SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, October 31, 2011

7,508 TEMPAT LATIH GSTT DIRANCANG DISEDIAKAN MULAI 2012



KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu, seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.

"Manakala 862 yang ditawarkan tidak melapor diri untuk bertugas dan semua lantikan memenuhi syarat asas kementerian,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri Sabah sehingga 30 September tahun ini seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan selebihnya akan ditawarkan terus mengikuti latihan di institut pendidikan guru (IPG) mulai Januari tahun depan.

Katanya, seramai 1,258 orang GSTT kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah mod Kursus Dalam Cuti dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia mod Kursus Dalam Cuti di IPG seluruh negara. – Bernama

GOSSIP ARTIS MALAYSIA 2011


“I love my wife,” ringkas jawapan Omar Sharif Christopher Layton Dalton sewaktu menjawab gosip dia curang terhadap isterinya, penyanyi terkenal, Ning Baizura Hamzah, 36.

Omar yang menemani Ning sewaktu majlis pelancaran muzik video single terbaru isterinya berjudul Bila di Red Box The Garden, baru-baru ini, enggan mengambil pusing gosip itu walaupun pada mulanya agak terkejut.
Malah, dia langsung tidak bimbang kerana yakin dirinya tidak pernah menduakan Ning, bahkan amat menyayangi wanita yang dinikahi pada 31 Januari 2008 itu.

Ning pula menafikan rumah tangga mereka goyah sebaik gosip mengenai suaminya bermain kayu tiga tersebar. Katanya, sejak berpisah dengan pengurus lama, suaminya yang mengambil alih tanggungjawab itu dan menguruskan karier seninya.



“Apabila abang menjadi pengurus saya, dia perlu banyak keluar bertemu ramai orang, individu tertentu dan pelanggan berbincang mengenai urusan kerja.


Takkanlah Ning Baizura sendiri hendak bercakap mengenai harga persembahan. Jadi segala hal membabitkan tawaran dan bayaran, saya serahkan sepenuhnya kepada abang selaku pengurus.

“Tambahan pula sekarang ini saya sedang merencanakan konsert. Suami saya terpaksa menjaja nama isterinya untuk mendapatkan tajaan. Saya anggap mereka yang menyebarkan gosip ini bukan untuk memporak-perandakan hubungan kami tetapi mungkin orang ramai mengambil berat terhadap saya dan Omar.

“Ketika Omar sedang bekerja pula, saya lebih senang tidak masuk campur atau sentiasa ‘melekat’ bersama suami sepanjang masa,” katanya.

Akui Ning, dia sedikit pun tidak pernah mencurigai suaminya kerana menyifatkan Omar seorang yang lurus. Malah, langsung tidak terkejut apabila mendengar gosip berkenaan kerana sudah lali dengan mainan dunia glamor.

“Saya anggap gosip sebegini satu perkara normal. Mungkin tidak bagi abang yang tak biasa dengan perkara semacam ini membuatkan dia agak terkejut dan menunjukkan reaksi kurang senang. Malah dia tertanya-tanya gadis Cina mana yang dimaksudkan mempunyai hubungan dengannya,” katanya.

Menyentuh pembikinan klip video Bila yang diterbitkan Universal Music, ia memaparkan unsur kemanusiaan. Lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, Dewa, kini sudah pun memasuki senarai karaoke RedBox.

Ning juga dalam perancangan mengadakan konsert di KL Life Centre pada 2 dan 3 Disember dan segala kos ditanggung sendiri Ning melalui syarikatnya, HappeNings.

Berbaur rasa kecewa di hati, Ning mengakui tiada pihak yang sudi menaja konsertnya meskipun dia bukanlah anak kecil di persada seni suara, sebaliknya tahun ini genap 18 tahun berkelana sebagai penghibur.

“Pada awalnya ada syarikat telco yang menyatakan persetujuan untuk menaja konsert ini tetapi mereka menetapkan beberapa syarat yang permintaan mereka itu tidak mampu saya penuhi. Saya pasti ia akan membebankan saya dan peminat kelak.

“Harus saya akui terkilan dan kecewa kerana untuk mengadakan konsert menggunakan belanja yang besar. Namun, jika hendak mengharapkan ihsan penaja, sampai bila pun mungkin saya tidak akan mengadakan konsert. Kali terakhir saya mengadakan konsert pada 1996.

“Tidak mengapalah, mana tahu selepas konsert ini, ramai penaja akan membuka mata. Tambahan pula, saya merancang untuk mengadakan konsert bagi meraikan ulang tahun pembabitan saya dalam nyanyian yang ke-19 diikuti konsert besar sempena 20 tahun dalam arena seni suara,” katanya.

Konsert itu bakal membawa penonton mengembara bagi mengimbas semua perjalanan seninya. Setakat ini, perkembangannya sudah 80 peratus dan tiket dijual pada harga RM150, RM200, RM225, RM250 dan RM375. Bagi pembeli tiket VIP (RM375), akan didaftar sebagai ahli pusat pelangsingan badan, Medishape secara percuma.

Semua tiket akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada yang membelinya bermula 17 hingga 31 Oktober. Untuk membeli, bolehlah layari https://online.tickethotline.com.my.

Barangan cenderamata Ning Baizura turut dijual pada harga promosi bernilai RM100 dan RM75 (pre purchase) yang terdiri daripada pelbagai barangan eksklusif.

Tidak terbatas kepada konsert saja, Ning juga mahu menerbitkan biografi yang tidak hanya mencatatkan perjalanan seninya yang penuh ranjau tetapi juga menyelami insan berasal dari Kajang, Selangor ini secara lebih dekat.

Segalanya akan diceritakan Ning mengenai apa yang pernah berlaku pada dirinya pada awal pembabitannya hingga kini kerana Ning merasakan masyarakat yang mengenali dirinya patut tahu kebenaran di sebalik setiap kisah tanpa berselindung.

Wanita berkulit sawo matang ini sedar kehadiran biografi itu akan membuka semula kisah lama yang boleh mengembalikan ingatan peminat terhadap kontroversi memalukan yang pernah terpalit pada dirinya.

“Perjalanan seni seorang insan bernama Ning Baizura banyak yang pahit daripada indah. Saya pernah berjalan kaki dan dihina masyarakat. Saya mahu peminat tahu untuk berada di tahap ini, saya sudah merasai jatuh bangun dan bagaimana saya bangkit daripada kegagalan,” katanya.

KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU PERTAMA



Pelakon komedi dan pelawak veteran membuktikan sentuhan jenaka mereka masih berbisa. Hakikat itu terbukti apabila menguasai empat kedudukan teratas saingan pembuka tirai Maharaja Lawak Mega 2011.

Gandingan Boboi menampilkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik di tangga pertama dengan 61 peratus undian. Kombinasi Bawal Power iaitu Bob Kuman dan Sobri berkongsi tempat kedua bersama trio Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Imuda, Mat Over dan Sathia dengan 59 peratus dan Jalil Hamid di tangga ketiga.

Maharaja Lawak Mega membuka saingan 17 peserta membabitkan penyertaan tiga negara Asia Tenggara - Malaysia, Indonesia dan Singapura, Jumaat lalu. Program realiti ini dibawakan secara langsung bermula jam 10 malam di Royal Theater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat.

Program disiarkan menerusi Astro Warna (Saluran 132) dikendalikan pengacara, Datuk AC Mizal menyaksikan tiada penyingkiran minggu pertama.

 Mereka dinilai tiga pengkritik tetap iaitu penyanyi paling popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Chef Wan dan bekas kapten bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan. Juri jemputan, Imran Ajmain dari Singapura.


Saingan menyenaraikan tiga wakil dari Indonesia, Bawel diwakili Amin Bawel, Dodon dan Dadang. Trio Saehu menonjolkan Eko, Vicha dan Bocil, sementara Caer dianggotai Adetao, Mr Ibo dan Decaer.

Singapura dengan dua wakil, kumpulan Syok menampilkan Suhaimi, Ifa Raziah dan Ariff Sudin manakala Hani dan Azian tampil dengan nama Gebu.

Kata Siti, saingan minggu pertama Maharaja Lawak Mega memang berlainan daripada program lawak realiti lain kerana disertai ramai ‘otai’ popular satu ketika dulu.

“Sebaik menerima tawaran, saya tidak menolak kerana memang mahu menyaksikan telatah pelawak berpengalaman membuat orang ketawa pecah perut. Biasanya, saya sekadar melihat mereka dalam televisyen, tetapi sekarang menonton mereka ‘live’ dan memberi kritikan sejujur yang boleh. Saya harap tarikan untuk penonton ketawa meningkat pada saingan minggu kedua,” katanya.

Dengan pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama 14 tahun, Chef Wan berkata, dia memang menantikan program seperti itu kerana sudah biasa melihat sitkom Amerika yang spontan.

“Peserta Maharaja Lawak Mega (malam ini) berusaha keras menghasilkan lawak untuk buat orang ketawa. Lawak solo Jalil Hamid mengenai karakter ayam dan Adlin Aman Ramli mengenai bapanya, AR Tompel sangat kelakar. Saya harap peserta membuat latihan lebih mantap kerana jika kena dengan teknik selamba, penonton akan ketawa. Jadi, perlu cari idea mudah tanpa kostum atau memaksa diri yang tidak memberi sebarang makna jika topik tidak difahami,” katanya.

Zainal, bekas pemain pertahanan dan penyerang negara yang membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia 1983 mengakui ada antara lawak dipamer peserta hanya sekali-sekala.

“Penonton ternanti-nanti sedangkan peserta lambat memberi ‘punchline’. Dalam tempoh tiga minit diberikan memang sukar, tetapi bagi orang lama seperti Afdlin, Harun, Jalil atau Adlin, ada saja hendak diceritakan membuat penonton dalam auditorium ketawa dan mungkin ramai penonton di rumah juga begitu,” katanya.

Tarikan utama adalah tiga adegan lawak ditonjolkan Boboi mengenai adik-beradik berlainan ibu tapi satu bapa. Sindiran pedas Bawal Power ditujukan kepada setiap peserta Maharaja Lawak Mega membuat suasana gamat.

Bawel menggabungkan dua lelaki dan seorang wanita dengan tiga saiz dan daerah berbeza di Indonesia, unik dengan kehadiran Bocil berusia 27 tahun berketinggian 117 sentimeter.

“Kami berasa lega di tangga keenam di belakang Bawel, tetapi malangnya Caer menduduki tangga tercorot. Kami bersedia mempamer lawak lebih baik minggu ini dan tinggal selama tiga minggu di sini untuk berlatih. Program Maharaja Lawak Mega menarik kerana kami tidak pernah bertarung dengan Bawel atau Caer di Indonesia tetapi bersaing di Malaysia,” kata ketua kumpulan Saehu, Eko.

Dua peserta solo, Jalil Hamid hadir dengan jenaka ego ayam jantan dan evolusi ayam betina. Adlin menceritakan kehebatan bapanya, arwah AR Tompel memikat wanita dengan enam menjadi isterinya dan kisahnya sebagai anak ke-17 daripada 18 beradik.

Beberapa kumpulan lain bersaing ialah Anje (Achong Sweet Child/Joey Daud), Rap (Aziz Kota, Pak Lah/Rama), Comel (Bell Ngasri/Radhi Khalid), Osbon (Mr Os/Abon), Lanun (Jegan/Elyas, Salman), 3G (Yassin/ Didie Alias/Enot) dan Hiro (Hamdan/Ropi/ Illya).

Format penyingkiran mingguan Maharaja Lawak Mega dilakukan menerusi 70 peratus undian markah juri dan 30 peratus undian penonton.

ABBY ABADI PUTUS CINTA


Hampir tiga tahun menyulam perasaan cinta, sayangnya ia tidak sampai ke jenjang pelamin. Itulah yang dialami pelakon Abby Abadi dan kekasih hatinya juga aktor sedang meningkat naik, Zulkifli Ariffin atau Zul apabila hubungan mereka putus secara rasmi.

Kenyataan mengenainya turut dibuat Abby sendiri dalam blog peribadinya dan ia sudah diketahui umum. SS dan rakan turut tumpang simpati dengan apa yang berlaku kepada pasangan ini.
Membaca coretan Abby mengenai perpisahannya bersama Zul, memang meruntun perasaan. Bagusnya pelakon yang cukup sinonim dengan drama Gerak Khas itu, dia langsung tidak melihat apa yang berlaku dari sudut negatif sebaliknya melihatnya sebagai takdir.

Abby turut menjelaskan kepada peminatnya biarlah punca hubungan cinta mereka putus dirahsiakan. Pada sama dia turut mendoakan Zul akan terus berjaya sebagai pelakon dan bertemu dengan pasangan baik-baik.



Kalaulah semua pasangan yang putus cinta mengambil sikap seperti Abby alangkah bagusnya. Bermakna dunia akan aman dan tidak adalah pergaduhan atau kejadian memburukkan antara satu sama lain.

Saturday, October 29, 2011

KUTIPAN KL GANGSTER



KUTIPAN KL GANGSTER CECAH 12 JUTA RINGGIT MALAYSIA.

"KL GANGSTER" - KUTIPAN HARI PERTAMA TERTINGGI dalam SEJARAH FILEM MALAYSIA DENGAN ANGGARAN KASAR RM 1.5 JUTA.ALHAMDULILLAH!SUJUD SYUKUR!!War-warkan pada semua!!YANG BELUM MENONTON,TUNGGU APA LAGI,JOM TONTON KL GANGSTER!!YANG SUDAH,JOM TONTON LAGI!!:)TERIMA KASIH SEMUA!! - Syamsul Yusof

Filem KL Gengster terbitan Skop Production ini menelan kos sebanyak RM2.1 juta dan sudah mula barada di PAWAGAM berhampiran korang....

Pergi la tengok..gua jamin pasti puas hati...kalau keluar panggung lu orang kata tak best..gua belanja teh o ais...hihi

Gua antara orang terawal di MALAYSIA yang tengok cerita KL Gangster, dan Review KL Gangster gua dan buat dekat SINI
Bangga gila dapat tahu Kutipan Terkini KL Gangster ialah Rm5 juta

KUTIPAN HANTU BONCENG



Kutipan Hantu Bonceng sekarang telah mencecah RM 8 Juta

Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, ditayangkan di 80 pawagam bermula 31 Ogos yang lalu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Filem Hantu Bonceng sebuah karya komedi ringan yang sesuai untuk seisi keluarga berkisar mengenai kehidupan Amran ( lakonan Zizan Razak) yang sering dihantui hidupnya oleh roh Maya, bohsia yang mati akibat kemalangan, setelah di’menangi’ Amran. Dia meminta pertolongan Kunyit ( Tai) untuk membantunya menyelesaikan masalah, apabila tunangnya, Halimaton ( Jue Aziz ) enggan memberi pertolongan. Namun, dalam keadaan itu, muncul pula Ayu ( Juliana Evans ) dalam perhubungan Amran dan Halimaton. Apa kesudahan kisah mereka, dan dapatkah Kunyit membantu menyelesaikan masalah Amran.

KUTIPAN MOVIE NASI LEMAK 2.0 CECAH JUTAAN RINGGIT





Siapa sangka, filem yang menerima pelbagai kritikan dan pandangan negatif daripada pelbagai pihak sebelum ianya ditayangkan lagi iaitu Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan RM7 juta hanya melalui tayangan di pawagam. Nyata, sambutan filem hasil buah tangan pertama Namewee ini begitu mengalakkan.

Menurut Namewee, selama ini dia memang menaruh harapan yang tinggi pada filem pertamanya itu, namun dia tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik. Namewee juga melahirkan rasa gembira kerana filem Nasi Lemak 2.0 bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan semua kaum di Malaysia.



Jangan tidak tahu bahawa baru-baru ini, filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee itu juga telah dipilih sebagai Tayangan Rasmi untuk festival filem termashyur di dunia iaitu Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan ini merupakan sesuatu yang jarang (malah tak pernah kot) berlaku bagi sebuah filem Malaysia.


Dengan ini, kami di ingin ucapkan tahinah kepada Namewee dan juga pihak produksi diatas pencapaian yang boleh dikatakan sangat membanggakan ini. Tahniah juga kepada para pelakon yang terlibat. Semoga terus menghasilkan filem yang bermutu dan mampu memartabatkan industri perfileman Malaysia.

Friday, October 28, 2011

SUAMI NING BAIZURA MENJALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN CINA


DUNIA artis memang tidak boleh dipisahkan daripada gosip yang sentiasa mengekori mereka dalam setiap langkah yang diambil, tidak kira artis baru ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni.

Gosip kadangkala boleh menjurus kepada kebaikan seseorang artis itu sama ada ia mampu menambah lagi populariti mereka atau sebaliknya.

Adakala gosip juga boleh menjatuhkan maruah dan karier seseorang artis itu jika mereka tidak tahu selok-belok untuk kembali bangkit setelah nama tercemar.

Terpulang kepada bagaimana seseorang artis itu meletakkan diri mereka selepas dilanda gosip dan mengorak langkah seterusnya dalam meneruskan karier seni mereka.

Itulah yang dialami Ning Baizura, 37, baru-baru ini apabila timbul gosip mendakwa suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar) menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya, seorang wanita berketurunan Cina.

Gosip itu bukan sahaja memeranjatkan Ning, malah apa yang nyata ia lebih menguatkan rasa cinta Ning terhadap Omar.

Penyanyi itu yang ditemui pada sidang akhbar pelancaran muzik video terbarunya berjudul Bila mengakui agak terkejut dengan gosip itu sambil berkata;

“Mana mungkin Omar menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya kerana Omar sudah berhenti kerja sejak beberapa bulan lalu untuk menguruskan kerjaya seni saya sepenuh masa.

“Itu semua gosip liar dan saya tidak perlu risau atau curiga terhadap Omar kerana saya tahu dan kenal siapa suami saya.

“Lagipun saya bersetuju untuk diuruskan oleh suami sendiri kerana dia mempunyai perancangan dan strategi untuk masa hadapan saya dalam meneruskan langkah dalam bidang seni.

“Gosip-gosip seperti ini adalah normal dan setelah 18 tahun menceburi bidang seni saya sudah lali dengan pelbagai gosip.

“Kalau nak tahu, sewaktu gosip liar itu bertebaran, suami saya sendiri lebih terkejut berbanding saya kerana sebelum dia menguruskan kerjaya saya, dunia kami terlalu berbeza,” kata Ning dalam nada tenang.

Menyentuh siapakah wanita Cina yang dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya, Ning secara jujur mengatakan bahawa dia tidak tahu siapa wanita tersebut dan dia berharap agar gosip liar ini dihentikan segera.

Menurut Ning, setelah Omar menjadi pengurusnya sepenuh masa dia merasakan perjalanan seni dan kehidupan rumahtangganya semakin bahagia kerana Omar sudah mula memahami akan dunia seni dan tugasnya.

“Saya gembira kerana suami saya terlibat secara langsung dengan perjalanan seni saya dan ini membantu meningkatkan lagi komunikasi dan persefahaman serta kasih sayang antara kami,” cerita Ning sambil memandang mesra Omar di sisinya. Omar pernah bekerja dengan sebuah syarikat cari gali minyak yang terkenal di ibu kota.

I love my wife, the one and only - Omar

Omar yang ditemui ketika menemani isterinya, Ning Baizura di majlis itu menzahirkan bahawa rumah tangga mereka sedang bahagia dan tiada masalah orang ketiga seperti dikhabarkan baru-baru ini.

Ketika ditanya berhubung gosip tersebut, pantas Omar menegaskan bahawa tiada insan istimewa dalam hidupnya selain daripada Ning Baizura.

“Saya sendiri tidak tahu siapakah wanita berketurunan Cina yang digosipkan dengan saya.

“Saya terkejut apabila mendengar gosip tersebut tetapi saya tahu perkara seperti ini adalah sesuatu yang biasa bagi seorang artis,” katanya.

Berfikiran positif

“Saya tiada ramuan tertentu untuk terus bertahan dalam industri ini tetapi saya sentiasa berfikiran positif bahawa setiap tindakan saya akan mendatangkan hasil pada kemudian hari.

“Sejujurnya pada awal penglibatan saya dalam bidang ini, saya tidak pernah terfikir akan dapat bertahan selama ini,” kata Ning apabila ditanya rahsia beliau terus bertahan dalam industri ini.

Ning Baizura yang bakal menyambut ulangtahun ke-20 sebagai anak seni dalam masa dua tahun lagi, tidak menafikan sepanjang kariernya pernah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi yang mampu memadamkan terus namanya dalam industri muzik tempatan.

“Peminatlah yang banyak memberikan saya inspirasi untuk terus mencipta nama dan segala yang saya lakukan adalah untuk membalas jasa dan kepercayaan yang telah mereka berikan kepada saya.

“Selain itu, saya juga banyak mengambil contoh yang baik dari artis yang lebih dahulu mencipta nama seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dalam mempertingkatkan cara saya berkomunikasi dengan peminat,” katanya.

Konsert selepas 15 tahun

Kali terakhir Ning Baizura mengadakan konsert solonya, Konsert Teguh adalah pada tahun 1996 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Selepas itu, dia tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar kecuali persembahan korporat termasuk majlis makan malam.

Maka itu, kata Ning, sekiranya tiada aral melintang, pada penghujung tahun ini dia bakal mengadakan sebuah konsert, Ning @ KL Live bertempat di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kata Ning, konsert itu nanti bolehlah dianggap sebagai menamatkan penantian peminat-peminat tegarnya yang mahu melihat anak jati Selangor ini beraksi diatas pentas berbayar.

“Persiapan untuk konsert yang bakal diadakan pada 2 Disember ini sudah 80 peratus siap. Hanya tinggal 20 peratus lagi untuk melengkapkan persiapan menjelang konsert saya itu.

“Istimewanya konsert saya itu nanti, ia menceritakan perjalanan seni saya selama 18 tahun dalam bidang ini dan saya berharap peminat akan terhibur dengan persembahan saya pada konsert itu nanti.

Pada malam tersebut, Ning bakal menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu yang telah dinyanyikan sepanjang perjalanan seni beliau dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, jualan tiket sudah hampir 50 peratus dan tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman web www.tickethotline.com.my pada harga bermula RM150 hingga RM375.

Muzik video terbaru

Pelancaran muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bila adalah sesuatu yang berbeza berbanding kebiasaan yang dihidangkan oleh penyanyi ini.

Ning berkata, lagu ini yang membawa irama pop rock lebih kepada konsep kemanusiaan dan ia menyentuh kepada penglibatan kita dalam hidup seseorang itu tanpa kita sedari.

“Sememangnya lagu ini menampilkan sesuatu yang baru dan saya berpuas hati dengan hasilnya.

“Terdapat perbezaan yang ketara berbanding dengan lagu-lagu saya yang terdahulu dan saya pasti, peminat pasti akan menghargainya,” kata penyanyi yang juga popular kini bersama 3 Suara.

HAMBA SEKS


APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP, mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.
Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.

Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.

Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.

“Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau ‘memberi’ setiap kali kami beraksi di depan kamera.

“Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri,” kata Tiz.
Beralih kepada soal peribadi Tiz bersama aktor Remy Ishak, sehingga hari ini belum ada sebarang pengakuan daripada mereka mengesahkan kedua-duanya adalah pasangan kekasih, walhal semua orang tahu mereka sedang menyulam cinta, maka terdengar desas-desus pasangan berkenaan bersikap hipokrit apabila berbicara mengenai status perhubungan masing-masing.

Kata Tiz, dia bukannya tidak berani untuk berterus-terang mengenai hubungannya bersama Remy, tapi sehingga saat ini beliau belum bersedia memberi ungkapan cinta untuk menterjemahkan hubungannya bersama Remy kerana mereka belum ada sebarang perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan.

Akui rapat dengan Remy

“Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya.

“Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi,” akui Tiz.

Sebelum ini tersebar gosip di beberapa akhbar, kononnya Tiz membawa bekal makanan untuk Remy ke lokasi penggambarannya. Mereka makan bersuap-suap apabila kemesraan itu disaksikan artis, selain kru produksi.

“Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun... Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu.

“Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun...,” kata Tiz berterus-terang.

Tambah Tiz, disebabkan kemesraan yang terpancar antara mereka, bukannya dia dan Remy tidak mahu mengaku bercinta, tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan kedua-duanya di Twitter mahupun Facebook (FB), semua orang boleh membuat andaian sendiri, bagaimana status perhubungan mereka sebenarnya, jadi tak perlulah terbit kenyataan secara terang-terangan daripada mereka. Memang mendalam maksud yang cuba disampaikan Tiz.

Nafi dendami Diana Danielle

Sebelum ini menerusi B*POP, ada gosip yang mendakwa Tiz ke lokasi penggambaran Azazil untuk menyaksikan babak romantik yang dilakonkan Remy bersama artis jelita, Diana Daniele. Khabarnya Tiz cemburu apabila melihat kemesraan kedua-duanya di monitor.

“Itu saya tak nafikan, memang saya ke lokasi Azazil melihat pembikinan babak romantik berkenaan, saya terkejut! Saya rasa orang lain juga akan faham bagaimana perasaan saya ketika itu. Tapi, sebagai artis, saya perlu bersikap profesional. Selepas hari itu, saya tak pernah rasa marah mahupun berdendam dengan Diana. Saya perlu menerima situasi berkenaan seadanya, istilah cemburu tidak pernah terbit dalam kamus anak seni.

“Namun, cemburu dalam percintaan memanglah ada, orang kata cemburu tanda sayang. Sebaliknya apabila membabitkan soal kerja, saya perlu buang perasaan itu jauh-jauh,” akuinya tanpa berselindung.

Seperkara lagi yang dianggap isu lama apabila gosip liar mendakwa Tiz dan Remy tinggal serumah di Ampang, Selangor terus diperkatakan di kalangan media massa dan peminat hingga hari ini. Lebih panas apabila pasangan berkenaan kononnya sedang diintai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diserbu.

“Gosip berkenaan saya dah tahu lama. Saya dah lali dengan isu itu, tapi nampaknya ia terus diperkatakan. Saya harap, kali ini biarlah yang terakhir saya membuat kenyataan, sekalipun saya dan Remy berkawan rapat, tapi kami tak pernah tinggal sebumbung! Justeru, saya harap isu ini tidak lagi diulang berkali-kali di media massa, cukup, saya tak mahu bercakap mengenai perkara yang tak pernah berlaku,” tegas Tiz.

Izara nafi benci bapa kandung

IZARA Aishah mengakui watak Fiona dijayakan dalam drama Soffiyah ibarat ‘kelas lakonan’ untuk memperkemaskan lagi mutu lakonannya.

“Inilah karakter paling susah pernah saya jayakan. Saya sentiasa bermain emosi apabila air mata menjadi teman setiap masa. Seronok bekerja dengan produksi ini, lebih-lebih lagi pelakon senior seperti Tiz Zaqyah dan Fizo Omar, selain pengarah banyak beri tunjuk ajar,” katanya menyifatkan Fiona membenci bapa kandungnya kerana menjadikan dirinya hamba seks sehingga tergamak membunuh anak sendiri.

Justeru, tersebar desas-desus dalam kehidupan realiti Izara, dia turut membenci bapa kandungnya kerana dikatakan pernah mengabaikan dirinya dan keluarga sejak beliau kecil, selain tidak pernah mendapat belaian kasih sayang seorang ayah. Kononnya juga dia keberatan meletakkan nama bapa kandungnya itu sebaris namanya setiap kali ditanya wartawan dan lebih selesa dikenali sebagai Izara Aishah saja.

“Saya tidak pernah membenci ayah kandung, tambahan pula saya mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada bapa tiri. Benar, ayah dan ibu saya berpisah ketika saya berumur dua tahun, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan saya membencinya. Seingat saya, kali terakhir bertemu ayah ketika saya Darjah Satu dan sejak itu kami hanya berhubung menerusi telefon.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah di telefon pada Aidilfitri lalu. Mengenai nama, memang saya tak mahu nama keluarga terbabit sama dalam kerjaya seni, biarlah saya dikenali dengan nama sendiri. Terus-terang, saya tak pernah membenci ayah. Saya berharap saya bertemunya suatu hati nanti, tambahan pula dia juga akan menjadi wali apabila saya kahwin nanti.

“Namun, saya tak dapat menyembunyikan perasaan ini, sebenarnya saya tawar hati dengan ayah sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan dia, itu saja... bukan membenci dirinya,” kata Izara berterus terang.

Menerusi Soffiya, Fiona (Izara) berkahwin dengan Ilyas (Fizo) dan terkini ada khabar angin mendakwa, Izara dan Fizo dalam diam bermain cinta apabila perasaan itu berputik tanpa disedari kru produksi. Khabarnya, kedua-duanya pernah dilihat hadir ke sebuah pusat rekreasi berkuda di Ampang, baru-baru ini. Menurut sumber, Izara dan Fizo dilihat begitu mesra ketika sedang menikmati makan malam bersama.

“Saya dah ada teman lelakilah. Antara saya dan Fizo hanya kawan sesama rakan artis. Saya akui, pada hari itu memang Fizo mempelawa saya hadir ke pusat rekreasi itu dan sebagai kawan saya hanya datang memenuhi pelawaannya, itu saja. Tambahan pula, teman lelaki saya menghantar saya ke situ. Memang kami makan malam bersama, tapi taklah mesra seperti didakwa. Terus-terang, saya amat menyintai teman lelaki saya. Kami kenal sejak kecil. Tak mungkin cinta saya beralih arah kepada orang lain,” terang Izara.

Pada Anugerah Skrin 2011 pada 4 November ini yang bersiaran secara langsung di TV3, Izara dijangka menjadi seorang penyampai trofi untuk satu kategori dipertandingkan.

LEMAH TENAGA BATIN


“Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain.”

Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya. Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.

“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.


“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Thursday, October 27, 2011

PEMBELIAN TIKET SECARA ONLINE (TERENGGANU VS N. 9)


HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) menjelaskan bahawa pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket tersebut.

Hamidin berkata, keputusan menetapkan harga tiket pada nilai RM50 bagi semua tempat duduk termasuk grandstand dibuat selepas mengkaji daripada pelbagai aspek terutama kos penganjuran pada aksi final itu nanti.

“Saya faham dengan keluhan serta rungutan di kalangan penyokong-penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, malah kami (FAM) juga peka dengan saranan yang dibuat oleh (Menteri Belia dan Sukan) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta kami mempertimbangkan harga tiket berkenaan.

“Namun, suka saya jelaskan bahawa harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan.

“Lagipun, hasil penjualan tiket itu nanti akan dibahagi dua kepada pihak persatuan bola sepak negeri iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu selepas ditolak dengan kos-kos penganjuran perlawanan akhir itu nanti.

“Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan ini untuk menyumbang kepada tabung bola sepak negeri masing-masing,” kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM mendedahkan bahawa harga tiket aksi final Piala Malaysia itu merupakan kedua terendah berbanding negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Kami telah membuat kajian bahawa selepas Singapura, Malaysia adalah negara kedua yang menjual tiket dengan harga terendah,” tambah Hamidin.

Terdahulu, pelbagai rungutan timbul dalam kalangan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang menganggap harga tiket yang diputuskan FAM itu adalah terlalu mahal.

Malah, Ahmad Shabery turut meminta FAM mengkaji semula harga tiket tersebut kerana dianggap mahal bagi penyokong-penyokong kedua-dua pasukan terutama yang kurang berkemampuan.

Kelmarin, sekumpulan penyokong Negeri Sembulan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket final itu.

Pada musim lepas, harga tiket final Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat duduk biasa dan RM50 bagi tempat duduk grandstand.

Aksi final Piala Malaysia 2011 yang menemukan Terengganu dengan Negeri Sembilan bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam, Sabtu ini.

Tuesday, October 25, 2011

BAWANG GORENG DICAMPUR STRAW




BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

MEE SEGERA PENYEBAB BARAH



Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

SYAMPU PENYEBAB BARAH KEPALA




Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

UDANG + VITAMIN C = RACUN



Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

SATAY - TIMUN = BARAH






Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

Monday, October 24, 2011

KELAB SEKS SEDUNIA


KELAB WANITA CANTIK
PRETTY WOMEN CLUB

Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.


Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

Sunday, October 23, 2011

PEREBUTAN RATU SEKS



Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.


Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.



“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi.

GAMBAR ARTIS MALAYSIA TUNJUKKAN PAHA, LURAH TETEK, GHAIRAH


ARTIS MALAYSIA MENGGHAIRAHKAN


ARTIS MALAYSIA TAYANGKAN PAHA


ARTIS MALAYSIA GHAIRAH

Saturday, October 22, 2011

MUAMMAR GADDAFI MATI


Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.

Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.

NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.

Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.

NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.

Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.

Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.

Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”

Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.

Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.

Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.

“Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.

Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC.

“Mayat Gaddafi bersama dengan unit kami di dalam sebuah kereta dan kami membawa mayat tersebut ke sebuah lokasi rahsia atas alasan keselamatan,” kata pegawai itu, Mohamed Abdel Kafi.

Bagaimanapun, stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa mayat Gaddafi telah tiba di Misrata.

Stesen televisyen satelit Al- Jazeera me laporkan jenazah Gaddafi kemudian ditempatkan di sebuah masjid di bandar Misrata, barat daya Libya.

Stesen-stesen televisyen dan beberapa saluran lain menunjukkan imej askar-askar mengelilingi sebuah lubang paip besar di bawah lebuh raya iaitu lokasi tempat Gaddafi ditemui dan membuat rayuan supaya dia jangan ditembak.

Sementara itu, anak kelima Gaddafi, Moutassem dan bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi ditangkap semalam di pelabuhan Sirte.

Kedua-duanya dibawa dari Sirte ke Misrata yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Tripoli.

Stesen-stesen televisyen di seluruh dunia menyiarkan Gaddafi selepas NTC menyatakan bahawa dia terbunuh.

Seorang pegawai NTC kemudian mengesahkan bahawa gambar tersebut adalah Gaddafi.


Thursday, October 20, 2011

BELI BINI ORANG



Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.



“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

Wednesday, October 19, 2011

MALAYSIA DILANDA HANTU SERAM


ISU filem tempatan yang membanjiri pawagam sejak kebelakangan ini menjadi bualan banyak pihak. Ia dikomen oleh banyak pihak termasuklah bekas Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira dua minggu lalu.

Filem-filem seram antara lain dikatakan banyak membawa implikasi kurang sihat ke atas pemikiran para penonton. Secara tidak langsung isu itu turut mengheret Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk tampil ke depan.

Ini kerana, PFM yang menaungi para penerbit filem tanah air berasa bertanggungjawab memperjelaskan isu tersebut. Ia juga dilihat sebagai salah satu cara PFM bagi membela ahli-ahlinya dalam menangani isu itu.

PFM tidak terkecuali memberikan pandangannya bagi mengurangkan kebanjiran filem-filem seram tempatan. Presiden PRM, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata, antaranya dengan menggunakan dana sedia ada.

Menurutnya, PFM mencadangkan agar para penerbit, pengarah atau penulis skrip diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek bagi menggalakkan mereka mencari jalan cerita selain daripada filem seram.

"Saya mahu mencadangkan agar golongan terbabit diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek atau Developement Fund Project yang telah disediakan sebelum ini. Ia sebagai suatu galakan untuk mereka.

"Daripada dana itu ia boleh digunakan bagi menjalankan penyelidikan supaya mereka dapat mencari idea dan jalan cerita yang lain selain daripada cerita-cerita seram. Penulis skrip paling utama dalam projek seperti ini.

"Dana sebanyak 15 hingga 20 peratus peruntukan daripada kos bajet pembikinan sesebuah filem itu boleh disaluran kepada golongan terbabit," katanya pada sidang akhbar di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi bersama Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim dan Naib Presidennya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan dalam dunia perfileman hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi menafikan berlakunya lambakan filem-filem seram sejak kebelakangan ini kerana katanya daripada 42 filem cereka tempatan yang dihasilkan tahun ini cuma terdapat 18 sahaja filem seram.

"Daripada jumlah 18 filem seram itu pula, hanya enam daripadanya adalah filem komedi seram. Jumlah filem-filem seram itu juga tidak termasuk filem-filem luar seperti daripada Thailand, Hong Kong ataupun Hollywood.

"Dalam hal ini, saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia membabitkan soal bisnes. Ahli-ahli PFM mempunyai hak untuk menghasilkan filem yang mereka suka mengikut pasaran semasa. Mereka semua mengikut trend.

"Mereka mempunyai data dan asas yang kuat berdasarkan realiti dan trend semasa dalam dunia perfileman. Kami memberi maklum balas dan data tentang kecenderungan para penonton termasuklah dalam filem seram," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu PFM bercadang untuk mengadakan pertemuan ataupun menghantar surat penjelasan kepada Dr. Mahathir bagi menjelaskan isu itu. Ia bagi menjaga kepentingan ahli-ahli PFM pada masa depan.

Selain itu, Shuhaimi juga berharap PFM akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit dalam industri ini bagi menyelesaikan isu itu. Antaranya dengan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak berkata, perbadanan itu memandang teguran Dr. Mahathir selain pada masa sama memahami tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh ahli-ahli PFM dalam menerbitkan filem.

"Finas akan mengumpulkan data-data untuk rujukan para penerbit filem. Pada masa sama kami juga akan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi berbincang bagaimana mahu menghasilkan lebih banyak genre filem.

"Contohnya dalam genre fiksyen sains yang masih belum banyak diterokai dalam industri perfileman di negara ini. Saya anggap lambakan filem seram hanya trend sahaja. Di negara Thailand, Korea dan Jepun trend itu semakin berkurangan," jelasnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails