SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, May 2, 2011

ARTIS MENGANDUNG?

ARTIS MENGANDUNG BERMULUT LANCANG 

Terkejut beruk SS mendengar cerita mengenai seorang penyanyi yang juga pelakon ini. Mana tidaknya, seorang kawan SS beritahu si penyanyi terkenal ini datang menyerang dia di rumahnya, baru-baru ini.
Khabarnya, kawan SS yang bekerja dengan keluarga penyanyi itu berdepan sedikit masalah apabila seorang daripada ahli keluarganya dikatakan tidak henti mengganggu proses kerja kawan SS itu. Itu memang masalah dia orang tapi takkan tidak ada cara yang elok untuk menyelesaikannya?
Namun, apa yang mengejutkan SS apabila penyanyi tadi yang sudah berkahwin dan tengah mengandung, datang ke rumah kawan SS tadi untuk ‘membalas dendam’ bagi pihak keluarganya.

Datang untuk menyelesaikan masalah dengan baik tidak mengapa juga, sebaliknya penyanyi yang pernah terjebak dengan kontroversi itu datang menyerang membuta-tuli dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kawan SS sekeluarga.

Bayangkanlah kata kawan SS, penyanyi itu datang terjerit-jerit tanpa menghiraukan jiran yang memasang telinga di tengah malam. Malah tidak cukup dengan bahasa kesat yang dilemparkan, penyanyi tadi membuat tanda isyarat lucah menggunakan jarinya pula.
Ish, memang tak tahu malu dan beradab. Semua orang yang melihat insiden itu mengucap panjang melihat perangai pelakon tadi bermulut lancang. Memang macam orang tak bertamadun terjerit-jerit di rumah orang malam-malam buta!

Kawan SS tadi memang malu dan cuba untuk tenangkan keadaan walaupun ikutkan hati, dia ingin saja baling batu lesung dekat mulut pelakon tadi.

Tapi SS tidaklah terkejut sangat kerana sebelum ini pun SS pernah dengar gosip pelakon itu kurang budi bahasa dan berwajah sombong. Kononnya dia rasa yang dia popular sangat, kot?

Sayangnya, orang yang dimaki itu adalah kawan SS dan khabarnya, mereka akan mengambil tindakan undang-undang kerana terkilan dengan perangai artis wanita itu. Hai, tak ke susah nanti apabila dapat surat cinta?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails