SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Tuesday, April 19, 2011

VIDEO SEKS MIRIP KETUA PEMBANGKANG



Trio 'Datuk T' mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip pemimpin sebuah parti pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia berikutan kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah yang menjurus kepada penglibatan mereka.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke pejabat Peguam Negara, Khamis ini.

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa kerana ia menjurus kepada pihak yang menayangkan video seks.

"Namun, ia bergantung kepada keputusan pejabat Peguam Negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam kertas siasatan itu.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas siasatan) pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang tidak boleh didedahkan dahulu," katanya.

Ditanya sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata:

"Polis tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka. Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku."

Pada 21 Mac lalu, video seks itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan lelaki dikenali sebagai 'Datuk T' di Hotel Carcosa Seri Negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails