SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, May 7, 2011

PELAKON GILA SEKS

Pelakon veteran yang popular di era tahun 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said, 56, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di asrama pusat perlindungan yang diasaskannya, enam hari lalu.

Mokhtaruddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Najib Ismail.
Mengikut pertuduhan, pengasas Pondok Penyayang Raudah (PPR) itu didakwa secara jenayah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dengan mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa tanpa kerelaannya di asrama itu di No 336, Batu 11, Gombak di sini pada jam 2.30 petang, 1 Mei 2011.

Difahamkan mangsa yang turut menginap di asrama berkenaan membuat laporan polis pada 2 Mei lalu.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails