WAWA ZAINAL
AERIL ZAFRIL
Semua penafian tentang pernikahan
membabitkan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril akhirnya terjawab pada Jumaat
lalu. Mereka mendakwa sandiwara itu gara-gara mahu menjaga kedudukan Wawa yang
terikat bawah kontrak sebagai artis MIG milik David Teo.
Bukan sahaja mengakui tentang
pernikahan mereka malah Aeril dan Wawa membuat kejutan dengan mendakwa mereka
sebenarnya telah bernikah dua kali dalam tempoh setahun.
Pelakon yang mengadakan sidang media
di Neo Damansara, Damansara, Selangor itu menjelaskan bahawa tindakan mereka
menyorokkan pernikahan tersebut adalah atas alasan mahukan privasi.
Aeril menegaskan bahawa dia tidak
berbohong dan menyorokkan perkahwinan tersebut, namun melakukan hal sedemikian
atas menjaga karier masa depan isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin dalam dunia
lakonan.
"Saya tidak berbohong kepada
media dan peminat. Cuma saya menafikan apabila ditanya tentang perkahwinan
kerana saya ada sebab.
"Ia terpaksa dirahsiakan demi
Wawa kerana dia masih mengikat kontrak dengan syarikat MIG (Metrowealth) serta
tentang undang-undang syarikat itu yang melarang pelakonnya bercinta,"
kata pemilik nama penuh Suhairil Suhari itu.
Bagaimanapun perkahwinan sorok-sorok
tersebut mula diketahui umum apabila apabila sebuah akhbar pada Ahad lalu
mengesahkan pasangan itu telah bernikah pada Februari lepas dan memperolehi
cahaya mata bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada Ogos baru-baru ini.
Merungkai 'penipuan' yang dilakukan
demi merahsiakan perkahwinan itu, Aeril, 26, menjelaskan bahawa mereka
sebenarnya telah bernikah sejak Februari 2012 lagi.
"Kami bernikah pada 25 Februari
2012, tetapi tidak didaftarkan. Kami bernikah di kediaman pengurus (Shahriman
Wahab) yang terletak di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya (Selangor). Kami
dinikahkan seorang imam dari Sabah dan turut disaksikan ayah Wawa. Kami juga
ada bukti tentang pernikahan itu.
"Pernikahan pertama tidak
didaftarkan kerana Wawa meminta izin untuk tidak berbuat demikian kerana tidak
mahu pihak pengurusannya tahu tentang hal itu.
"Namun, setelah saya dapat tahun
bahawa Wawa sudah hamil dua bulan pada Februari lepas kami membuat keputusan
untuk mendaftarkan pernikahan agar tidak menimbulkan tanda tanya mengenai
status anak kami. Seterusnya kami bernikah kali kedua mengikut undang-undang
pada 4 Februari 2013.
No comments:
Post a Comment