barangkali impaknya daripada kredibiliti filem itu.

SHAHEIZY SAM (S): Sejak 3 April lalu, selepas menang Anugerah Bintang Popular tapi saya tetap percaya bahawa saya hanya dikenali bukan bermaksud semua orang kenal saya.

NOORKHIRIAH (N): Memang saya pernah menang anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular tiga tahun berturut-turut tapi sebelum itu saya tak pernah rasa bahawa saya ini pelakon popular. Cuma selepas tersiarnya drama Kerana Cintamu Saerah, saya rasa impak yang besar, dapat buka mata orang, orang mula tegur saya, saya dapat banyak respons serta lebih murah rezeki selepas itu.

Bila sudah popular, bagaimana pembawaan diri serta keyakinan berdepan umum?

S: Saya masih sama seperti Sam yang dikenali sebelum ini. Sebelum ini pun ramai artis sudah melalui zaman populariti masing-masing, saya cukup sedar hakikat itu jadi tak selamanya kita akan akan berada di mana kita berada sekarang. Saya cukup sayangkan penyokong saya jadi saya akan sesuaikan diri dengan apa sahaja situasi. Bagi saya peminat itu ikhlas jadi saya juga ikhlas.

N: Tak ada apa yang berubah, selagi orang tegur, pandang dan berikan senyuman, saya akan buat buat perkara yang sama. Kalaulah ada yang tidak berkenan tengok saya pun, saya tetap kena terima. Saya seorang yang simple tapi dalam masa yang sama cepat paranoid, terlalu memikirkan sesuatu secara lebih-lebih.

Kontroversi paling memuncak barangkali bila?

E: Mungkin semasa pernikahan saya dengan bekas isteri, Fauziah Ahmad Daud dulu. Ketika itu terlalu banyak hati yang harus dijaga, hormat perasaan keluarga sementelah Ogy anak orang besar-besar, tapi mujur media zaman itu belum banyak seperti sekarang. Saya juga tidak ambil pusing tentang gosip dan majalah. Saya hanya baca surat khabar.

S: Sejak kecil saya hidup dalam dunia saya sendiri, dan selalu rasa diri saya tidak menarik, jadi tiada apa untuk dihebohkan.

N: Suam-suam sahaja, tak ada yang besar. Kalau ada cerita panas pun masa awal-awal dululah, zaman pakai skirt pendek dalam majalah Mangga.

Pernah terasa hilang privasi akibat populariti?

E: Dulu bila sudah popular, saya jadi tidak selesa. Saya hilang kawan baik dan kawan sekolah sebab masing-masing ada kehidupan berbeza, saya pula jadi seorang yang eksklusif. Bila fikirkan semua itu, saya mula buka ruang untuk bergaul dan dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat kecuali media. Sebab itu dulu, apa sahaja hebahan tentang saya, banyak tentang kerjaya, bukan hal peribadi.

S: Paling saya jaga ialah perasaan orang lain, jadi sedaya upaya saya bercerita tentang kerja sebab bukan semua orang mahu tahu hal peribadi kita. Kalau kerap sangat baca tentang kisah peribadi artis lain, terdetik juga, baik simpan sahaja kisah begitu.

N: Tak ada sangat, tak ramai pun orang teruja nak tahu kisah peribadi saya.

Populariti artis terdahulu dan artis sekarang pula bagaimana?

E: Dulu acara-acara penganugerahan tidak banyak, tidak sebesar hari ini. Acara penganugerahan dulu juga lebih ikhlas, tiada penyelewengan, artis juga tidak perlu melobi diri sendiri untuk menang.

S: Saya lebih pandang tinggi usaha artis terdahulu, mereka lebih patut dipuji. Orang dulu popular kerana hasil kerja dan ketika itu mereka tidak terdesak pun untuk popular. Saya sendiri lebih baik tidak popular jika tiada hasil kerja yang berkualiti.
Pentingkah populariti itu?

E: Kalau populariti itu hanya kerana kisah peribadi, saya jadi kasihan.

S: Kerja yang baik akan mendatangkan dan mengekalkan populariti.

N: Bila popular, rezeki seseorang itu lebih lebat, makin banyak tawaran. Tapi saya bersyukur sangat, walaupun bukan artis ‘panas’ saya diterima baik oleh media. Popular memang boleh tambah rezeki jadi murah, tapi rezeki itu daripada Allah.

Nilai sentimental di sebalik sebuah trofi?

E: Ada orang kata, dapat anugerah bukan dapat duit, tapi trofi itu mustahak. Momen diberi dan menerima trofi itu seolah-olah, ‘inilah detiknya’. Tapi trofi itu menjadi lebih berharga jika sehabisnya sesebuah pesta penganugerahan tidak berlaku apa-apa kekecohan.

S: Trofi hanya penghargaan diberikan tanda kenangan tetapi tidak menjanjikan saya untuk kekal dalam liga terbaik atau popular.

N: Trofi itu pengiktirafan, bernilai tapi suami dan anak-anak lebih bernilai rasanya buat saya. Trofi itu bukti saya kepada keluarga bahawa saya pernah dihargai dalam kerja lakonan ini. Ada lima trofi dalam almari saya, tapi ia tidak menjanjikan apa-apa, terutama dalam bab bayaran berlakon.

Jangka hayat dalam bidang lakonan?

E: Saya tiada jawapan untuk soalan itu, tapi kalau seseorang itu pemimpin yang hebat, dia sendiri tahu di mana titik ‘matinya’, tahu waktu harus undur. Pengertian heroism di Malaysia tidak sama dengan pengertian heroism di Barat.

S: Saya setuju dengan pegangan abang Eman. Bagi saya berundur tidak bermaksud hilang daripada dunia seni itu, mungkin harus beralih ke perjuangan lain, sebab, di mana kita berhenti, di situlah orang akan mengingati kita.

N: Soal hayat dalam industri, rasanya sudah tinggal tak berapa lama lagi. Saya sudah ada sasaran lagipun saya sudah berhijrah begini (bertudung), kalau rezeki lakonan bukan untuk saya lagi, saya reda. Sebenarnya saya rindu hendak berteater, cuma masa dan peluang belum ada.

PARAH "DIMAKAN' BABI HUTAN


SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa, Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.

Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.

"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak atap zink yang diletakkan di luar rumah.

"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

PUAN PANDAI MAIN SEKS


Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu…

Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya… “Cik Puan… adakah cik puan pandai bermain seks?”

Kerana terkejut… wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah… Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu…

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar… keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang…

Lelaki itu terus bertanya..”Cik Puan… Cik Puan ni pandai tak main seks?”

“Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?” jawab wanita itu dengan berani…

“Baguslah kalau pandai… ” kata lelaki itu… “Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!”

KISAH LAWAK SELUAR DALAM



Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh dengan pembantu rumahnya. lalu si suami ingin meleraikan pergaduhan tersebut. si suami pun bertanya…

Suami : Sayang, kenapa bising-bising ni? apa yang berlaku?

Isteri : Seluar dalam I hilang, Tentu si Sulis (Nama samaran pembantu rumah) yang curi, I beli mahal tu dekat Pavilion.

Suami : Ala, 1 seluar dalam pun nak gaduh-gaduh, Nanti I belikan U seluar dalam baru yang lagi mahal.

Isteri : Bang.. bukan 1 seluar dalam I yang kena kebas, Tapi 10 helai!

(Si suami terperanjat lalu bertanya kepada pembantu rumahnya)

Suami : Haah! Sulis, kamu ke yang mencuri seluar dalam itu?

(Pembantu rumah pun menjawab)

Pembantu Rumah: gak pak, saya tidak curik pak, bapak kan tahu saya gak pernah pakai seluar dalam…

CARA MELAYAN SUAMI


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

KONTROVERSI FFM24 (ARTIS MALAYSIA)


BELUM habis lagi orang bercerita mengenai Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). Paling terbaru, cerita berbaur kritikan itu bukan lagi datang daripada karyawan seni atau media, tetapi tetamu kehormat yang turut menghadiri malam kemuncak itu.

Antara komen mereka, dewan yang boleh muat lebih 2,000 orang kelihatan lompong, artis pun tak ramai datang dan itu belum termasuk karyawan seni yang merajuk.


Menurut sumber CAK, apabila ditanya kad jemputan, penganjur kata dah habis. Bila dengar kata kad dah habis, legalah hati kerana ia menandakan dewan akan penuh dan setiap pengumuman kemenangan akan disambut dengan sorakan yang pasti menggegarkan suasana.

Rupa-rupanya sedih! Dengarnya, ramai yang sepatutnya masuk ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu tak dapat masuk sebab dihalang oleh anggota Rela yang bertugas pada malam itu.


Apabila majlis dah nak mula dan dewan masih kosong, barulah mereka benarkan orang yang berlonggok-longgok tunggu di luar itu masuk. Entah sapa-sapa, yang berselipar pun diizinkan masuk. Rela ini dapat arahan dari siapalah agaknya.


Rungut tetamu kehormat itu lagi, di kerusi yang dikhaskan untuk artis pun bercampur aduk dengan tetamu jemputan lain. Kalau ada yang bertepuk tangan apabila pemenang diumumkan hanya daripada penyokong mereka.

Bila mana filem Hikayat Merong Mahawangsa menang Filem Terbaik, ‘geng’ itulah yang bertepuk tangan, yang lain seperti menunggu masa nak balik. Kata mereka nampak sangat seperti karyawan seni tidak bersatu hati.


CAK juga diberitahu, mereka ‘kurang’ berminat dengan persembahan terlalu ‘rock’ dan ‘kurang’ berkenan dengan gaya pengacara malam itu.

Kalau dah tetamu kehormat bersuara, CAK teringin juga nak tahu, adakah Gafim masih diberi peluang untuk menganjurkan FFM25? Ada juga yang berbisik ke telinga CAK, suruh Finas ambil alih penganjuran. Opps!!! CAK melaporkan saja.

CIKGU SHIDA DISERBU


AKSINYA cukup bersahaja dan selamba. Biarpun ada senyuman sinis dilontarkan kepadanya, dia tidak mengambil peduli, bahkan terus mempersembahkan ‘lagunya’ mengikut gaya tersendiri.

Lengkap dengan pakaian dan aksesori yang dikenakan bersesuaian dengan lagu, ‘ratu miming’, Cikgu Shida terus mencuri perhatian pengunjung Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Dataran Millenium, Kepala Batas, hujung minggu lalu.


Auranya bagaikan terasa apabila sebaik saja pengacara mengumumkan dia akan muncul di gerai Metro Ahad (MA) dalam masa sejam, sudah ada pengunjung terpacak di depan gerai.

Tidak kurang juga pengunjung asyik berulang-alik dan bertanya bila cikgu yang popular dengan video mimingnya di laman Youtube itu akan muncul. Begitu hebatnya penangan Cikgu Shida.


Tiba di gerai MA dengan penampilan ringkas, dia kemudian mengenakan pelbagai pakaian mengikut kesesuaian lagu dipersembahkan.


Biarpun matahari terik membakar kulit, rata-rata pengunjung tidak berganjak untuk melihat gaya Cikgu Shida yang sebelum ini hanya dilihat menerusi Youtube.

Mempersembahkan empat lagu termasuk lagu yang mendapat jumlah penonton paling ramai di Youtube iaitu Kalau Berpacaran yang dipopularkan oleh Suhaimi Meor Hassan, Altimet dan Ana Rafalli, pengunjung terhibur dengan aksi gila-gila Cikgu Shida.


Lebih mencuit hati, ada juga pengunjung dengan selamba menyertainya dan mempamerkan pelbagai aksi ketika mempersembahkan lagu berkenaan, sekali gus mengundang tawa pengunjung lain.

Katanya, KGHM adalah platform baginya untuk bertemu peminat secara lebih mesra yang selama ini hanya berinteraksi melalui laman sosial Facebook dan Youtube.


“Pengunjung di sini (Kepala Batas) ‘sporting’ kerana mereka tidak segan silu menyertai saya untuk miming bersama-sama. Seronok tengok mereka.


“Walaupun cuaca panas membahang, mereka tetap bersemangat dan sanggup berdiri di tengah panas untuk menonton persembahan di gerai ini dan saya sangat menghargainya,” katanya.


Melihat sambutan pengunjung, jelas terbukti guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, Parit ini mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.


Pada awal kemunculannya, dia sering dicela, dikutuk dan tidak kurang juga mencemuhnya sehingga mengatakan dia menjatuhkan profesion perguruan.


Hati mana tidak terusik apabila dilontarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, namun dia menganggapnya ibarat angin lalu yang tidak sedikitpun menjadi kudis.


“Bohonglah kalau saya katakan saya tidak terasa hati kerana tohmahan itu bukan hanya dilemparkan oleh orang luar, tetapi juga rakan sekerja.


“Bagaimanapun, saya tidak mengendahkan kata-kata mereka kerana apa yang saya lakukan ini adalah untuk mengisi masa terluang di samping menghiburkan hati,” katanya.


Cikgu Shida turut meluahkan rasa terkilannya apabila video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu digodam sehingga menyebabkan video itu ‘lenyap’ daripada laman berkenaan.


Menurutnya, video berkenaan antara video kesayangannya dan apabila digodam dia berasa sedih, lebih-lebih lagi apabila video itulah yang ‘memperkenalkan’ dirinya.


Selain Cikgu Shida, gerai MA membawa persembahan sukan ekstrem, Madhop yang semakin dikenali di kalangan golongan muda.


Memakai kostum berwarna kuning dan merah, kelibat mereka boleh dilihat dari jauh dan aksi mereka melompat tinggi menarik perhatian pengunjung.


Malah, ada pengunjung berani mencuba memakai peralatan Madhop biarpun sebelum ini tidak pernah melihatnya. Walaupun ada yang jatuh tersungkur, ia tidak sedikit pun meleburkan rasa ingin mencuba.


Mengagumkan apabila ramai pengunjung mampu berjalan sendiri menggunakan Madhop hanya dalam masa lima minit diajar cara memakainya.


Bekas peserta Raja Lawak (RL) musim ketiga, Amer dan Aur (RL5) diberi tanggungjawab untuk membuat ‘kecoh’ bagi menarik perhatian pengunjung ke gerai MA.


Sepanjang dua hari KGHM berlangsung, pelbagai aktiviti diadakan di gerai MA seperti permainan dart yang menawarkan hadiah menarik seperti baju T eksklusif Harian Metro dan hadiah lain sumbangan Felda Best, Bio-Haruan, tudung daripada butik Ratu, buku PTS, Jamu Mak Dara dan Citra Computing Network.

ARTIS MALAYSIA : KEKASIH TAK CUKUP SATU


SATU ketika dulu pernah juga CAK tertanya-tanya kenapa selebriti ini mengakhiri hubungan dengan seorang wanita. Padahal, sebelum itu bukan main meriah lagi pengumuman cinta mereka.

Ada yang cakap sebab kehadiran orang ketiga, ada juga yang menduga ini berpunca daripada sikap selebriti itu yang terlalu tinggi cita rasanya.


Nak dijadikan cerita, apabila menikmati minum petang bersama seorang teman lama, CAK dimaklumkan wanita yang pernah menjadi pilihan selebriti itu tidaklah sebaik mana. Ooops! Bukan niat CAK untuk mengaibkan gadis ini tetapi sekadar berkongsi supaya kisah ini dapat dijadikan iktibar.

Khabarnya, wanita ini tidak teguh pendiriannya, bahkan kebelakangan ini dia semakin berani meluahkan keinginannya. Di sebalik wajah mulusnya, si gadis yang entah masih adakah ‘gadis’ itu sanggup menjalin hubungan terlarang dengan jejaka yang sudah berkeluarga.


Sejauh mana serius hubungan itu CAK tidak pasti, tapi difahamkan sudah sampai ke tempat tidur. Semurah itu nilai ‘mahkota’ wanita bagi ‘gadis’ ini. Teringat pula CAK dengan kata-kata seorang sahabat, biasalah wanita moden. Tak perlu risau soal maruah kerana yang penting, ‘seronok’.


Entah-entah selebriti yang pernah berpasangan dengan wanita ini tahu perangai sebenarnya, sebab itu dia cepat-cepat angkat kaki. Kalau itu bukan sebabnya pun, baguslah hubungan itu tidak diteruskan kerana jika dia tahu cerita sebenar, pasti bertambah lara di hati.

ARTIS MALAYSIA GERSANG


KALAU ada anugerah Artis Tak Tahu Malu atau Ratu Kontroversi, sesuai sangat dikalungkan ke leher artis ini. Daripada awal kemunculan hinggalah kini, macam-macam cerita panas mengenainya menjadi buah mulut ramai.

Suka sangat buat benda bodoh, sudahnya makan diri sendiri. Jika mahu nilai sumbangannya terhadap industri, rasanya tidak ada pun yang boleh dibanggakan. Setakat satu dua kemunculan, itupun sendu.


Jika sebut namanya, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah sikap, tindakan dan kenyataan dangkalnya. Muka saja cantik tapi akal cetek. Sedih! Artis seperti inilah yang merosakkan industri dan kesannya terpalit kepada penggiat seni lain.

Terbaru CAK dengar, artis ini memang tersangat liar. Bukan saja suka berparti dan berebut jantan tetapi khabarnya jika gersang, dia akan mencari orang tertentu. Hubungan itu sekadar untuk memuaskan nafsu.


Terasa ‘nak’, hubungi saja dan si jantan pasti tidak menolak. Tak perlu ada rasa cinta kerana jantan itu cuma jadi ubat gersangnya. Malu CAK menyebutnya tetapi itulah hakikat mengenai artis ini. Hish... memang ‘Barat’ habis, dah tak dapat bezakan dosa pahala.


Tidak hairanlah mengapa dia tergamak mengeluarkan kenyataan yang boleh buat kita menggeleng kepala. Jika itu pilihannya, apa lagi nak dikata. Terbanglah menikmati ‘syurga’ dunia, terbanglah tinggi-tinggi. Namun satu CAK nak pesan, jangan sesekali lupa setiap tindakan itu ada akibatnya. Fikir-fikirkanlah, wahai wanita.

ANCAMAN PEROGOL BERSIRI KELANTAN


Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin.

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.

Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin.

Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang diikat dengan wayar seterika.

“Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

“Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya diikat dengan wayar seterika,” kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan identitinya didedahkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut.

Wednesday, November 23, 2011

BARACK OBAMA BERCIUM DENGAN PRESIDEN CINA



Gedung fesyen Itali, Benetton telah melancarkan kempen pengiklanan terbarunya yang telah membawa kepada kritikan meluas. Sebagai contoh, iklan 'UnHate' yang kontroversi, yang telah menampilkan pemimpin-pemimpin dari bertentangan berparti ciuman. Photomontage iklan ini termasuk Perdana Menteri Israeli Benjamin Netanyahu dalam satu ciuman dengan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas, sementara Presiden Obama mencium Presiden Cina Hu Jintao dan Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy bercumbu dengan Chanselor Jerman Angela Merkel.

Dalam dua dekad yang lalu, pendirian Benetton dalam menangani isu sosial dan terlarang melalui iklan adalah salah satu daripada sifat-sifat 'branding' syarikat tersebut. Dalam awal 90-an, peranan pengarah kreatif Benetton Oliviero Toscani, amat penting dalam transformasi Benetton dari identitinya sebagai hanya sebuah penjual pakaian kasual ke sebuah jenama fesyen global. Di sini, kita mengimbas kembali beberapa kempen mereka yang paling kontroversi:





Sunday, November 20, 2011

ARTIS MALAYSIA CEMBURU


ALAHAI... gara-gara cemburu, penyanyi ini menjeling seorang artis cantik. Gelak besar CAK apabila dengar cerita panas ini. Khabarnya artis ini sudah lama tergila-gilakan seorang aktor kacak.

Biarpun hasrat hatinya tidak disuarakan secara terbuka, ramai teman artis tahu cerita ini. Nak dijadikan cerita, satu hari artis ini terserempak aktor itu berjalan beriringan dengan seorang bintang baru yang kian popular. Orangnya memang cantik, pendek kata sekali pandang boleh jatuh cintalah.


Kemesraan dua pelakon itu mengundang rasa cemburu artis ini. Seperti biasa, si jelita memang peramah orangnya, apabila berselisih dengan artis ini, dia pun melemparkan senyuman paling manis dan cuba bertegur sapa. Kebetulan pula dia memang tidak tahu artis ini menyimpan perasaan terhadap insan kacak di sebelahnya.

Sapaan pelakon jelita itu langsung tidak dipedulikan artis ini, bahkan dia menghadiahkan jelingan tajam. Terkesima aktres bertubuh kecil molek itu. Perubahan raut wajah si artis itu mengundang tanda tanya di hatinya.


Selepas diselidik, barulah dia tahu artis itu cemburukannya. Apa nak dikata, dia tidak tahu cerita sebenar. Kalau daripada awal dia sedar pelakon itu ada hati dengan aktor kacak berkenaan, awal-awal lagi dia akan mengelakkan diri.


Lagipun, antaranya dengan aktor itu bukan ada apa-apa hubungan istimewa, sekadar teman artis dan tidak lebih daripada itu. Agaknya kalau mereka berpegangan tangan, silap hari bulan artis itu meroyan. Sabar jelah...