SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, May 7, 2011

OSAMA BIN LADEN BOGEL

Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dapat mengelakkan dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.

Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.

Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.

Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk menyerah diri.

Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan berlaku.

Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.

"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di Abbottabad.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS, John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.

"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia menangkapnya," kata Brennan

Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam menyebabkannya dibunuh.

Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails