SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Friday, April 15, 2011

PELACUR DALAM VIDEO SEKS


Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis mengesahkan telah merakamkan percakapan semua individu terlibat termasuk pelacur yang dikaitkan dalam kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti pelaku dalam video seks berkenaan juga telah dikenal pasti selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti pelaku dalam video seks itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.

“Tidak kira di mana rakaman itu dirakam, yang penting kesahihan video itu penting. Imej itu tidak menggunakan teknik pertindihan.

“Identiti pelaku tersebut juga disahkan berdasarkan fakta-fakta yang kukuh,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

Tindakan sekumpulan tiga tokoh yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T membuat pendedahan mengenai rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China di sebuah hotel.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails