SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Monday, April 25, 2011

TIP TEMUDUGA KERAJAAN


Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.
Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.
Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:
1. Ambil berat  adab dan tertib temuduga
Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.
2. Tahu tugas dan peranan anda
Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawatjawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan
Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
4. Ambil tahu isu semasa dan terkini
Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.
5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat
Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.
Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.
Untuk mendapat panduan secara lebih mendalam serta mendapat pendedahan daripada pengalaman sebenar mereka yang telah menghadiri temuduga kerja kerajaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails