SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, April 20, 2011

FILEM SERAM-SENJAKALA


FILEM Senjakala yang kini ditayangkan di pawagam sejak 14 April lalu begitu istimewa buat pengarahnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Ia bukan saja kerana dihasilkan syarikatnya, Excellent Pictures Sdn Bhd tetapi dihasilkan seratus peratus menggunakan kepakaran dan teknologi tempatan.

Kebiasaannya, filem tempatan akan mendapat sentuhan akhir daripada tenaga pakar luar negara seperti Thailand, India atau Australia tetapi bagi membuktikan kemudahan yang ada di negara sendiri setanding negara luar, Idham luangkan masa selama sebulan untuk proses pos produksi filem ini.

Sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Idham berasakan satu tanggungjawab untuknya memberi peluang kepada tenaga pakar di Mixstage Studio di Finas. Selama ini, tidak ramai yang yakin dengan mereka hingga memilih untuk menghantar filem ke luar negara.

Ahmad Idham yang baru dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 26 Mac lalu, melihat pelbagai cabaran yang dihadapi produser filem tempatan dalam bersaing bukan saja sesama sendiri, malah dengan filem luar.


Ini ditambah pula dengan keputusan Finas memperkenalkan tayangan seminggu untuk satu filem bermula Mac lalu. Apakah Senjakala yang dianggap istimewa oleh Idham ini mampu mencatat kutipan membanggakan, sekali gus bersaing dengan tiga filem seram yang ditayangkan sepanjang April iaitu Di Larang Masuk (7 April), Penunggu Istana (21 April) dan Seru (28 April)?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails