SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Wednesday, May 11, 2011

ROZITA CHE WAN BERCINTA DENGAN JUARA AF8

KISAH pelakon ‘bergetah’, Rozita Che Wan masih hangat diperkatakan ramai kononnya dia menjalinkan hubungan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.

Memang kedua-duanya sudah berulang kali beri jawapan, mereka hanya berkawan, tetapi kemesraan yang ditunjukkan membuat kedua-dua peminat artis ini cemburu.
SS bukan berniat memanjang kisah ‘teman tapi mesra’ Rozita dengan Shahir, tetapi SS tertarik berkongsi cerita Rozita yang baru-baru ini muncul membawa watak pengemis menerusi drama, Dosa Siapa arahan Murali Abdullah ditayangkan menerusi slot Cerekarama (TV3), Sabtu lalu.

Sebenarnya ada komen positif dan negatif SS terima pasal Rozita. Ada rakan SS kata, Rozita masih tidak cukup comot membawa watak itu hingga kecantikannya masih terserlah.


Sebaliknya, ada pula berpandangan lakonan Rozita mantap dan membuatkan jiwa penonton tersentuh terutama apabila dia menyuap makanan kepada anaknya, Sofia di bawah jambatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails