SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Sunday, April 3, 2011

KRISIS NUKLEAR 100 TAHUN

KRISIS NUKLEAR JEPUN BERPANJANGAN SELAMA 100 TAHUN




 Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang-batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang-batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan.

"Cara sekarang (untuk menyejukkan batang-batang nuklear tersebut) iaitu menyemburkan air ke dalam reaktor-reaktor itu kurang berkesan, kerana air kembali mengalir keluar akibat kebocoran dan menyebabkan pencemaran radiasi terus berlaku.

"Perlu ada cara supaya air yang dipam itu kekal di dalam reaktor-reaktor nuklear tersebut," katanya.

Komen beliau disiarkan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC semalam selepas seorang ibu kepada pekerja-pekerja kecemasan yang bergelut untuk menghalang batang-batang nuklear di loji Fukushima Daiichi daripada mencair berkata, mereka semua akan mati akibat kesan radio aktif dalam masa beberapa minggu lagi.

"Anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan rakan-rakan sekerjanya sanggup berkorban demi negara," kata kata ibu berusia 32 tahun itu dalam satu wawancara telefon dengan stesen televisyen Fox News.

"Mereka sedar mereka akan mati dalam masa beberapa minggu lagi kerana radiasi kerana adalah mustahil untuk mengelakkan pancaran radiasi di dalam loji tersebut," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jepun dilapor bersedia menimbus reaktor-reaktor nuklear itu dengan mencurahkan bertan-tan bahan konkrit sebagai jalan terakhir bagi mengatasi krisis nuklear Fukushima Daiichi sekiranya usaha yang dilaksanakan sekarang gagal.

Langkah itu dapat menghalang sinaran dan partikel radioaktif daripada tersebar.

Dalam pada itu, beribu-ribu mayat mangsa bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu masih belum dipungut kerana mayat-mayat itu didapati dicemari tahap radiasi yang tinggi.

Setakat ini, 11,500 orang disahkan terkorban dengan 16,400 lagi masih hilang dan peluang untuk menemui mayat mereka amat tipis.

Tiga minggu selepas bencana itu berlaku, sejumlah 260,000 kediaman di timur laut Jepun masih terputus bekalan air manakala 170,000 rumah lagi terpaksa bergelap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails