SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Tuesday, May 17, 2011

GAMBAR ARTIS BERCIUM


BERCIUM di layar perak bukan lagi suatu tabu di kalangan pelakon Bollywood masa kini. Namun, bagi aktres seksi Kirti Kulhari, ia merupakan sesuatu yang agak mengejutkan buat dirinya kerana dia dikehendaki melakonkan babak cium dengan pendatang baru, Kalki Koechlin.

Ini kerana sebelum itu, babak tersebut tiada dalam skrip filem lakonannya dan Kalki yang berjudul, Shaitan itu.

“Babak bercium dengan Kalki Koechlin dalam filem Shaitan agak mengejutkan buat saya kerana saya tidak menjangka dan bersedia untuk babak itu,” beritahu Kirti kepada agensi berita India, IANS.

Tambahnya: “Pengarah (Shaitan) Bejoy Nambiar selalu buat lawak di set penggambaran mengatakan bahawa saya dan Kalki akan melakonkan babak bercium mulut.

“Namun, saya ingat itu sekadar jenaka sehinggalah saya sedar dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya itu.

“Jadi, apa yang akan anda semua lihat di layar perak nanti, itulah emosi saya yang sebenar iaitu saya benar-benar terkejut.”

Filem terbaru terbitan Anurag Kashyap yang mengisahkan tentang sifat syaitan yang wujud dalam diri manusia itu turut menampilkan pelakon Rajeev Khandelwal, Gulshan Deviah, Shiv Pandit dan Neil Bhoopalam.

Menerusi filem yang dijadualkan ditayangkan pada 10 Jun itu nanti, Kirti juga terpaksa memakai bikini dalam beberapa babak.

“Saya juga tidak berasa selesa apabila dikehendaki memakai bikini, namun disebabkan itu kehendak skrip, saya terpaksa melakukannya,” akui aktres berusia 24 tahun itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails