SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, May 7, 2011

ARTIS PERASAN

PEPATAH Melayu mengatakan sudah menjadi rasmi padi semakin berisi semakin tunduk. Maksudnya, kalau kita bagus macam manapun janganlah kita bongkak dan meninggi diri. Lebih baik kita merendah diri dan biarlah orang lain yang memuji dan bukan kita yang angkat bakul sendiri.

Cerita artis yang suka angkat bakul sendiri dan bongkak inilah yang disampaikan seorang rakan kepada SS, baru-baru ini.
Kata rakan SS, semua pelakon dan kru di lokasi penggambaran drama termasuklah jurusolek sudah bosan dan meluat dengan sikap artis wanita ini yang suka memuji suaminya sendiri, sejak kebelakangan ini.

Bukannya orang tak tahu pun siapa suaminya itu dan setakat manapun kehebatannya itu. Memang dia berbakat tapi tidaklah setampan dan sehebat Remy Ishak.


Puji-pujiannya itu tinggi melangit dan suaminyalah pelakon yang paling hebat di persada hiburan tanah air ketika ini. Kalau puji sekali tu, mungkin orang boleh terima kerana suaminya sudah lama berlakon tapi baru sekarang bakatnya diiktiraf orang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails