SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, February 10, 2012

FASHA SANDHA BERKAHWIN DENGAN JEJAI



Semalam Murai Batu ada menyiarkan kisah pelakon popular dan jelita Fasha Sandha yang khabarnya telah memohon tajaan daripada dua pereka terkenal untuk pakaian perkahwinannya bersama Toh Muda Rizal atau Jejai.

Setelah diselidik dengan lebih terperinci, barulah Murai Batu dapat tahu cerita sebenarnya.

Menurut sumber terdekat yang memberi tahu Murai Batu, bukan Fasha Sandha yang memohon tajaan sebaliknya dia dan pasangannya ada menerima lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan itu.

Sumber itu memberi tahu, kerana mereka mahu perkahwinan itu diserikan dengan hasil keringat mereka sendiri.

Jelas sumber itu lagi, antara pereka fesyen yang telah datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.

Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut.

Terang sumber Murai Batu, semua itu ditolak dengan baik oleh Fasha mahupun Jejai, kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.

Ya baru Murai Batu ingat sekarang. Fasha sendiri pernah memberitahu kepada salah seorang team portal murai.com.my bahawa dia tidak mahu dirinya ditaja oleh sesiapa kerana mahu segalanya dilakukan mengunakan hasil titik peluhnya sendiri.Barulah puas hati, katanya.

Sumber itu memberi tahu juga, Fasha juga telah menempah dan membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.

Bercerita mengenai solekan pada hari perkahwinannya kelak, Fasha tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan kelainan di hari bahagianya. Malah itu juga merupakan permintaan daripada bakal suaminya. Barulah Murai Batu faham dan jelas.

Harapan Murai Batu agar Fasha tidak berkecil hati dengan kenyataan yang Murai Batu keluarkan semalam. Jangan marah ya Fasha nanti hilang seri pengantin.

Kalau nak tahu, Murai Batu pernah cuba menghubungi Fasha, namun tidak dapat kerana khabarnya dia sedang sibuk dengan penggambaran drama.

Mungkin juga berita semalam yang sampai pada Murai Batu disampaikan oleh pihak yang cuba memburuk-burukkan Fasha dan bakal suaminya.

Pesan Murai Batu marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan Fasha dan Jejai kerana mereka berdua melakukan perkara yang baik dan kita seharusnya mendoakan yang terbaik untuknya. Tak gitu Fasha

Monday, February 6, 2012

SEJARAH BOLA SEPAK: KHAIRUL FAHMI CHE MAT


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.
Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.
“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.
Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

“Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,” katanya.

SKANDAL SHABERY CHEEK


SKANDAL rasuah yang kembali menggamit kancah bola sepak tanah air perlu diselidik puncanya hingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dia mengalu-alukan ketegasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih skuad Piala Presiden namun tanggungjawab kini adalah mencari penyelesaian perkara itu tidak berulang.
“Ini adalah satu skandal yang memalukan sukan tanah air. Kita mahu semua pihak termasuk FAM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis berusaha mencari sebab terjadinya perkara itu.
“Sekarang ini kita perlu bertindak dan tangani gejala rasuah daripada pelbagai aspek termasuk soal pembayaran gaji atau pun kelemahan kewangan persatuan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia 2012, semalam.

Mengenai kejohanan powerlifting selama lima hari yang bermula, semalam, Shabery berharap atlit negara dapat mengambil kesempatan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Paralimpik 2012 di London menerusi kejohanan itu.

“Atlit negara boleh mengambil kesempatan bertanding di tempat sendiri memperoleh mata kelayakan. Cabaran negara lain tidak kurang hebat dengan Kazakhstan dan Iran antara pesaing hebat,” katanya mengenai kejohanan disertai 15 negara itu.

ANAK DAN BAPA BERKAHWIN


Cuti umum sempena Maulidur Rasul, semalam, tidak hanya memberi makna besar kepada umat Islam tempatan apabila meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya kegembiraan berganda kepada sebuah keluarga di Kampung Kubu Gajah, di sini.

Keluarga itu mengambil berkat tanggal 12 Rabiulawal untuk meraikan bukan sepasang pengantin baru, bahkan dua iaitu anak dan bapa yang disandingkan serentak di hadapan 1,000 jemputan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor.


Malah, tertera di kad undangan perkahwinan, tuan rumah diwakili Nur’ Aziyan Zainal Abidin, 33, yang juga anak sulung dalam keluarga itu mengundang tetamu ke majlis meraikan bapanya, Zainal Abidin Nordin, 60, yang naik pelamin bersama adik perempuan, Nur’ Rushda, 25.

Nur’ Aziyan ketika ditemui berkata, seluruh ahli keluarganya sangat gembira kerana majlis dirancang berlangsung meriah, malah dia tidak hanya mendapat ibu baru iaitu Noor Aliza Ahmad, 50, malah adik ipar, Mohd Firdaus Mohd Husin, 27, yang juga penjawat awam.


“Ayah (Zainal Abidin) bernikah dengan ibu (Noor Aliza) pada 5 Januari lalu, tetapi tiada majlis diadakan dan atas sebab itu kami sekeluarga merasa perlunya mereka dirai dalam majlis perkahwinan Nur’ Rushda yang dirancang pada hari ini (semalam).


“Kami adik-beradik seramai enam orang mahukan ayah berkahwin semula selepas ibu meninggal dunia pada Aidilfitri ketujuh tiga tahun lalu dan hari ini semuanya menjadi kenyataan, memang kami gembira.


“Ayah sudah ada orang yang boleh menjaganya dan kami percaya ibu tiri mampu menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Dia calon sesuai untuk ayah kami walaupun pertemuan mereka diatur Nur’ Rushda yang berkawan dengan anak ibu.


“Lagipun, kedua-duanya pun kematian pasangan pada Aidilfitri tahun sama. Jadi tiada halangan untuk hidup bersama,” katanya. Menceritakan bibit pertemuan itu, Nur’ Aziyan berkata, sebelum ayahnya berkenalan dengan Noor Aliza setahun lalu, mereka adik-beradik sepakat menguji ibu tirinya menggunakan pelbagai cara terutama menerusi masakan dan cara mengemas rumah.

“Ayah sangat cerewet, jadi kami menguji ibu dengan masakan dan cara dia mengemas rumah. Selepas mendapati dia sangat penyabar dan bijak melayani kehendak ayah membuatkan kami merasa dia calon paling sesuai, malah ayah terbuka hati untuk berkahwin lagi,” katanya.

HANS ISAAC BERCINTA DENGAN NEELOFA


BETUL ATAU TIDAK??

SEBELUM ini SS pernah mendengar gosip Hans Isaac bercakap loghat Kelantan dalam satu pelancaran filem seram arahan Afdlin Shauki. Kata Hans ketika itu, dia hanyalah tersasul, bukan sebab sedang bercinta dengan aktres cantik Neelofa.

Cerita terbaru SS dengar mengenai Hans, dia kelihatan bersama lagi dengan Neelofa pada tayangan malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Hans sebelum ini pernah menafikan dia bercinta dengan pelakon dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Dia memberi alasan sekadar berkawan, tapi sekarang SS tengok mereka macam semakin mesra pula. Malah malam itu, ramai melihat mereka datang bersama.

Neelofa sendiri turut membuat kenyataan dalam sebuah Melodi di TV3. Dia juga menafikan sedang bercinta dengan Hans dan seperti biasa hanya berkawan. Tak mengapalah, kita tunggu dan lihat, kalau untung sabut, timbullah. Untung batu, tenggelam.



Sementara itu, Sabtu lalu, ada peminat ternampak Rozita Che Wan (Che Ta) jalan bersama dengan Shahir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, KL. Yang tak tahan tu kata peminat, mereka jalan sambil pegang-pegang tangan. Hai, betul ke?


Itu pun satu lagi. Dah berapa kali asyik menafikan tetapi masih juga keluar bersama nampaknya. SS bukannya cemburu malah SS lagi suka kalau rakan artis kita ini jadi pasangan kekasih. Kalau mereka hangat bercinta SS juga yang dapat cerita menarik untuk peminat. Betul tak?

ISTERI TUA TUMBUK MADU TEPI JALAN


Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya berseorangan di tepi jalan kawasan berkenaan manakala suami mereka menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar ‘medan perang’ apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.

Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.



Katanya, mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

KESERASIAN ANTARA NABIL RAJA LAWAK DENGAN KENCANA DEWI




HAMPIR sebulan berkolaborasi bersama, Halim Othman, Nabil Raja Lawak mahupun Kenchana Devi mengaku masih mencari keserasian antara satu sama lain. Malah, proses menyesuaikan diri masih berlangsung kepada ketiga-tiga penyampai radio Suria FM tersebut dalam mengendalikan segmen Breakfast@Suria dari pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Atas sebab itu, Halim yang bertindak sebagai 'kapten' untuk segmen Breakfast@Suria merasakan perkenalan mereka bukan sahaja perlu berlangsung di konti radio tetapi juga di luar konti radio.

Apakah maksud Halim itu? Dan bagaimana pula perasaan Nabil dan Kenchana sejak menjadi penyampai Suria FM?

Sebelum ini, Breakfast@Suria dikendalikan oleh Halim, Shahira dan Bob. Bagaimanapun, Shahira mengambil langkah mengundur diri daripada menjadi penyampai radio Suria FM selepas kontraknya bersama radio itu tamat.

Suria FM kemudiannya mengundang Nabil Raja Lawak dan Kenchana Devi untuk mengendalikan segmen tersebut bersama Halim dalam usaha untuk terus menarik lebih ramai pendengar.

Kosmo! berpeluang bertemu dengan ketiga-tiga penyampai Suria FM itu sekali gus menyelak diari kerjaya mereka sebagai penyampai radio.

Halim disiplinkan Nabil, Kenchana

Bagi Halim, 46, proses untuk mendapatkan keserasian dengan Nabil dan Kenchana tidak jauh bezanya seperti penyampai terdahulu iaitu Sharifah Shahira dan Bob.

"Saya cuba berkenalan dengan Nabil dan Kenchana untuk mendapatkan keserasian. Proses perkenalan itu bukan sahaja berlangsung di konti radio tetapi juga di luar. Kami akan keluar makan bersama. Sama seperti mula-mula saya cuba untuk mendapatkan keserasian dengan Shahira dan Bob.

"Setakat ini saya akui baru nak sesuaikan diri dengan Kenchana dan Nabil. Saya akan cuba sesuaikan diri saya dengan personaliti mereka dan mereka juga kena begitu. Namun, saya akui selama sebulan bersama Nabil dan Kenchana saya lihat mereka sangat berkebolehan," ujar Halim ketika ditemui di pejabat Suria FM baru-baru ini.

Menurut Halim, pemilihan Nabil dan Kenchana untuk segmen Breakfast@Suria adalah sesuai kerana setiap pagi pendengar memerlukan keceriaan sewaktu mereka sedang memandu ke tempat kerja.

Berkongsi pendapat tentang Nabil dan Kenchana, tutur Halim, Nabil boleh dianggap bukan seperti pelawak biasa kerana dia memiliki idea-idea yang bagus. Begitu juga Kenchana apabila membawa satu budaya lain iaitu India kepada Suria FM.

"Pendapat saya, saya rasa Nabil bukan pelawak biasa kerana dia ada point dalam melawak dan lawak dia boleh dianggap lawak antarabangsa. Kenchana pula membawa satu budaya baharu iaitu India pada Suria FM yang sebelum ini dimonopoli oleh penyampai Melayu. Dia juga pandai berkata-kata dan fasih bahasa Melayu," tuturnya jujur mengenai rakan penyampainya dalam segmen yang dikendalikan bersama.

Bagaimanapun, Halim yang dilantik menjadi 'Kapten' harus memastikan kedua-dua penyampai baharunya itu berdisiplin dalam mengeluarkan kata-kata lawak kepada pendengar.

"Mereka kena tahu had mereka dalam berkata-kata atau melawak. Sebabnya, dalam Breakfast@Suria terdapat pelbagai segmen lain dan juga peraduan untuk pendengar.

"Selain itu, kalau penyampai radio berterusan membuat lawak takut nanti intipati atau benda-benda keutamaan seperti maklumat penting tidak kesampaian.

"Tanggungjawab kami bukan sekadar membuat lawak setiap pagi tetapi memberi informasi berkaitan dengan hal-hal isu semasa," ujarnya yang kini genap 12 tahun menjadi penyampai radio.

Ditanya tidakkah dia tergugat dengan Nabil kerana pelawak itu mempunyai jumlah peminat yang ramai, Halim menolak tanggapan itu malah menganggap pengambilan Nabil dan Kenchana sebagai rakan kontinya dapat memberi keceriaan seterusnya memberinya lebih tenaga mengendalikan segmen itu bersama.

"Saya tidak berasa tergugat langsung dengan kehadiran mereka sebaliknya gembira kerana dapat mengendalikan segmen ini dengan dua orang yang berbakat besar.

"Setakat ini saya suka dengan personaliti Nabil yang ada semangat untuk belajar sebagai penyampai radio yang bagus. Begitu juga dengan Kenchana. Cuma saya harap apa yang dipersembahkan nanti seimbang," ungkapnya lagi.

Kenchana ajar bahasa Mandarin

Bagi pelakon komedi yang popular menerusi sitkom Puteri di TV3, Kenchana Devi, 37, dia teruja menerima tawaran sebagai penyampai radio Suria FM kerana selain dapat mengembangkan sayapnya dia ingin mencabar sejauh mana kebolehannya untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dicubanya.

Pelakon, penerbit, penulis skrip dan pelawak itu juga mengaku, sudah tiba masanya dia membuktikan walaupun bukan Melayu, dia boleh menarik pendengar menerusi celotehnya bersama Nabil dan Halim.

"Saya sudah cuba semua bidang seperti berlakon, mengacara, menulis skrip dan melawak tetapi tidak sebagai penyampai radio. Jadi, bila peluang ini datang kepada saya, ia tidak harus disia-siakan," ujarnya teruja dan pada masa yang sama mengaku berdepan dengan cabaran sebagai penyampai radio.

Ujar Kenchana, cabaran paling besar apabila dia perlu menceriakan pendengar dan dalam masa yang sama tahu apa yang perlu dan tidak perlu dituturkan kepada pendengar.

"Tugas sebagai penyampai radio adalah untuk menceriakan semua pendengar. Jadi, saya kena tahu apa yang sesuai dicakapkan supaya apa yang saya cakap mereka boleh terima," ujarnya yang turut memberi cadangan untuk mengadakan kelas bahasa dalam Breakfast@Suria.

Selain mengendalikan segmen panggilan 'Adoi Ai' iaitu segmen mengenakan orang bersama Nabil dalam Breakfast@Suria, Kenchana turut mengendalikan kelas bahasa Tamil dan Inggeris untuk para pendengar.

BECKHAM BERBOGEL




SEJAK memiliki anak perempuan, David Beckham mengakui dia kini tidak lagi berjalan sambil berbogel di kediaman mewahnya di Los Angeles. Suami bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham itu berkata: "Zaman bogel saya sudah berlalu. Saya boleh berjalan dalam persekitaran kediaman saya (di Los Angeles) dengan hanya memakai seluar dalam, tapi berbogel tidak sama sekali.

"Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi sesuai."

Hasil daripada perkahwinannya dengan Victoria, dia kini mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12, Romeo, sembilan, dan Cruz, enam tahun, serta anak perempuan, Harper yang kini mencecah usia enam bulan.

Beckham, 36, mengeluarkan kenyataan tersebut pada majlis pelancaran koleksi seluar dalam lelaki jenama H&M di London baru-baru ini. Dalam pada itu, Beckham mengakui dia dihimpit perasaan malu apabila anak-anaknya itu melihat foto dirinya yang menjadi model seluar dalam.

"Setiap kali melihat saya dalam paparan iklan seluar dalam, anak-anak saya akan berkata, 'Oh tidak, ayah lagi! (muncul dalam iklan seluar dalam)'. Mereka seperti 'Ayah kelihatan hebat tetapi semua orang tengok ayah pakai seluar dalam'. Malu saya dibuatnya," tutur Beckham.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails