SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, April 2, 2011

ARTIS MELAYU AMALKAN ILMU HITAM

ARTIS AMALKAN KHIDMAT BOMOH



Bukan sekali dua SS dengar mengenai artis terkena ‘ilmu hitam’. SS juga dapat tahu ada di kalangan artis tempatan yang mengamalkan ilmu atau petua untuk kekal dikenali dalam dunia hiburan.
Jangan tak percaya, zaman moden ini masih ada yang menggunakan khidmat bomoh atau pawang untuk kelihatan cantik dan muda. Ada juga artis yang mengamalkan petua ‘luar biasa’ untuk mengekalkan suara dan menambah seri pada wajah supaya sentiasa kelihatan menawan.
Sebut soal ‘ilmu hitam’, SS dapat tahu mengenai seorang bintang realiti yang dikatakan berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini. Jadi rakan dan keluarganya macam mengesyaki sesuatu. Apa tidaknya kelakuan peliknya berlaku tidak tentu masa.
Pada sebelah siang, kadangkala dia duduk terdiam macam kurang sihat. Kadangkala dia bercakap seorang diri. Pendek kata memang pelik. Situasi yang berlaku kepada artis itu ternyata membimbangkan banyak pihak terutama keluarganya.
Malah pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk menyembuhkan keadaan artis itu supaya kesihatan menjadi normal semula. Malah pelbagai perubatan moden dan tradisional digunakan hanya untuk memastikan dia pulih seperti biasa.
Keadaan itu menyebabkan artis berkenaan terpaksa memohon cuti yang agak panjang untuk berubat. Akibatnya, beberapa tawaran menjayakan persembahan terpaksa dilepaskan.
Bintang realiti yang berbakat besar ini memang tidak sunyi daripada kontroversi. Satu demi satu isu negatif membabitkan dirinya. Apabila timbul cerita terkena ilmu hitam ini, tak tahu SS hendak cakap apa.
Tidak semestinya apabila bergelar artis ia terdedah kepada ‘ilmu hitam’. Kalau tidak jadi artis sekalipun ada juga yang terkena penangan ‘ilmu hitam’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails