SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, May 10, 2011

GURU MEROGAL PELAJAR

MENJATUHKAN MARTABAT PERGURUAN

Harapkan pagar, pagar makan padi. Seorang guru sekolah menengah di Jerantut sanggup menghubungi keluarga seorang pelajarnya dan memberitahu mahu memberi tuisyen di rumahnya di kuarters guru sebelum merogol mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Khamis lalu, guru terbabit yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak tetapi berada di Kedah, dikatakan memberi alasan ingin memberi tuisyen kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Perbuatan guru berusia 33 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu perbuatan suspek kepada guru sekolahnya sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ketika pelajar terbabit sedang menyiapkan tugasan sekolahnya di rumah suspek, mangsa tiba-tiba dipeluk daripada belakang sebelum dirogol.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails