SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, October 11, 2011

ARTIS JELITAWAN MALAYSIA BERSKANDAL


Sebelum ini memang pernah SS bercerita mengenai perangai pelakon jelita yang menimbulkan masalah dalam satu persembahan teater. Bukan setakat selalu mencari masalah dengan pelakon lain, malah si pelakon yang kini berstatus janda begitu sombong dan suka berlagak.

Tapi kali ini SS mendengar cerita dari satu sumber, khabarnya pelakon yang begitu pandai berlakon meraih simpati ini sudah menjalin hubungan dengan salah seorang pemuzik yang mengiringi pementasan teater lakonannya itu.
Memang umum mengetahui hubungan dia dengan jejaka kacak hingga menyebabkan perceraiannya, namun rupa-rupanya hubungan itu tidak bertahan lama.

Sebabnya memang SS pun tak pasti, namun sumber yang menyampaikan cerita ini mengesahkan hubungan itu tidak lagi semesra dulu kerana kononnya pelakon janda itu sudah tidak tahan lagi menanggung teman lelakinya.


Kali ini ada pula orang yang ternampak pelakon tadi keluar bersama dengan pemuzik. Nak kata si pemuzik tadi kaya raya, tidak juga kerana setahu SS, pelakon tadi memang materialistik juga memandangkan perkahwinannya dulu dengan seorang ahli perniagaan.


Menurut sumber SS lagi, pelakon tadi dilihat turun dari kereta pemuzik itu bersama-sama ketika menghadiri sesi latihan pementasan teater lakonannya di satu institut teater terkenal.

Lagak mereka memang mesra dan romantis persis pasangan kekasih. Jelas sumber SS lagi, kejadian itu turut dilihat beberapa tenaga produksi yang lain. Mung–kin juga si pelakon tadi sudah lebih menilai erti cinta sebenar dan tidak lagi menjadikan isu kewangan atau hartanah seseorang lelaki sebagai kriteria utama sebelum bercinta.

Namun bisik sumber SS lagi, jangan mudah percaya dengan pelakon ini kerana katanya, dia memang terkenal dengan strategi jahatnya.

Maklumlah sebaik bercerai, khabarnya nama dan reputasi pelakon itu bertambah busuk kerana bekas suaminya membongkar segala cerita mengenainya.

Lantas kali ini tidak mustahil dia cuba merancang sesuatu bagi memastikan nama dan reputasinya kembali pulih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails