SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, May 25, 2011

AIR MANI

NEW YORK - Air mani bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Dominique Strauss-Kahn ditemui pada baju pengemas bilik hotel yang mendakwa dia cuba dirogol olehnya di Hotel Sofitel pada 14 Mei lalu, lapor sebuah akhbar semalam yang memetik beberapa sumber.

Keputusan ujian makmal itu memperkukuhkan dakwaan wanita tersebut bahawa Strauss-Kahn melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

Pengemas bilik berusia 32 tahun itu memberitahu polis bahawa bekas ketua IMF itu menerpa ke arahnya dalam keadaan berbogel, mengoyak pakaiannya dan cuba memaksanya melakukan seks oral di bilik penginapannya di Hotel Sofitel di sini.

Apabila Strauss-Kahn cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke Paris, dia melintas di hadapan wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh rakan-rakan sekerjanya di ruang legar hotel berkenaan, kata sumber polis. Dia memandang mangsa tetapi kedua-duanya berdiam diri.

Selepas Strauss-Kahn ditangkap di dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang John F. Kennedy di sini pada 14 Mei lalu, dia dipaksa polis memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Sampel itu sama dengan kesan air mani pada baju wanita terbabit, kata sumber.

Polis masih menanti keputusan sampel DNA yang diambil dari karpet dan sinki hotel itu kerana mangsa dilaporkan meludah selepas serangan seksual tersebut berlaku. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails