SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, April 30, 2011

GARA-GARA SUMPAH LAKNAT



Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam dibanjiri lebih 4,000 jemaah ekoran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memilih masjid berkenaan sebagai tempat dia melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang sudah tersebar di Internet.

Masjid itu mula dibanjiri orang ramai bermula pada pukul 12.30 tengah hari sebelum kembali tenang pada pukul 4.30 petang selepas trio Datuk T meninggalkan masjid.

Dua lagi trio Datuk T ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Turut kelihatan membanjiri masjid itu ialah sekumpulan pelajar sekolah agama. Mereka diperalatkan oleh pihak tertentu untuk mengangkat sepanduk membantah tindakan trio Datuk T yang mahu mengadakan sumpah laknat.

Keadaan di dalam masjid mula kecoh selepas solat Jumaat iaitu pada pukul 2.10 petang apabila beberapa orang penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin melaungkan takbir serta ungkapan 'kami mahu qazaf, bukan sumpah'.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails