SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Monday, February 6, 2012

SKANDAL SHABERY CHEEK


SKANDAL rasuah yang kembali menggamit kancah bola sepak tanah air perlu diselidik puncanya hingga ke peringkat akar umbi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dia mengalu-alukan ketegasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung 18 pemain dan seorang jurulatih skuad Piala Presiden namun tanggungjawab kini adalah mencari penyelesaian perkara itu tidak berulang.
“Ini adalah satu skandal yang memalukan sukan tanah air. Kita mahu semua pihak termasuk FAM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis berusaha mencari sebab terjadinya perkara itu.
“Sekarang ini kita perlu bertindak dan tangani gejala rasuah daripada pelbagai aspek termasuk soal pembayaran gaji atau pun kelemahan kewangan persatuan itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia 2012, semalam.

Mengenai kejohanan powerlifting selama lima hari yang bermula, semalam, Shabery berharap atlit negara dapat mengambil kesempatan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Paralimpik 2012 di London menerusi kejohanan itu.

“Atlit negara boleh mengambil kesempatan bertanding di tempat sendiri memperoleh mata kelayakan. Cabaran negara lain tidak kurang hebat dengan Kazakhstan dan Iran antara pesaing hebat,” katanya mengenai kejohanan disertai 15 negara itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails