SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Sunday, February 28, 2010

Dahsyat Dahsyat Dahsyat Dahsyat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semalam saya menyaksikan perlawanan antara Arsenal vs Stoke City. Apa yang paling dahsyat berlaku adalah Ramsey (Arsenal) patah kaki akibat disambar oleh Ryan Shawcross(Stoke City) pada minit ke-65. Tersangat sangat DAHSYAT!!!!!!!!!!!!


video

Pada hari berikutnya saya mengikuti pertandingan Futsal Piala Borne. Kejadian itu sentiasa dalam ingatan saya menyebabkan saya sentiasa berhati-hati bermain sepanjang perlawanan berlangsung kerana takut perkara dahsyat tersebut berlaku ke atas diri saya. Bersyukur pada Tuhan kerana perlawanan tersebut berjalan dengan lancar dan kecederaan minimum.

Pesanan
Kepada sesiapa yang berminat dengan bola..main bola, makan bola, tidur bola, minum bola dan bola bola...saya berharap semasa bermain haruslah berhati-hati dan jangan mengikut emosi semata-mata. Anda mampu mengubahnya.... ingat masa depan anda..Lu Pikirlah Sendiri........

Friday, February 26, 2010

TIP-TIP NUFFNANG

INFO SERBA SEDIKIT MENGENAI IKLAN DARI NUFFNANG.....

Apabila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog anda MengKLIK Ads/Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM ADS/IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA
.



Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”)

Wednesday, February 24, 2010

Manchester United vs Wesh Ham

Manchester United bangkit semula setelah kalah dengan Everton 3-1.


video


Manchester terus memburui juara liga EPL

Saturday, February 20, 2010

Gara-Gara Cuti....

Inilah jumlah pengunjung yang berkunjung ke blog saya pada cuti sempena Tahun Baru Cina. Sedih melihat statistik begini. Masa cuti memang saya tak online. Terima kasih banyak-banyak kepada semua blogger yang sudi berkunjung ke blog saya.




Saje nak tunjukkan..hehehe..x menarik pun...huhuhu...

Wednesday, February 10, 2010

ILUSI GAMBAR

Apakah yang anda nampak pada gambar di bawah?
Cuba teka
??????????????????????


Gambar apa ni???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perhatikan gambar tersebut betul-betul. Apakah yang anda nampak?
Teka Lagi!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hahahahaha........................
Inilah gambar yang anda nampak tadi. Apa macam? Dah nampak tak apa yang terdapat dalam gambar tersebut?
Seorang pemuda yang sedang menunggang kuda
Seorang yang sedang baring
Sungai yang mengalir deras
Bertempat di bawah jambatan.
Gambar untuk menghilangkan bosan, mengurangkan tekanan. Saje nak kongsi bersama-sama blogger yang lain.
Terima Kasih atas keperihatinan anda.

Monday, February 8, 2010

Manchester United vs Portsmouth

video

Friday, February 5, 2010

Cara Paling Mudah Menghasilkan Trafik

Menghasilkan TRAFIK

Nyawa BLOG adalah TRAFIK, iaitu pelawat berkunjung ke blog hari demi hari. Dengan kewujudan berjuta-juta blog, cabaran terbesar adalah menghasilkan TRAFIK. Terdapat pelbagai cara menghasilkan TRAFIK yang ramai dan mudah ke blog, ANTARANYA:

1) Melawat blog lain dan bertemu persaing
Salah satu langkah meningkatkan reputasi dan menambahkan TRAFIK dengan memperkenalkan diri kepada pengendali blog yang lain dan berkenalan dengan pembaca melalui ruang komen pada blog mereka. Pengendali blog sukakan komen kerana pembaca yang terlibat dalam diskusi akan berkunjung ke bahagian komen berulang kali. Sesetengah blog yang popular mempunyai berates-ratus komen pada satu-satu entri. Pada setiap komen, ada ramai lagi yang mengikuti tetapi tidak terlibat secara langsung dalam diskusi.

2) Menyertai diskusi forum siber
Forum adalah tempatorang ramai berkumpul bagi berbincang dalam pelbagai topic dalam internet. Kita boleh meluahkan pendapat yang bernas serta mengetahui informasi terkini berkenaan apa jua perkara. Teknik ini didapati paling berkesan berbanding semua teknik. Melalui forum, maklumat mudah disebarkan kepada orang ramai melalui kaedah perbincangan. Kita akan menerima TRAFIK yang tinggi jika menggunakan cara ini. Senaraikan semua forum siber di Malaysia jika kita ingin mencari pengunjung tempatan. Senaraikan semua forum siber di luar negara jika kita ingin menarik TRAFIK dari luar negara. Contohnya www.wangcyber.com, www.carigold, www.jombincang.com, www.forum.digitalpoint.com dan sebagainya.

3) Pengiklanan
Letakan iklan-iklan di tempat yang menjadi tumpuan mata pembaca. Ia boleh diletakkan pada bahagian atas kiri atau kanan dalam ruang side bar ataupun dalam kandungan. Iklan juga boleh diletakkan pada pengakhir artikel sebelum komen. Cara ini dapat meningkatkan TRAFIK BLOG anda.



Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

Tuesday, February 2, 2010

Kisah Si Pencari Kayu Api

Pada suatu hari, Si Pencari kayu api seperti biasa dengan tugas hariannya iaitu mengumpul kayu api di dalam hutan. Sebilah kapak tua dan buruk dijadikan temannya. Setelah asyik memotong kayu api tiba-tiba kapaknya terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai. Hatinya sangat sedih kerana kapak itulah satu-satunya alat yang digunakan olehnya untuk mencari sesuap nasi. Lagi pula dia tidak pandai berenang. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba muncul seorang tua yang terbongkok-bongkok.

ORANG TUA : Kenapa tuan hamba mengangis?

SI PENCARI KAYU API : Kapak hamba terjatuh ke dalam sungai.

ORANG TUA : Jangan lagi bersedih, hamba akan membantumu.

SI PENCARI KAYU API : Benar????(Tersenyum dan gembira)


Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak perak.

ORANG TUA : Inikah kapak tuan hamba?

SI PENCARI KAYU API : Bukan.

Orang tua terjun semula ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak gangsa.

ORANG TUA : Adakah yang ini?

SI PENCARI KAYU API : (menggeleng-gelengkan kepalanya)


Orang tua terjun semula dengan membawa sebilah kapak emas.

ORANG TUA : Ini kan?

SI PENCARI KAYU API : Bukan yang itu. Kapak saya sangat buruk.


Orang Tua tersebut terjun semula ke sungai dengan membawa sebilah kapak yang tua dan buruk.

SI PENCARI KAYU API : Ya..yahooo…itulah kapak hamba. Terima kasih (dia melompat-lompat dengan hati yang gembira )

ORANG TUA : Tuan hamba sangat jujur dan tulus. Hamba akan menghadiahkan ketiga-tiga kapak ini untuk kamu.

Si Pencari Kayu Api itu sangat gembira kerana beliau memiliki kapak emas, gangsa, dan perak.

Seminggu selepas itu………………

Pencari Kayu Api bersiar-siar bersama-sama dengan isteri kesayangannya di tempat kejadian kapaknya terjatuh ke dalam sungai. Setelah asyik bersiar-siar, tiba-tiba isterinya terjatuh ke dalam sungai kerana terpijak batu di tepi sungai. Si Pencari Kayu Api sangat sedih dan menangis kerana isteri kesayangannya terjatuh ke dalam sungai dan tidak tahu berenang sama sepertinya. Tiba-tiba muncul seorang tua yang berjalan menggunakan tongkat.


ORANG TUA : Wahai Si Pencari Kayu Api, kenapa tuan hamba menangis?

SI PENCARI KAYU API : Isteri hamba terjatuh ke dalam sungai. ( dengan nada yang sedih dan pilu)

ORANG TUA : Janganlah bersedih, hamba akan menolongmu.


Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai dengan membawa seorang gadis cantik dan menawan iaitu Siti Nurhaliza.

ORANG TUA : Inikah isteri tuan hamba?

PENCARI KAYU API : Ya..ya..inilah isteri tuan hamba.

ORANG TUA : Wahai tuan hamba, atas ketidakjujuran dan ketidakikhlasan maka, hamba mengambil semula kapak yang hamba bagi kepada tuan hamba dahulu dan perempuan ini hamba tidak akan beri kepada tuan hamba.

PENCARI KAYU API : Wahai orang tua yang sangat baik hati…jikalau hamba mengatakan dia bukan isteri tuan hamba, tentulah engkau akan terjun ke dalam sungai semula dengan membawa Misha Omar, Stacy, Yuna, Britney Spear dan Fasha Sanda. Atas kejujuran hamba maka tentulah engkau akan menghadiahkan kesemua perempuan tersebut kepada hamba. Hamba seorang yang sangat miskin, mana larat hamba menyara hidup semua isteri hamba. Hamba tidak larat nak beli make up, baju, kasut tumit tinggi, kereta, rumah besar dan sebagainya.

ORANG TUA : (Tersenyum saja mendengar penjelasan daripada Si Pencari Kayu Api). Tuan Hamba bukan hanya seorang yang jujur malah seorang yang sangat bijaksana.

Orang tua itu pun hilang dari pandangan………….

Monday, February 1, 2010

Manchester united vs arsenal full match highlights

video

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails