SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, May 18, 2011

KUTIPAN FILEM KONGSI 1.1 JUTA HANYA 1 HARI

Filem Kongsi terbitan MIG Production mencipta rekod baru filem tempatan apabila mengaut kutipan tiket paling tinggi pada hari pertama tayangannya iaitu RM1.1 juta di 100 pawagam seluruh negara, 12 Mei lalu.
 
Penerbit MIG Production, David Teo (gambar)berkata, filem arahan Farid Kamil itu turut hampir mengatasi kutipan tiket hari pertama filem Hollywood, Transformer 2 yang meraih RM1.2 juta yang tayangkan pada 2009.
 
“Kongsi merupakan filem terbitan MIG yang mendapat kutipan tiket hari pertama paling banyak selepas filem V3 Samseng Jalanan yang cuma mengumpul kutipan RM600,000 beberapa tahun lalu,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut penerbit berasal dari Segamat, Johor itu, dia sudah menjangka filem dengan kos produksi RM2.5 juta lakonan Shahiezy Sam, Norliana Samsudin dan Fizo Omar itu akan mendapat sambutan penonton berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankannya.
 
“Melalui R&D (kajian dan penyelidikan) yang dilakukan, kami dapati iklan sedutan adegan daripada Kongsi melalui Youtube ditonton hampir 900,000 orang sejak enam bulan lalu. Ia menguatkan lagi ramalan kami filem ini akan mendapat sambutan ramai,” katanya.
 
Ekoran sambutan yang di luar dugaan itu, David yakin filem yang mengisahkan tentang pembunuh upahan dari selatan Thailand lakonan Shahiezy Sam itu mampu mengatasi kutipan tiket filem tempatan paling laris iaitu Ngangkung yang meraih kutipan tiket RM8.4 juta.
 
“Saya yakin Kongsi mampu mengatasi kutipan tiket filem Ngangkung yang juga diterbitkan oleh MIG Production selepas hampir sebulan ia ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Untuk Kongsi pula, saya sasarkan kutipan tiketnya boleh mencecah RM10 juta,” katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails