SAYA SUKA BLOG INI

Jana Pendapata Anda

INFO TERKINI

Wednesday, August 10, 2011

WANITA DIKERAT 15 BAHAGIAN


SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dikerat 15 bahagian sebelum disumbat di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya minggu lalu berkaitan cinta dan cemburu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, ia berdasarkan siasatan ke atas lebih 100 individu dan keterangan yang diambil daripada lebih 40 orang termasuk suami mangsa sejak kes itu disiasat pihaknya pada 3 Ogos lalu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada mangsa mengenali suspek atau sebaliknya.

“Suami mangsa didapati tidak terlibat kerana pada hari kejadian (29 Julai, Jumaat), dia yang tinggal di Ampang tidak bekerja dan menyedari kehilangan isterinya apabila wanita itu tidak pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Identiti mangsa dapat disahkan selepas kita menunjukkan gambar dan mengambil rakaman percakapan daripada suaminya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails