SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Thursday, August 21, 2014

AMYRA ROSLI PUTUS TUNANG





SETELAH terpaksa membatalkan perkahwinan mereka pada 8 Ogos lalu, status pertunangan pelakon Amyra Rosli dan Dazrin Kamarudin menjadi tanda tanya.
Namun, segala persoalan terjawab apabila Amyra mengakui bahawa dia kini bersendirian.
Kontroversi Amyra dan Dazrin menjadi hangat sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua belah pihak bertindak mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai status pertunangan mereka itu.
Namun demikian, Amyra yang tidak mahu memanjangkan isu tersebut menegaskan bahawa dia kini tidak lagi terikat dengan sesiapa.
Ikuti kenyataan terkini Amyra yang dihubungi Kosmo!, semalam.
Kosmo!: Apakah status terkini hubungan Amyra dengan tunang anda, Dazrin selepas kalian terpaksa membatalkan perkahwinan yang dijadualkan pada 8 Ogos lalu?
AMYRA: Pada mulanya, saya enggan memberikan penjelasan lanjut kerana isu perkahwinan dan pertunangan yang merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya kini bersendirian dan tidak terikat dengan siapa-siapa. Sememangnya saya akui, ia keputusan yang sangat berat buat kami berdua, namun segalanya telah tertulis. Lagipun, masih banyak lagi yang masih belum dikecapi termasuk bidang karier seni dan kehidupan kami.
Kenapakah anda mengambil keputusan tersebut memandangkan kalian sudah lama saling kenal mengenali antara satu sama lain?
Apa yang boleh saya katakan di sini, kami sama-sama setuju untuk tidak terikat lagi. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran buat kami. Saya berharap semua dapat menghormati keputusan ini.
Selepas tidak lagi terikat, bagaimanakah hubungan terkini anda dengan Dazrin?
Kami masih lagi berhubung antara satu sama lain dan dia juga masih lagi menghubungi ibu saya. Namun, segalanya berkaitan hal kerja sahaja. Apapun, hubungan antara keluarga saya dan dia masih baik seperti sebelum ini dan mereka sangat memahami.
Sesetengah pihak mendakwa anda mempunyai hubungan dengan pihak ketiga ketika bersama Dazrin, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?
Saya menafikan sama sekali kenyataan itu memandangkan semasa saya dengan Dazrin, dia selalu bersama saya dan tahu mengenai pergerakan saya. Tidak mungkin saya bersama orang lain. Selepas kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, saya masih lagi belum mempunyai pengganti dan saya masih belum terfikir untuk mempunyai teman lelaki buat masa terdekat ini.
Selepas memutuskan hubungan dengan Dazrin. Apakah perancangan masa hadapan anda?
Buat masa sekarang, saya enggan memikirkan mengenai teman lelaki. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada karier seni. Kebelakangan ini, rezeki saya dalam bidang lakonan bertambah dan saya sangat bersyukur apabila pihak produksi mula memandang kebolehan saya dengan memberi watak yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Apakah perkembangan terbaharu anda dalam karier seni?
Selain muncul dalam drama Kristal Maya yang kini sedang ditayangkan diTV3, saya kini sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie berjudul Kereta Kita yang dijadualkan untuk ditayangkan menjelang Hari Malaysia pada 16 September. Selain itu, saya juga kini bersiap sedia untuk menjalani penggambaran drama Antara Cinta Arrisa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails