SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, May 27, 2011

VIDEO SEKS

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

Thursday, May 26, 2011

"TERTIDUR" SETIAP KALI KETAWA

Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.


Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.


Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.


Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.


Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan.

TANPA COLI DAN SELUAR DALAM


Macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1).

Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan.

Wednesday, May 25, 2011

FILEM KARAK

MOVIE KARAK

PENERBANGAN RM0.10 SAHAJA

PENERBANGAN YANG TERMURAH
HANYA 10 SEN SAHAJA........

AIR MANI

NEW YORK - Air mani bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Dominique Strauss-Kahn ditemui pada baju pengemas bilik hotel yang mendakwa dia cuba dirogol olehnya di Hotel Sofitel pada 14 Mei lalu, lapor sebuah akhbar semalam yang memetik beberapa sumber.

Keputusan ujian makmal itu memperkukuhkan dakwaan wanita tersebut bahawa Strauss-Kahn melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

Pengemas bilik berusia 32 tahun itu memberitahu polis bahawa bekas ketua IMF itu menerpa ke arahnya dalam keadaan berbogel, mengoyak pakaiannya dan cuba memaksanya melakukan seks oral di bilik penginapannya di Hotel Sofitel di sini.

Apabila Strauss-Kahn cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke Paris, dia melintas di hadapan wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh rakan-rakan sekerjanya di ruang legar hotel berkenaan, kata sumber polis. Dia memandang mangsa tetapi kedua-duanya berdiam diri.

Selepas Strauss-Kahn ditangkap di dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang John F. Kennedy di sini pada 14 Mei lalu, dia dipaksa polis memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Sampel itu sama dengan kesan air mani pada baju wanita terbabit, kata sumber.

Polis masih menanti keputusan sampel DNA yang diambil dari karpet dan sinki hotel itu kerana mangsa dilaporkan meludah selepas serangan seksual tersebut berlaku. - Agensi

GOSIP VIDEO LUCAH ZIZAN

SEPANJANG lapan tahun berkecimpung dalam bidang seni, pelakon kacak Zizan Nin mengakui sudah bermacam-macam pahit getir dilalui, sekali gus menguji ketabahannya sebagai anak seni.

Ujian yang paling teruk yang pernah melanda hidupnya ialah ketika dia dikatakan sudah lupa asal usul dan meminggirkan keluarganya.
Selepas Zizan membuat penjelasan, cerita itu hanya berhenti di situ saja.

Terbaru, nama Zizan dituduh pula beraksi dalam video lucah bersama lelaki di Internet dan heboh diperkatakan orang dalam industri seni tanah air ketika ini.

Gosip video lucah itu tercetus apabila wakil media bertanya kepada pelakon itu ketika majlis Zizan bersama peminat meraikan ulang tahunnya yang ke-38 yang berlangsung di Lewre, pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini.

SELAMAT HARI GAWAI

KAD HARI GAWAI
UCAPAN HARI GAWAI
SELAMAT HARI GAWAI NGAGAI RABAN BANGSA DAYAK ENGGAU SELURUH RAKYAT MALAYSIA. NGARAP KE KITA GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENUA. NGARAP KE BULIH TUAH BULIH LIMPAH ARI TAUN TI UDAH. SELAMAT HARI GAWAI

FILEM KL GANGSTER

LISA SURIHANI BERCINTA DENGAN YUSRI KRU


ADA makna bergulung-gulung di sebalik senyuman yang dilemparkan oleh seorang daripada tiga beradik jutawan, sejurus diajukan pertanyaan berhubung kisah peribadinya.

Apatah lagi, pemilik nama Yusry Abdul Halim mudah dicemburui banyak lelaki kerana sering terkait dengan lirikan dan lenggok selebriti jelita seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Tiz Zaqyah dan Kilafairy.

Air mukanya juga seolah-olah sedang bersedia dengan jawapan yang tersusun rapi. Jawapan itu pastinya mampu disenangi hati insan yang sedang hangat bertakhta di hatinya.

Terbaru, duda popular itu kononnya sedang dilamun asmara dengan aktres berbakat, Lisa Surihani. Kemesraan mereka sukar ditepis apabila ramai yang mendakwa, pasangan itu sedang menuju ke titik serius dalam perhubungan.

"Memang saya sedang kenal dan rapat dengan Lisa. Saya boleh katakan, kami dalam proses untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Boleh dikatakan, hampir setiap hari kami keluar bersama untuk menonton wayang, makan atau lepak berjam-jam," akuinya yang tidak lekang mengorak senyuman.

Jujur ingin berkongsi tentang hubungan itu, Yusry menjelaskan, dia selesa mendekati Lisa memandangkan wanita muda bijak menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan personaliti dirinya.

"Walaupun jarak usia agak jauh iaitu 12 tahun, Lisa boleh diajak bersembang dalam apa sahaja topik. Dia sebenarnya seorang yang matang, sopan dan seronok didampingi," puji Yusri melambung tinggi.

Tidak menafikan sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), anak kedua daripada empat beradik itu berterus-terang, keakraban mereka sudah pun diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Kalau tak lepak di luar, saya akan berkunjung ke rumah keluarga Lisa," ujarnya tanpa berselindung.

Jika benar ada putik kasih sedang subur di hati Yusry dan Lisa, ada harapan, kesendirian Yusry tanpa suri sedang berganti bulan terang dipagar bintang.

Friday, May 20, 2011

GAMBAR SEPARUH BOGEL PUTERI INDONESIA

Agni Pratistha 

Selepas heboh gambar sensasi penyanyi Syahrini tersebar di dunia maya, kini giliran ratu cantik dan pelakon, Agni Pratistha pula menjadi sasaran.

Gambar separuh bogel bekas Puteri Indonesia 2006 dan adik kepada pelakon Sigi Wimala itu kini tersebar dengan meluas di Internet dan menjadi perbualan hangat masyarakat.


Sebenarnya gambar itu adalah foto lama dengan tujuh gaya yang ditampilkan Agni khusus buat majalah Elle beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, ekoran gambar panas artis heboh diperkatakan sekarang, maka foto Agni yang sensasi itu turut terbabit sama.

Dua daripada tujuh gambar Agni menunjukkan aksi separuh bogel. Aksi perempuan kelahiran 8 Disember 1987 itu mendapat kritikan ramai kerana dianggap menampilkan gaya tidak senonoh. Namun ada juga yang memuji dengan mengatakan gaya Agni itu sangat cantik dan seksi. 

WAHEEDA BERHENTI BERLAKON DAN MENYANYI

TIADA apa yang lebih membahagiakan bagi seorang suami apabila isteri tercinta membuat keputusan mahu mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.

Itulah yang dirasai penceramah bebas dan bekas penyanyi rock 80-an, Akhil Abdul Hayy atau Akhil Hayy, 42 tahun, apabila isteri tercinta, Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda mengambil keputusan untuk berhenti daripada berlakon dan menyanyi sepenuhnya.

Lebih menyentuh perasaan apabila perkara itu datang atas kehendak Waheeda sendiri dan bukan dipaksa. Ditemui di lokasi penggambaran klip video lagu terbaru dendangan Akhil Hayy bersama Mawi, HambaMu yang dilakukan baru-baru ini, penceramah bebas itu turut menjelaskan dia menerima keputusan dibuat isterinya dengan hati terbuka.

“Tiada sekatan veto. Perkara itu datang daripada Waheeda sendiri. Malah perkara itu sudah dinyatakannya sebelum kami berkahwin lagi. Ternyata dia mengotakan kata-katanya.


“Sebagai suami, sudah tentu saya senang dengan keputusan diambil. Begitupun, dia tidaklah berhenti secara terus sebaliknya Waheeda kini aktif di balik tabir seperti mencipta lagu,” katanya.


Jelas Akhil, isterinya turut menyumbangkan karya untuk album kelima bakal diterbitkan Inteam Records. Dua lagu dicipta Waheeda untuk Akhil iaitu Ampuni Daku dan Maha Suci Engkau.

“Dia begitu serius dengan kerja kreatif. Di rumah pun kami ada studio sendiri jadi ini memudahkan Waheeda bekerja. Apabila Waheeda sentiasa berada di rumah, membuatkan saya tidak bimbang sangat,” katanya.

Ternyata lagu yang dihasilkan Waheeda itu jelas Akhil agak berbeza. Walaupun ia sebuah lagu bertemakan ketuhanan, tunjangnya lebih kepada muzik kontemporari dan agak moden.

Album dihasilkan itu nanti turut menampilkan kolaborasi Akhil Hayy bersama Kumpulan Maulud yang turut tampil menerusi rancangan Imam Muda dan Amir Munawwar. Kedua-dua lagu dihasilkan Waheeda ini juga menjadi single utama daripada album bakal diedarkan tidak lama lagi dan akan diperdengarkan kepada peminat dalam masa terdekat.

“Sekarang ini album saya sedang menjalani proses mastering dan setakat ini, saya memang berpuas hati dengan hasilnya. Sebagai pencipta lagu, saya banyak juga berbincang dengan Waheeda dan ternyata dia agak bernas dalam melontarkan pendapatnya. Saya senang kerana isteri juga banyak membantu dalam menentukan hala tuju kerjaya seni saya,” katanya.

Cerita Akhil lagi, walaupun sibuk dengan aktiviti di belakang tabir, Waheeda turut meluang–kan masa sekiranya ada pihak menjemputnya memberikan ceramah.

“Sebenarnya, ia lebih kepada berkongsi ilmu dan bukan mahu mengajar. Memang kalau menyanyi itu, Waheeda tidak mahu melakukannya lagi dengan alasan biarlah lelaki saja yang menyanyi atau membuat persembahan kerana ia dibenarkan.

“Waktu sama, Waheeda juga turut sama membantu saya menguruskan perniagaan yang dilaksanakan dan tumpuan kepada pengedaran barangan halal. Seperkara lagi, kami juga menyediakan pakej untuk menunaikan umrah dan haji. Kami baru saja pulang dari Tanah Suci menunaikan umrah.

“Begitulah kehidupan kami suami isteri. Ada masa terluang, selain menguruskan perniagaan, saya akan membawa Waheeda bersama-sama ke sana. Saya gembira apabila kehidupan kami kini semakin tenang dan segalanya berjalan seperti apa yang dirancang,” katanya.

Bercerita mengenai cahaya mata, jelas Akhil Hayy, mereka tidak pernah merancang namun sebaliknya belum ada rezeki lagi. Begitupun, kehidupan mereka tidak pernah sunyi kerana dua lagi anak Akhil Hayy hasil perkahwinan pertama menetap bersama mereka.

“Bagaimanapun, mereka kini tinggal di asrama di Perak. Saya tempatkan mereka di sana agar mudah untuk ibu mereka datang menjenguk. Jadi, perkara itu saya rasakan lebih adil untuk anak-anak. Saya sendiri senang begitu kerana apabila melawat anak-anak, di sana boleh terus pulang ke kampung,” katanya.

GARA-GARA FACEBOOK

Dua tahun lalu, mereka pernah bertemu pada sebuah majlis. Namun ketika itu, kedua-duanya sedikit pun tidak pernah menjangkakan mereka akhirnya akan menaiki pelamin bersama. Bak kata orang tua-tua, jodoh pertemuan memang hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Walaupun pertemuan pertama tidak membibitkan bunga-bunga cinta, namun suratan takdir memang mengatakan kedua-duanya akan bersatu juga. Lalu, pada 15 Mei lalu, pelawak terkenal, Yassin Yahya sah bergelar suami kepada peminatnya sendiri, Farahwahida Maharidan, 32.

Yassin ketika dihubungi Hip memberitahu, dia dan isterinya disatukan setelah hubungan cinta mereka terjalin selama tujuh bulan saja. Dia sendiri enggan menunggu lama kerana berasakan keserasian jelas terjalin antara mereka berdua.

ISU KHALWAT

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Mohd. Roslin Hashim kecewa apabila keputusan mengenai dakwaan khalwat terhadap mereka yang sepatutnya didengar semalam ditunda pada 20 Jun depan. Raja Azmi, 51, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini ketika mereka hadir bagi mengetahui keputusan kes tersebut.

Katanya, ia berikutan pegawai wanita yang mengendalikan kes itu sedang bercuti bagi menguruskan kemasukan anak saudaranya ke universiti dan pihak Jawi ingin memanggil saksi baharu. "Saya datang dengan penuh teruja untuk mengetahui keputusan kes kerana ia penting bagi membersihkan nama, prasangka buruk dan fitnah. Perkara ini menjadi satu bebanan jika dibiar terlalu lama," katanya sambil menahan sebak di sini semalam. Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek, 48, dan Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jailani menjadi saksi dalam kes berkenaan.

Wednesday, May 18, 2011

KUTIPAN FILEM KONGSI 1.1 JUTA HANYA 1 HARI

Filem Kongsi terbitan MIG Production mencipta rekod baru filem tempatan apabila mengaut kutipan tiket paling tinggi pada hari pertama tayangannya iaitu RM1.1 juta di 100 pawagam seluruh negara, 12 Mei lalu.
 
Penerbit MIG Production, David Teo (gambar)berkata, filem arahan Farid Kamil itu turut hampir mengatasi kutipan tiket hari pertama filem Hollywood, Transformer 2 yang meraih RM1.2 juta yang tayangkan pada 2009.
 
“Kongsi merupakan filem terbitan MIG yang mendapat kutipan tiket hari pertama paling banyak selepas filem V3 Samseng Jalanan yang cuma mengumpul kutipan RM600,000 beberapa tahun lalu,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut penerbit berasal dari Segamat, Johor itu, dia sudah menjangka filem dengan kos produksi RM2.5 juta lakonan Shahiezy Sam, Norliana Samsudin dan Fizo Omar itu akan mendapat sambutan penonton berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankannya.
 
“Melalui R&D (kajian dan penyelidikan) yang dilakukan, kami dapati iklan sedutan adegan daripada Kongsi melalui Youtube ditonton hampir 900,000 orang sejak enam bulan lalu. Ia menguatkan lagi ramalan kami filem ini akan mendapat sambutan ramai,” katanya.
 
Ekoran sambutan yang di luar dugaan itu, David yakin filem yang mengisahkan tentang pembunuh upahan dari selatan Thailand lakonan Shahiezy Sam itu mampu mengatasi kutipan tiket filem tempatan paling laris iaitu Ngangkung yang meraih kutipan tiket RM8.4 juta.
 
“Saya yakin Kongsi mampu mengatasi kutipan tiket filem Ngangkung yang juga diterbitkan oleh MIG Production selepas hampir sebulan ia ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Untuk Kongsi pula, saya sasarkan kutipan tiketnya boleh mencecah RM10 juta,” katanya

KADAR KENAIKKAN HARGA MINYAK

Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh
RON 95
Beza
RON 97
Beza
Diesel
Beza
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
1 Sept 2009
1.75/1.80
 -
2.05
13.9
1.70
 -
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov 2010
 -
2.15
2.4
 -
1-4 Dis 2010
1.90
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan 2011
 -
2.40
4.3
 -
1 Feb 2011
 -
2.50
4.2
 -
1 April 2011
 -
2.70
8.0
 -
5 Mei 2011
 -
2.90
7.4
 -

Tuesday, May 17, 2011

KEAKRABAN NABIL DENGAN NORA DANISH


RIUH-RENDAH jadinya lokasi fotografi di Restoran Gardens Cafe, 1Utama apabila pelakon, pengacara yang juga pelawak, Ahmad Nabil Ahmad digandingkan dengan dramatis jelita, Nora Danish.

Tidak henti-henti pelakon kecil molek itu diusik Nabil, kononnya dirinya kini kembali single tanpa kekasih dan ruang kosong itu tiada masalah untuk wanita bergaya seperti Nora.

Mujur Nora yang sememangnya sinonim dengan sikap ramah, bijak mencantas semula usikan Nabil hingga ada kalanya bintang yang juga juara program realiti Raja Lawak musim kedua itu terdiam mengukir senyuman.

Baru saja pulang menunaikan umrah di Makkah bersama keluarga tercinta, membuatkan Nora lebih banyak pengalaman yang ingin dikongsi.

Tidak hanya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di Rumah Allah, bintang berusia 29 tahun yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci itu bagai sebuah doa yang dimakbulkan.

GAMBAR ARTIS BERCIUM


BERCIUM di layar perak bukan lagi suatu tabu di kalangan pelakon Bollywood masa kini. Namun, bagi aktres seksi Kirti Kulhari, ia merupakan sesuatu yang agak mengejutkan buat dirinya kerana dia dikehendaki melakonkan babak cium dengan pendatang baru, Kalki Koechlin.

Ini kerana sebelum itu, babak tersebut tiada dalam skrip filem lakonannya dan Kalki yang berjudul, Shaitan itu.

“Babak bercium dengan Kalki Koechlin dalam filem Shaitan agak mengejutkan buat saya kerana saya tidak menjangka dan bersedia untuk babak itu,” beritahu Kirti kepada agensi berita India, IANS.

Tambahnya: “Pengarah (Shaitan) Bejoy Nambiar selalu buat lawak di set penggambaran mengatakan bahawa saya dan Kalki akan melakonkan babak bercium mulut.

“Namun, saya ingat itu sekadar jenaka sehinggalah saya sedar dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya itu.

“Jadi, apa yang akan anda semua lihat di layar perak nanti, itulah emosi saya yang sebenar iaitu saya benar-benar terkejut.”

Filem terbaru terbitan Anurag Kashyap yang mengisahkan tentang sifat syaitan yang wujud dalam diri manusia itu turut menampilkan pelakon Rajeev Khandelwal, Gulshan Deviah, Shiv Pandit dan Neil Bhoopalam.

Menerusi filem yang dijadualkan ditayangkan pada 10 Jun itu nanti, Kirti juga terpaksa memakai bikini dalam beberapa babak.

“Saya juga tidak berasa selesa apabila dikehendaki memakai bikini, namun disebabkan itu kehendak skrip, saya terpaksa melakukannya,” akui aktres berusia 24 tahun itu.

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM TAK HABIS-HABIS

Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang telah membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 6 hingga 30 Jun ini bagi pihak pembelaan mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan dengan Anwar dijangka menjadi saksi pertama berbuat demikian.

Sunday, May 15, 2011

KELUARGA OSAMA BIN LADEN

6 ORANG ISTERI OSAMA BIN LADEN

SELAMAT HARI GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

OSAMA MENYIMPAN FILEM PORNO

Dua pegawai Amerika Syarikat semalam mendakwa kononnya filem lucah adalah antara barangan yang dirampas oleh komando tentera negara itu yang menyerbu kediaman Osama bin Laden (gambar) dua minggu lalu.

Pegawai berkenaan berkata, mereka tidak dapat memastikan siapa sebenar pemilik bahan itu atau sama ada Osama menontonnya.


Anak Osama dan dua lelaki yang menjadi perantaranya juga tinggal di kediaman itu, kata pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Osama dan ketiga-tiga lelaki itu dibunuh dalam serangan berkenaan.


Bahan lucah itu dirampas di samping jurnal tulisan tangan, lima komputer, 10 cakera padat dan 110 pemacu pena yang kini dianalisis oleh pasukan diketuai CIA.


Pegawai berkenaan juga berkata, mereka tidak pasti di bahagian mana dalam rumah itu bahan lucah berkenaan ditemui. Bagaimanapun, menurut mereka, ia terdiri daripada rakaman video elektronik dan moden dan jumlahnya agak banyak.

Amerika Syarikat sebelum ini melaporkan, kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan, tempat pemimpin al-Qaeda itu dibunuh, tidak mempunyai sambungan Internet atau rangkaian komunikasi canggih.


Pegawai Amerika juga mendakwa kononnya jurnal itu turut mengandungi rancangan Osama untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Saturday, May 14, 2011

GAMBAR WANITA BERBOGEL


Seorang wanita yang hanya berseluar dalam, coli dan berkaki ayam ditangkap polis di sebuah lebuh raya di pinggir bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu ditangkap selepas dia terjun dari sebuah trak penarik kereta yang dipandunya. Dia merampas trak itu kerana keretanya mahu ditarik.

Pemandu trak penunda itu memandu kereta wanita tersebut untuk mengejar traknya yang telah dirampas.

Dua buah kereta polis kemudian mengejar trak yang dipandu oleh wanita itu.

Namun, wanita tersebut terjun dari trak itu yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Beberapa anggota polis kemudian turun dari kereta dan berlari ke arahnya sebelum bergelut dengan wanita itu serta menangkapnya.

Seorang anggota polis Los Angeles, Leftenan Wayne Lightfoot menyatakan, wanita tersebut akan didakwa mencuri kenderaan.

GAMBAR PAYU DARA TERBESAR DI DUNIA


Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

MANUSIA GILA DUIT

MANUSIA BERSIKAP HIPOKRIT. IMEJ BAIK TAPI HATI BUSUK

ARTIS MENGANDUNG?

BEBERAPA hari lalu, teman baik SS menghubungi gara-gara dia ada menonton program hiburan menampilkan seorang artis lelaki popular.
Kata rakan SS, artis itu ada mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menimbul tanda tanya pada dirinya.
Kata teman SS itu, si artis memaklumkan dia sudah sedia menjadi ayah kepada anak dikandung isterinya. Kalau sekali dengar memang ia seperti ayat biasa. Tetapi, jika diteliti kenapa si artis perlu memaklumkannya kerana mereka suami isteri yang sah.

Apabila sudah berumah tangga, memang wajar seorang wanita mengandung. Jadi, sama ada sedia atau tidak sekiranya doktor mengesahkan si isteri hamil, memang ia adalah zuriat daripada suaminya. Lainlah, kalau hamil dulu sebelum nikah.

Mendengar hujah rakan baik SS itu, ada benarnya juga.
Sudah namanya anak sendiri, perlu ke sedia? Apapun, SS hanya berfikir baik saja dan barangkali juga si artis terlalu teruja hendak bergelar bapa. Maklumlah, nak sambut kelahiran anak pertama.

Bagi SS, artis kalau menjawab soalan bukan semua yang diperkatakan lancar. Ada kalanya, tergeliat lidah juga hingga boleh menyebabkan orang lain yang mendengar membuat tafsiran salah dan jadi keliru. Lumrah seorang manusia yang tidak sempurna.

Apapun, SS doakan isteri si artis selamat melahirkan anak mereka. Sama ada dapat anak lelaki atau perempuan, tak perlulah kisah apa jantinanya.
Ini kerana, apa yang paling penting bagi SS ialah si ibu dan anaknya berada dalam keadaan selamat dan sihat.

JANDA DATUK K KAHWIN



Bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K), Tengku Zawyah Izham, 48, selamat melangsungkan pernikahan dengan usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Rayyan Joseph King Abdullah, 40-an, di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.

Ibu tunggal kepada lima cahaya mata itu menerima mas kahwin RM501 selain tujuh dulang hantaran berserta wang tunai RM38,888.88 sebagai hantaran. Zawyah membalas dengan sembilan dulang antaranya sirih junjung, wangian, al-Quran dan sejadah, manisan dan jam tangan.

FILEM KONGSI



Penerbit sasar RM10 juta untuk filem kedua arahan Farid Kamil

KUTIPAN RM10 juta yang disasarkan Metrowealth Pictures (MIG) untuk filem ke-45 terbitannya mungkin boleh dianggap angan-angan yang terlalu tinggi. Tetapi bagi penerbitnya, David Teo, ia bukanlah sasaran yang melampau kerana MIG pernah mencipta rekod tersendiri.
Ia pernah berlaku kepada filem Ngangkung apabila ramai meragui kemampuan filem itu untuk meraih kutipan tinggi. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Ngangkung meraih kutipan yang tidak disangka-sangka, sehingga RM8.45 juta. Justeru, David cukup yakin kejayaan sama akan diulangi filem kedua arahan Farid Kamil, Kongsi.
Dengan diterajui Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam Samad, menambahkan keyakinan David sasaran itu dengan mudah dapat dicapai.

Taruhan kedua sutradara muda, Farid Kamil, memperlihatkan idea segar apabila Kongsi disampaikan dalam bentuk aksi komedi.

"Pada asalnya Kongsi ditulis sebagai filem aksi. Bagaimanapun saya olah kembali skripnya dijadikan komedi. Kebetulan waktu itu, Adnan Sempit mendapat sambutan menggalakkan. Jadi saya berasakan, Sam sesuai membawakan watak utamanya, Tumulak.

"Saya sengaja mengubah genre Kongsi daripada serius kepada komedi kerana jalan cerita asalnya ganas. Kalau genre itu diteruskan, filem ini hanya dapat ditonton oleh penonton 18 tahun ke atas,” jelas Farid selepas majlis pratonton filem itu, Selasa lalu.
Farid menjelaskan dia tidak pernah puas dengan produk dihasilkan dan mengaku memang berlaku kesilapan teknikal pada kamera, apabila ditanya wakil media mengenai kualiti gambar filem itu yang kurang memuaskan.

"Ketika penggambaran memang berlaku sedikit gangguan teknikal pada kamera. Kesilapan pada fokus menyebabkan gambar yang diambil agak kabur, tetapi ada juga yang memang disengajakan kerana ia sebahagian daripada teknik fotografi," katanya.

Bagaimanapun, ditanya mengenai plot cerita yang bercelaru serta menimbulkan kekeliruan kepada penonton, Farid menjelaskan, penonton perlu memberi tumpuan pada awal cerita lagi supaya boleh memahami keseluruhan cerita yang cuba disampaikan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails