SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Sunday, October 13, 2013

NORA DANISH BERKAHWIN DENGAN NADEEM NAZRI

BETUL ATAU TIDAK?

NORA DANISH SERING MENG"UPLOAD" GAMBARNYA BERSAMA ANAK MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN, DATUK SERI MOHAMMED NAZRI AZIZ




NORA DANISH BAKAL BERKAHWIN LAGI?

PERCAYA ATAU TIDAK?
JOM BACA PENGAKUAN NORA DANISH


NORA DANISH


Bukan mahu menunjuk, jauh sekali bermegah. Niatnya cuma mahu memaklumkan yang dia kini rapat dengan ‘seseorang’ dan tidak perlu dikaitkan lagi dengan mana-mana pelakon lelaki.
Itulah jawapan jujur Nora Danish apabila ditanya mengapa kebelakangan ini kerap memuat naik gambarnya bersama Nadeem Nazri, anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menerusi laman sosial Instagram.
Kata Nora, tujuan dia membuka akaun Instagram untuk berkongsi aktiviti terbarunya dengan peminat yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.
Baginya, tidak salah andai dia bersikap jujur dengan mendedahkan sisi peribadi selain memperkatakan perihal kerjaya.

Bagaimanapun, tindakannya mengundang pelbagai reaksi mereka yang melihat. Ada yang suka dan mendoakan hubungan pasangan ini kekal hingga ke jenjang pelamin, tidak kurang juga mengkritik pedas berikutan gambar ‘sosial’ Nadeem di Internet sebelum ini.

Apapun pandangan masyarakat, Nora tahu apa yang terbaik buat dirinya, malah sedikit pun tidak goyang dengan kata-kata dilemparkan. Yang pasti, dia mengenali keperibadian sebenar Nadeem dan senang berkawan dengannya.

“Ada yang tuduh Nadeem liar tetapi bagi saya, dia lelaki baik dan sangat bertanggungjawab. Kami kenal sejak tujuh tahun lalu, tetapi rapat kebelakangan ini.

“Dengan memuat naik gambarnya di Instagram, saya harap cerita kononnya saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini dapat dihentikan.

“Dan terbukti tindakan itu betul apabila saya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon lelaki yang pernah bekerja dengan saya dan juga bekas suami,” katanya.

Nora yang tampil manis dalam busana rekaan Adila Long akui selesa dengan Nadeem, tetapi belum ada perancangan untuk menempuh alam perkahwinan. Pengalaman lalu mengajarnya berhati-hati dalam membuat keputusan, begitu juga Nadeem.

“Kami sama-sama pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Saya dikurniakan seorang cahaya mata, begitu juga dia. Andai mahu berumah tangga, kami perlu fikir masak-masak.

“Bagi saya, dalam memilih pasangan, biarlah orang itu ‘soulmate’ kita kerana persefahaman itu penting. Kami pernah berbincang apa perkara yang perlu dielakkan supaya kesilapan lama tidak berulang lagi.

“Kami pun bukan sempurna, ada kekurangan yang perlu diperbaiki jika mahu pastikan hari-hari mendatang lebih bahagia,” katanya tenang.

Tambah Nora, antara kriteria yang perlu ada jika mahu hidup bersamanya, insan itu mestilah meletakkan keluarga sebagai keutamaan, menyayangi anak, ibu serta kakaknya. Selain itu, bakal suaminya mesti bekerjaya serta rajin berusaha.

“Anak adalah segala-galanya bagi saya dan saya perlu utamakan dia. Andai Rayqal suka, baru saya akan melangkah ke fasa lebih serius. ‘Dia’ juga mestilah boleh terima ibu dan kakak saya,” katanya.

Mengenai kata-kata orang mengatakan dia hanya memilih anak menteri, Nora tenang menjelaskan, bukan itu pintanya, tetapi itulah yang datang. Soal takdir tidak perlu dipertikai kerana semua itu ketetapan Allah SWT.

Tegasnya, selepas kembali hidup solo, dia pernah bercinta dengan orang kebanyakan, tetapi hubungan itu tidak berpanjangan.

“Saya tidak pernah menetapkan bakal suami mesti anak menteri atau datang dari golongan VIP. Orang tidak tahu saya pernah berkawan dengan orang biasa kerana ketika itu media sosial belum popular. Berbeza dengan Nad (Nadeem), orang tahu sebab saya muat naik gambarnya dalam Instagram.

“Saya bersyukur kerana sering dipertemukan dengan lelaki baik. Bekas kekasih saya sebelum ini pun baik orangnya tetapi apa boleh buat, sudah tertulis kami tidak ada jodoh.

“Kita tengoklah percaturan takdir selepas ini. Saya tidak boleh ramal siapa bakal suami saya. Ia rahsia Allah SWT dan saya serahkan 100 peratus kepada-Nya,” katanya.

Mengulas Nadeem ada dalam gambar percutiannya di beberapa negara, tegas Nora, tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Ketika ke Surabaya, Indonesia bagi menjayakan penggambaran lagu runut bunyi filem Suami Aku Ustaz lakonannya, Nadeem turut serta kerana mahu melihat tempat cantik di sana.

Katanya, pemergian mereka ditemani ibunya Salimah Talib. Begitu juga ketika ke Thailand dan Bali, di mana ahli keluarganya turut ada. Malah, Nadeem turut ditemani rakan ketika ke Bali.

“Ketika pulang ke kampung halaman mak di Myanmar, Nadeem ada sama. Memandangkan kami rapat, saya minta dia temankan saya dan keluarga atas faktor keselamatan.

“Kami memang mahu ke Myanmar ketika hayatnya kerana moyang selalu sebut mahu jumpa mak. Bagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa tangguhkan hasrat itu dan moyang menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat bertemu mak.

“Jadi saya dan kakak temankan mak pulang bertemu keluarga di sana. Nadeem juga bawa saudaranya. Jadi, tidak timbul isu kerana kami tidak pernah bercuti sendirian,” katanya.

Mengenai lakonan, Nora yang mendapat pujian kerana lakonannya sebagai isteri yang bangkit daripada penderaan suami dalam filem Bencinta, kini terikat dengan penggambaran filem seram Pengantin Malam. Dia sekali lagi digandingkan dengan Farid Kamil selepas Cuti-cuti Cinta dan Bencinta.

Karya arahan Eyra Rahman itu memulakan penggambaran pada 18 September lalu di sekitar Kuala Lumpur serta Kuang, Selangor dan dijangka tamat 18 Oktober ini.

Menerusi filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) yang turut dijayakan Nina Iskandar dan Ellie Suriaty ini, si cantik ini memegang watak Maya yang hilang ingatan selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian itu, dia melanggar Laila dan gadis itu maut. Selepas sedar daripada koma, dia berusaha mengembalikan ingatannya. Nora akui watak kali ini juga berat sebagaimana Bencinta.

“Meskipun penat, saya puas. Menerusi gandingan kali ini, Farid bawa watak Razif, suami Maya. Razif tidak mahu insiden ngeri itu kembali menghantui Maya dan membawa isterinya ke villa untuk tenangkan diri.

“Dalam perjalanan ke villa, Maya seakan-akan pernah melalui jalan itu dan merasakan ada perkara buruk pernah berlaku. Di villa, dia dihantui bayangan seorang wanita berpakaian pengantin dan berkaki ayam. Wanita itu mengekori ke mana saja Maya pergi.

“Projek kali ini menuntut saya banyak bermain dengan emosi dan sentiasa dalam ketakutan. Memang penat hidupkan watak sebegini, tetapi saya puas.

“Saya berterima kasih kepada Eyra kerana percaya bakat saya dan berusaha mencungkil sisi yang belum pernah saya tonjolkan sebelum ini,” katanya.

AERIL BERKAHWIN 2 KALI





Aeril turut diasak media tentang kesangsian pernikahan dua kali yang dilakukannya sedangkan kedua-dua majlis itu diadakan dalam negara iaitu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, pernikahan pertama mereka itu sah di sisi syarak kerana telah menepati rukun nikah.

"Tiada masalah dalam pernikahan pertama itu dari sisi syarak walaupun tidak dapat didaftarkan. Saya tidak kisah jika anda menyatakan bahawa ia tidak mengikut undang-undang negara apabila tidak mendaftar kerana perkahwinan itu halal di sisi Allah.

"Namun, ia terpaksa dirahsiakan dan dianggap dalam keadaan darurat kerana mahu menjaga kedudukan Wawa bersama kontraknya itu," kata Aeril yang membintangi filem 7 Petala Cinta, Budak Pailang dan 99 Kali Rindu ketika di bawah pengurusan MIG.

Menjelaskan bagaimana dia mengenali Wawa, menurut Aeril, hubungan cinta mereka berputik sejak 2010 ketika sama-sama membintangi sebuah drama.

"Saya berkenalan dengan Wawa ketika sama-sama terlibat dalam drama Klik (siaran Astro). Seterusnya kami mula bercinta, namun dihalang pihak pengurusan (ketika itu Aeril dan Wawa di bawah MIG) dan dimarahi.

"Percintaan kami pada 2011 semakin banyak halangan apatah lagi saya telah kehilangan ibu dan mendapat penyakit keturunan. Ketika itu saya mula dekatkan diri dengan Tuhan.

"Selepas mendalami ilmu agama, saya bertemu bapa Wawa pada tahun 2012 untuk bertanyakan tentang hubungan kami dan bapanya menerima saya," ujar pelakon yang berasal dari Kluang, Johor itu.

Aeril dan Wawa pernah sama-sama mengikat kontrak di bawah MIG sebelum Aeril membuat keputusan keluar daripada syarikat terbabit pada Mei lalu atas alasan mahu mendalami bidang agama dan mahu mengatur jadual karier sendiri.





WAWA ZAINAL DAN AERIL ZAFRIL SOROK NIKAH

WAWA ZAINAL


AERIL ZAFRIL



Semua penafian tentang pernikahan membabitkan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril akhirnya terjawab pada Jumaat lalu. Mereka mendakwa sandiwara itu gara-gara mahu menjaga kedudukan Wawa yang terikat bawah kontrak sebagai artis MIG milik David Teo.
Bukan sahaja mengakui tentang pernikahan mereka malah Aeril dan Wawa membuat kejutan dengan mendakwa mereka sebenarnya telah bernikah dua kali dalam tempoh setahun.
Pelakon yang mengadakan sidang media di Neo Damansara, Damansara, Selangor itu menjelaskan bahawa tindakan mereka menyorokkan pernikahan tersebut adalah atas alasan mahukan privasi.
Aeril menegaskan bahawa dia tidak berbohong dan menyorokkan perkahwinan tersebut, namun melakukan hal sedemikian atas menjaga karier masa depan isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin dalam dunia lakonan.
"Saya tidak berbohong kepada media dan peminat. Cuma saya menafikan apabila ditanya tentang perkahwinan kerana saya ada sebab.
"Ia terpaksa dirahsiakan demi Wawa kerana dia masih mengikat kontrak dengan syarikat MIG (Metrowealth) serta tentang undang-undang syarikat itu yang melarang pelakonnya bercinta," kata pemilik nama penuh Suhairil Suhari itu.
Bagaimanapun perkahwinan sorok-sorok tersebut mula diketahui umum apabila apabila sebuah akhbar pada Ahad lalu mengesahkan pasangan itu telah bernikah pada Februari lepas dan memperolehi cahaya mata bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada Ogos baru-baru ini.
Merungkai 'penipuan' yang dilakukan demi merahsiakan perkahwinan itu, Aeril, 26, menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah sejak Februari 2012 lagi.
"Kami bernikah pada 25 Februari 2012, tetapi tidak didaftarkan. Kami bernikah di kediaman pengurus (Shahriman Wahab) yang terletak di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya (Selangor). Kami dinikahkan seorang imam dari Sabah dan turut disaksikan ayah Wawa. Kami juga ada bukti tentang pernikahan itu.
"Pernikahan pertama tidak didaftarkan kerana Wawa meminta izin untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu pihak pengurusannya tahu tentang hal itu.
"Namun, setelah saya dapat tahun bahawa Wawa sudah hamil dua bulan pada Februari lepas kami membuat keputusan untuk mendaftarkan pernikahan agar tidak menimbulkan tanda tanya mengenai status anak kami. Seterusnya kami bernikah kali kedua mengikut undang-undang pada 4 Februari 2013.



KUTIPAN KL GANGSTER 2 MENCECAH JUTAAN RINGGIT MALAYSIA (BOX OFFICE)

WALAUPUN FILEM KL GANGSTER 2 TELAH DICETAK ROMPAK, NAMUN FILEM TERSEBUT MASIH BOLEH MENGUTIP KUTIPAN SEBANYAK 3.41 JUTA SETELAH 10 HARI DITAYANGKAN DI PAWAGAM. WALAUPUN KL GANGSTER 2 MASIH DITAYANGKAN, TETAPI KUTIPANNYA SUDAH MEMUASKAN HATI PENGARAH.



Friday, September 13, 2013

WANITA PALING KERDIL DI DUNIA 2013




New York: Ketika bulan terakhir kehamilan Ranjana Amge, dia bimbang tidak mampu mendakap bayinya itu selepas doktor menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena pada janinnya.

Selepas 20 tahun kemudian Ranjana mempunyai sebab untuk berbangga apabila anak perempuannya itu hidup sihat, gembira dan dikenali di seluruh dunia.


Kata Ranjana, semua kebimbangannya kini menjadi sejarah.

“Apa yang ada adalah kegembiraan dan kami berasa sangat bertuah,” katanya. Dengan ketinggian cuma 63.5 sentimeter dan berat 5.4 kilogram, Jyoti Amge adalah wanita paling kerdil di dunia.


Berasal dari Nagpur, India, Jyoti memasuki kolej dan bercita-cita menjadi pelakon.


Walaupun di kalangan orang kerdil, Jyoti memang lebih kerdil.

Keadaan itu diakui menyukarkan hidupnya pada ketika tertentu.


“Saya susah mencapai barang, tetapi nasib baik saya ada adik-beradik lain untuk membantu,” katanya. Dalam lawatan pertamanya ke New York, Jyoti dibawa melawat Statue of Liberty sebelum menghadiri pelancaran Rekod Dunia Guinness edisi 2014 serta sidang media di puncak Bangunan Empire State. - Agensi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails