SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Saturday, April 2, 2011

SINOPSIS NOVEL INTERLOK

SINOPSIS BUKU 1 NOVEL INTERLOK



Tajuk buku ini berasal dari perkataan Inggeris iaitu "interlock" yang berhubungkait dengan memanca kehidupan tiga karakter utama di dalam novel pada bab akhir.  Bahagian buku satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails