SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, April 8, 2011

SHAHNON AHMAD

PEMIKIRAN SHAHNON AHMAD
SASTERAWAN NEGARA

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahir 1933 di Sik, Kedah. Beliau adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).
Beliau gemar mengutarakan tentang hakikat penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota. Hal ini jelas dapat dilihat melalui hasil karya novelnya yang berjudul Rentong pada tahun 1965. Karya-karyanya lebih menjurus ke arah persoalan yang membangkitkan isu yang sering berlaku dalam masyarakat iaitu persoalan yang lebih bersifat sinis serta memuatkan sindiran terhadap kehidupan dalam masyarakat. Beliau merupakan seorang sasterawan yang lantang bersuara kerana tidak gentar untuk memperkatakan soal seks serta isu yang sering menjadi kepantangan dalam masyarakat. Selain itu juga, novel Rantau Sepanjang Jalan merupakan salah satu lagi novel yang menyingkap tentang penderitaan dan kesusahan yang terpaksa diharungi oleh masyarakat desa yang miskin. Novel yang telah mendapat sambutan daripada masyarakat kerana teknik penceritaannya berupaya menyentuh sanubari pembaca. Setiap peristiwa diungkapkan dengan penuh berkesan dan sangat teliti. Dalam novel ini, Shahnon Ahmad mengisahkan ketabahan insan yang bergelar petani yang terpaksa mengharungi kehidupan miskin.
Beliau juga mengutarakan persoalan mengenai politik. Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon. Karya-karya tersebut mengkritik pemimpin yang tidak adil, rasuah, kuku besi, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails