SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Sunday, May 1, 2011

GADDAFI ENGGAN BERUNDUR


Tidak akan berganjak! Muammar Gaddafi berikrar untuk terus berkuasa di Libya tetapi beliau bersetuju supaya rundingan diadakan bagi menamatkan konflik berdarah di negara Afrika utara itu

Dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen tempatan semalam pemimpin Libya itu dengan angkuh berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu melepaskan harapan agar beliau berundur.

"Saya tidak akan berundur. Saya juga tidak akan meninggalkan tanah air saya, malah, saya akan berperang hingga ke titisan darah terakhir," tegasnya.

Namun, dalam nada berdiplomasi pemimpin berusia 68 tahun itu seterusnya berkata: "Kami sedia berunding dengan Perancis dan Amerika Syarikat tetapi tanpa sebarang prasyarat,".

"Jika minyak yang anda mahukan, kami bersedia memeterai kontrak dengan syarikat-syarikat minyak anda (Barat), mengapa kita perlu berperang kerana minyak. Ia tidak berbaloi," ujar Gaddafi.

Pada masa yang sama, pemimpin veteran itu turut menegaskan bahawa rakyat Libya masih sayangkan beliau manakala pemberontak yang kini berperang menentang tenteranya sebenarnya pengganas Al-Qaeda yang berasal dari Algeria, Mesir, Tunisia dan Afghanistan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails