Saturday, November 5, 2011

ISU PTPTN


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan boleh menimbulkan masalah  kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan. Sambil menyifatkan cadangan yang akan dilaksanakan mulai 2013 sebagai tidak tepat, Mohamed Khaled berkata ini kerana kos sara hidup yang dihadapi pelajar IPT khasnya di kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan miskin, adalah  tinggi.
Katanya, PTPTN belum mengemukakan cadangan itu, tetapi jika ia dikemukakan  kementerian akan memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira kriteria  penuntut yang layak mendapat pinjaman perbelanjaan PTPTN.  "Saya percaya perlu ada pinjaman untuk menampung sara hidup lebih-lebih lagi  kepada golongan yang kurang bernaib baik dan miskin," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan bola  keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Baharu di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi (PTPTN) Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan berkata  perbadanan itu bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada  penuntut IPT bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat.  Bagaimanapun, katanya, pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diberikan  seperti biasa. Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. 

No comments:

Post a Comment