SAYA SUKA BLOG INI

INFO TERKINI

Saturday, April 23, 2011

PERBANDINGAN DRAMA MODEN DENGAN DRAMA TRADISIONAL



Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon, mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja.

Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Apa yang penting dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.

Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya “Jula Juli Bintang Tujuh”. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.

Sehubungan itu, persembahan melibatkan pengunaan panggung, teknik lampu mengikut cara barat dan juga menggunakan set saiklorama. Pada kebiasaannya, tirai-tirai mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza seperti tirai istana, hutan, laut, awan, kampung dan gua. Babak dalam bangsawan juga tidak kurang daripada 20 dan mungkin lebih. Satu yang sangat menarik tentang bangsawan adalah unsur tasmat yang diselitkan semasa pementasan bangsawan diadakan, umpamanya bunga api. Ia menjadikan pementasan bangsawan tidak membosankan dan tidak hambar. Selain itu, ‘extra turn’ atau selingan tambahan juga terdapat dalam pementasan bangsawan yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia untuk babak berikutnya selain merupakan unsur hiburan kepada penonton.

Jika dirujuk dari bahan bacaan ataupun cerita dari orang-orang lama, para penggiat teater bangsawan dahulu merupakan seorang yang sangat berkebolehan daripada pelbagai aspek. Mereka mampu berlakon dengan baik tanpa ada skrip, selain dapat menyanyikan sesuatu lagu dengan merdu sekali. Nyanyian sebenarnya berfungsi sebagai menzahirkan perasaan berduka lara, gembira, perkasa dan sebagainya, termasuklah berpantun semasa berlakon. Terdapat juga pengunaan alat muzik tradisional dan moden seperti piano, biola, gong, tabla, gendang, drum dan arxodian digunakan untuk mengiringi nyanyian. Ini disebabkan dalam teater bangsawan terdapat unsur nyanyian, lakonan, muzik dan juga tarian. Para pelakon juga dikehendaki untuk menari semasa pementasan berjalan.

Seterusnya, cara pementasan drama tradisi ini adalah menggunakan ruang pentas iaitu kecil, besar dan panggung yang berbeza. Pemilihan pengarah untuk membuat pementasan bergantung pada saiz ruang pentas, set dan props yang digunakan serta jumlah pelakon yang berlakon dalam cerita tersebut. Jika melibatkan pelakon yang ramai serta mempunyai babak cerita yang banyak, maka pengarah biasanya akan memilih untuk mementaskan bangsawan dipanggung.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails