SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, October 28, 2014

ISTERI RAMLI MS ALYAH




Sudah menjadi satu lumrah kehidupan, apabila seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain yang dilihat mempunyai kuasa atau kelebihan dalam sesebuah situasi, ia akan menimbulkan perasaan 'nakal' kepada orang lain.
Situasi itulah yang kini sedang dihadapi oleh Datin Alyah apabila dikatakan banyak menggunakan pe­ngaruh suaminya seorang pengarah muzik, Datuk Ramli MS untuk berada dalam posisi selesa duduk di dalam industri muzik tempatan. Selain dilihat mampu mempunyai kualiti album yang hampir sempurna pada masa akan datang atas bantuan suaminya yang akan menghasilkan album tersebut dengan baik, Alyah juga dikatakan senang menembusi mana-mana pencalonan muzik sedia ada berbekalkan kepakaran suaminya itu sebagai juri.
Tidak melatah dengan dakwaan itu, tegas Alyah, dia tidak pernah mencampur-adukkan antara hal kerja dan peribadi.






SHARIFAH SYAKINAH BERTUNANG DENGAN ALIFF ADHA JAMIL




“SARIFAH SYAKINAH mula jatuh hati dengan Aliff sewaktu pertama kali berjumpa dan bertentang mata dengannya selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sekitar bulan Februari lalu,” getus pelakon Sharifah Sakinah ringkas usai majlis pertunangannya bersama jejaka bernama Aliff Adha Jamil, 26, di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tuan empunya nama, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, dilihat begitu bijak merahsiakan rencana cintanya bersama Aliff daripada pengetahuan khalayak umum. Tanpa ‘angin kencang’, pelakon telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu terus mengumumkan tarikh pertunangannya beberapa minggu lalu.
Berbicara tentang bunga-bunga cinta yang berputik antara mereka berdua Sakinah berkata, ianya bermula selepas Aliff menyertai program senaman dan kesihatan anjurannya, Fitnessakinah.
“Kami berdua berjumpa setelah diperkenalkan oleh seorang kawan rapat. Selepas berjumpa, kami kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan terus berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas.
“Waktu itu, Aliff tidak sekurus ini dan badannya kelihatan sedikit berisi. Saya terus menawarkan diri untuk melatih dan menolongnya untuk menurunkan berat badan.
“Daripada perkenalan itu, saya mula jatuh hati padanya. Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira apabila kami telah diikat sebagai pasangan tunang secara rasmi pada malam ini,” ujarnya sambil memberitahu program kesihatannya itu sedikit sebanyak membuka laluannya bertemu dan mengenali jejaka yang kini bergelar tunangnya.

Wednesday, August 27, 2014

HARGA RUMAH DIJANGKA NAIK


Bukan dijangka tapi memang akan naik...

When GST starts to implement, my prediction comes true....
The gap between rich and poor people becomes bigger...
The number of middle class will slightly decrease...

Kalau tak nak bekerja keras untuk hidup senang dan mewah, bekerja keraslah untuk selesaikan hutang...hutang...hutang...

Takut mati nanti mata tak tutup...hutang bertimbun..hutang yg diwarisi pada anak cucu.

Bukan nak mengajak jadi kaya tapi nak ajak jom selesaikan hutang...

Kata2 di atas dituju pada diri sendiri

GAMBAR BERBOGEL DUA MODEL






DUA model, Low Kah Wai, 27, (kiri) dan How Jo Yee, 21, yang mencetuskan kontroversi berjalan dalam keadaan separuh bogel di Ipoh Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini kerana menimbulkan kegusaran awam. - Foto L Manimaran

BERKAHWIN BERBOGEL


Saturday, August 23, 2014

MALAYSIA, DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA : SAJAK DALAM BAHASA IBAN




Bercurak mansau
tanda megah
bujang berani kempang
ngenyan sangkuh sumpit
mansang kitai mansang
Kuala Lumpur, Kuching, Putrajaya, Kota Kinabalu
nyadi ke tanda
kitai merdeka

Sains enggau teknologi
berpun, berpanggai, dikerembai
ari pemintar, pemandai, pengelandik
ngadakan mensia ti menyana
ti ulih megai menua
maju Malaysia 


Digaga
Cikgu Sidi
SMK Bandar Bintulu 

Thursday, August 21, 2014

AMYRA ROSLI PUTUS TUNANG





SETELAH terpaksa membatalkan perkahwinan mereka pada 8 Ogos lalu, status pertunangan pelakon Amyra Rosli dan Dazrin Kamarudin menjadi tanda tanya.
Namun, segala persoalan terjawab apabila Amyra mengakui bahawa dia kini bersendirian.
Kontroversi Amyra dan Dazrin menjadi hangat sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua belah pihak bertindak mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai status pertunangan mereka itu.
Namun demikian, Amyra yang tidak mahu memanjangkan isu tersebut menegaskan bahawa dia kini tidak lagi terikat dengan sesiapa.
Ikuti kenyataan terkini Amyra yang dihubungi Kosmo!, semalam.
Kosmo!: Apakah status terkini hubungan Amyra dengan tunang anda, Dazrin selepas kalian terpaksa membatalkan perkahwinan yang dijadualkan pada 8 Ogos lalu?
AMYRA: Pada mulanya, saya enggan memberikan penjelasan lanjut kerana isu perkahwinan dan pertunangan yang merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya kini bersendirian dan tidak terikat dengan siapa-siapa. Sememangnya saya akui, ia keputusan yang sangat berat buat kami berdua, namun segalanya telah tertulis. Lagipun, masih banyak lagi yang masih belum dikecapi termasuk bidang karier seni dan kehidupan kami.
Kenapakah anda mengambil keputusan tersebut memandangkan kalian sudah lama saling kenal mengenali antara satu sama lain?
Apa yang boleh saya katakan di sini, kami sama-sama setuju untuk tidak terikat lagi. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran buat kami. Saya berharap semua dapat menghormati keputusan ini.
Selepas tidak lagi terikat, bagaimanakah hubungan terkini anda dengan Dazrin?
Kami masih lagi berhubung antara satu sama lain dan dia juga masih lagi menghubungi ibu saya. Namun, segalanya berkaitan hal kerja sahaja. Apapun, hubungan antara keluarga saya dan dia masih baik seperti sebelum ini dan mereka sangat memahami.
Sesetengah pihak mendakwa anda mempunyai hubungan dengan pihak ketiga ketika bersama Dazrin, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?
Saya menafikan sama sekali kenyataan itu memandangkan semasa saya dengan Dazrin, dia selalu bersama saya dan tahu mengenai pergerakan saya. Tidak mungkin saya bersama orang lain. Selepas kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, saya masih lagi belum mempunyai pengganti dan saya masih belum terfikir untuk mempunyai teman lelaki buat masa terdekat ini.
Selepas memutuskan hubungan dengan Dazrin. Apakah perancangan masa hadapan anda?
Buat masa sekarang, saya enggan memikirkan mengenai teman lelaki. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada karier seni. Kebelakangan ini, rezeki saya dalam bidang lakonan bertambah dan saya sangat bersyukur apabila pihak produksi mula memandang kebolehan saya dengan memberi watak yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Apakah perkembangan terbaharu anda dalam karier seni?
Selain muncul dalam drama Kristal Maya yang kini sedang ditayangkan diTV3, saya kini sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie berjudul Kereta Kita yang dijadualkan untuk ditayangkan menjelang Hari Malaysia pada 16 September. Selain itu, saya juga kini bersiap sedia untuk menjalani penggambaran drama Antara Cinta Arrisa.

AWIE BERCINTA DENGAN MAYA KARIN

BETUL KE AWIE BERCINTA DENGAN MAYA KARIN?

CUMA DALAM
teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur

PADA sidang akhbar pementasan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, kelihatan sosok tubuh Awie yang agak susut berbanding sebelumnya.
Ketika bertemu dengannya sebaik sahaja majlis berakhir, Awie tidak menafikan perkara tersebut. Malah, dia memberitahu, ukuran pinggangnya kini sudah menjadi 30 inci (76 sentimeter), berbanding 36 inci (91 sentimeter) beberapa bulan yang lalu.
Apabila ditanya tentang tubuhnya yang semakin susut, dia sekadar berkias dengan memberitahu semuanya berlaku lantaran kesibukannya di lokasi penggambaran dan menguruskan anak-anak.
“Tidak dinafikan, pada bulan puasa lalu aktiviti harian saya agak padat. Biasanya saya akan memasak dan bersahur bersama-sama anak-anak, kemudian pada sebelah siang saya terbabit dengan penggambaran filem Upin Ipin.
“Selepas itu, saya akan pulang ke rumah dan berbuka puasa dengan anak-anak. Kemudian, saya akan menyambung semula kerja-kerja saya.
“Sehinggakan ada masanya saya terlupa hendak makan. Saya tidak menimbang berat badan, tetapi sedar dengan perubahan tubuh saya ini,” jelasnya yang sekali lagi membawakan watak Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari selepas pementasan pertama, Supermokh Sebuah Muzikal pada tahun lalu.
Biarpun sudah memberikan penjelasan mengenai tubuhnya yang susut, Awie turut ditanya sama ada ia turut berpunca daripada permasalahan rumah tangga dengan Rozana Misbun yang dihadapinya sekarang ini.
Dengan wajah yang agak serius, dia mengakui bahawa masalah berkenaan juga antara yang menjadi faktor utama di sebalik perubahan tubuh badannya itu sehingga dia pernah mengambil keputusan untuk berehat.
“Sebenarnya pada peringkat awal saya menolak untuk terbabit dengan pementasan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging dan saya suarakan perkara ini kepada Hans Isaac selaku penerbit dan pengarah kerana bimbang emosi akan terganggu.

“Ketika itu saya berputus asa apabila berhadapan dengan dugaan yang sangat berat. Saya hanya menerima tawaran berkenaan setelah mendapat titah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” ujar pelakon berusia 46 tahun itu.
Selain pernah menolak membintangi pementasan teater berkenaan, Awie mendedahkan dia turut enggan menerima tawaran bagi membintangi filem Upin Ipin dan Warna Cinta Impian.
Jelasnya, dia bimbang sekiranya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen yang diperlukan, tetapi kata-kata semangat yang diberikan oleh penerbit kedua-dua filem tersebut telah membuka pintu hatinya.
“Penerbit filem Warna Cinta Impian memberitahu, sekiranya saya tidak berlakon, dia enggan menerbitkan filem berkenaan. Saya akui agak terkejut dan berasa ia merupakan satu penghargaan dan peluang yang tidak harus dilepaskan.
“Setelah difikirkan semasak-masaknya saya perlu ada pekerjaan bagi menyara kehidupan anak-anak. Itu yang membuatkan saya mahu kembali bangkit, biarpun terpaksa berhadapan masalah yang besar,” tegasnya.
Jelasnya, segala dorongan dan kata-kata semangat yang diterimanya itu telah memulihkan semangatnya untuk terus bekerja dan mencari nafkah serta peluang yang diraihnya itu tidak akan disia-siakan sama sekali.
Utamakan anak
Bercerita tentang kehidupan yang dilaluinya sekarang ini, Awie menjelaskan, dia kini lebih fokus untuk membesarkan kelima-lima anaknya iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, Puteri Aleefa Antasha, 12, Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.


Ujarnya, dia akan melakukan apa sahaja demi melihat anak-anaknya itu hidup dalam suasana yang bahagia serta sama sekali tidak akan berpisah dengan mereka biar apa pun yang terjadi.
“Anak-anak merupakan sumber kekuatan untuk saya terus menjalani kehidupan ini dan mahu bersama mereka sepanjang masa. Tanpa mereka, rasanya mungkin saya boleh mati dah hidup seperti sudah tidak bermakna.
“Selama ini, segala yang saya lakukan semata-mata mencari harta untuk anak-anak. Kini, saya akan berjuang habis-habisan dan menuntut kembali hak yang sepatutnya menjadi milik mereka,” luahnya.
Pada masa sama, Awie enggan mengulas lanjut berhubung kemelut rumah tangga yang dihadapi bersama isterinya itu memandangkan kes yang berlaku sekarang ini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
“Saya tidak kisah berkongsi luahan hati saya ini, asalkan ia tidak menyentuh pihak yang satu lagi. Saya cuma boleh berkongsi cerita yang membabitkan diri saya dan selebihnya terpulang kepada penilaian masing-masing apabila kes ini dibicarakan nanti,” ujarnya.
Bimbang
Bercerita lebih lanjut tentang pementasan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 8 hingga 21 September ini, Awie menyatakan dia berasa teruja apabila kembali diberi peranan utama.
Bagaimanapun, dia tidak menyembunyikan rasa bimbangnya untuk pementasan yang kedua ini sekiranya gagal menampilkan persembahan yang baik seperti pementasan yang pertama dahulu.
“Persiapan kali ini agak lebih mudah berbanding dahulu dan saya cuba ingat semula cara pementasan yang lepas. Namun begitu, perasaan berdebar itu tetap ada menjelang hari pementasan.
“Apabila memegang watak sebagai seorang tokoh yang dikagumi seperti arwah Mokhtar Dahari, perasaan bangga itu memang ada diri saya. Lagipun, peluang sebegini bukan mudah untuk diperoleh,” ujarnya.
Sementara itu, Maya Karin yang membawakan watak sebagai Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim yang juga isteri Mokhtar ketika ditemui berkata, dia juga pernah menolak untuk berlakon dalam pementasan teater berkenaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails