SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Friday, April 8, 2011

A.SAMAD SAID

PEMIKIRAN A.SAMAD SAID
SASTERAWAN NEGARA

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935. Beliau ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. Beliau dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal. Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Beliau telah menghasilan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen dan esei. Antara karya yang dihasilkan beliau ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daeran Zeni, Daun Semalu Pucuk Paku, Wira Bukit, Warkah eopah dan banyak lagi.
Beliau sering mengutarakan persoalan kemanusiaan, sejarah, permasalahan cinta, remaja dan realisme dalam penulisannya. Contohnya dalam novel Salina, beliau telah mengungkapkan permasalahan dalam masyarakat seperti kemelaratan dan ketidakadilan sosial. Novel ini juga menyorot kehidupan kerdil dalam masyarakat bawahan yang hidup dalam kemiskinan. Pemikiran realisme telah ditonjolkan melalui novelnya iaitu Bulan Selalu Retak dan Salina. Dalam hal ini, beliau telah mengutarakan peristiwa kesengsaraan masyarakat dalam peperangan. Mereka yang berkuasa sahaja yang akan memiliki kesenangan. Daripada segi sejarah pula, beliau telah memaparkan latar sejarah perang dunia ke-2 yang berkisar tentang kekejaman dan peperangan.
Beliau juga mengungkap persoalan penderitaan masyarakat yang menderita akibat daripada peperangan, misalnya dalam novel Sungai Mengalir Lesu. Pemerintahan Jepun yang sangat kejam di Singapura memberikan kesan yang sangat mendalam dalam diri A. Samad Said. Beliau menjadikan pengalaman hidupnya itu sebagai lontaran idea dalam hasil karya yang diolah menjadi sebuah novel yang sangat menarik serta mengandungi pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan. Pemikiran A.Samad Said dalam menghasilkan penulisan sebenarnya banyak mengungkapkan tentang unsur kemanusiaan, sejarah dan cinta remaja. Misalnya dalam antologi puisinya, A. Samad Said telah mencipta sejarah apabila terhasilnya puisi yang berjudul puisi Al-Amin iaitu puisi terpanjang yang telah merakamkan perjalanan hidup Rasulullah SAW yang mengandungi 300 halaman. Puisi ini sebenarnya telah mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa A. Samad Said merupakan penulis yang sangat teliti dalam menghasilkan karya kerana kualiti karya yang dihasilkan setimpal dengan setiap perkara yang diusahakan oleh beliau.
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO. A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails